Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan June 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira
DONE

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

December 28, 2005

Kek Marie Batik Sumbangan MamaZieza

Chetam cuba buat kek ni hari Isnin pukul 12 tengah malam. Masa tu Chenul sedang tidur selepas meraung rindukan Buya. Actually sebelum ni Chenul ok jer. Tak ada tanda-tanda kerinduan. Kebetulan hari Isnin tu Buya talipon 2 kali. Sebelah petang dan malam. Sebelah malam tu, Chenul beria-ria bercerita ngan Buya siap menyanyi lagi Twinkle Litte Star. Bila letak jer talipon, terus meraung. Aduh......tak sangka rupernya selama ni anak dara Chetam ni memendam kerinduannya. So selepas Chenul tidur, Chetam pun memulakan operasi.

Buat kek ni senang banget tapi masa nak mengodek biskut marie, Chenul merengek......aduh.....bagi susu, senyap semula. Settlekan kek ni dan lagi sekali Chenul merengek. Kesudahannya sepanjang malam Chenul merengek dan Chetam tak dapat tidur. Kesian anak Ummi.

Kalau nak cuba resepi simple ni.........bahan-bahan di bawah tu, Chetam tampal bulat-bulat dari email MamaZieza di ResepiNet.


Sumber dari Furbycutee

Ambik 1/3 drp butter 250 gram (1/3 drp 1 buku butter)
1/2 cawan serbuk cocoa (vochelle la sedap, tolong la jgn guna milo, x sedap langsung)
1 tin susu pekat (brand apa2 pun tak kisah)
1 paket biskut marie (patah2kan-slalunya guna 3/4 je drp 1 paket tu)
1/2 cawan kacang tanah (yg dah dibakar & diblend kasar)
Bekas utk letak kek batik(loyang ke, bekas plastik ke, kalau casserole nanti calar balar plak time nak potong kek tu)

Cara2:
1. carik periuk yg besar sket, nanti senang nak gaulkan bahan2 dlm tu
2. taburkan separuh drp kacang tanah tu kat dlm bekas.
3. cairkan butter dlm periuk, bila dah betul2 melt masukkan serbuk koko & kacau. (kalau masuk susu dulu baru masuk koko nanti berketul2 plak)
4. pastu maskkan 1 tin susu pekat & kcau sampai nampak likat. bila dia dah start blup blup(menggelegak @ panas giler), tutupkan api. terus masukkan biskut marie. masuk agak2 la...jgn terus masukkan semua skali, nanti biskut byk dr coklat dia plak. kacau bagi semua permukaan biskut marie kena dgn mixture coklat tu.
5. bila dah ok terus masukkan dlm bekas yg dah tabur kacang tadi. carik la sudip yg tahan lasak sket, rata2kan & penyek2kan biskut tadi dlm bekas tu kasi padat. bila dah settle, taburkan balance kacang tanah tadi kat atas dia..
6. sejukkan dlm peti ais, kalau tak sabar leh letak kan freezer.
7. potong & hidang.

p/s kek batik ni tak pyh nak guna telur. Coklat mixture dia mmg melekat abis & bukan jenis yg lembik. Kalau potong, then tak abis mkn & biar pada room temperature pun dia still kukuh lagi.

variety:
kalau taknak guna kacang tanah bleh guna nestum or cornflakes yg dah dihancur2 kan.


Nota Kaki Chetam : Kek yang Chetam buat terlebih biskut marie so coklatnya terasa kureng. Kek ni bila dikeluarkan dari peti sejuk........mak ai..............keras giler. Seksa betul nak memotong. Personally Chetam lebih suka Kek Batik Marie versi Chetam yang pernah Chetam postkan tahun lepas resepinya. Versi Chetam menggunakan telur dan sedikit butter. Next time Chetam nak buat yang versi Chetam untuk dibawa ke rumah mertua di Medan bulan depan tapi Chetam nak tabur kacang atau mungkin nestum ikut versi Furbycutee ni.
Posted by Picasa

3 comments:

  1. I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

    ReplyDelete
  2. I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

    ReplyDelete
  3. dah try buat kek batik nie.. letak milo,coco powder,coklat masakan.. lagi mantap kak.. gambar boleh tgk kat http://nurainicookies2010.blogspot.com

    tq kak..

    ReplyDelete