Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 30, 2005

Kuih Tart Bungkus sumbangan Diana ResepiNet


Sumber: Maizana

Bahan Pastri:

625g butter (pilih buttercup - lebihkurang 2-1/4 @ 2-1/2 buku yang 250g)
1kg tepung gandum
Bahan 1 - Gaulkan sebati hingga menjadi doh

4 biji kuning telur + 1 biji putih telur
Sedikit essen vanila dan pewarna kuning telur
sedikit garam
Bahan 2 - Satukan

Jem Nenas (seeloknya nenas yang diparut - so bila makan nanti ia macam bertali2 dan tak bersepai rapuh)

Cara Membuatnya:

Butter dibiar pada suhu bilik. Gaulkan butter bersama tepung gandum (Bahan 1) sehingga sebati. Satukan kuning telur, putih telur, essen vanila, garam dan pewarna kuning (Bahan 2). Setelah adunan butter dan tepung (Bahan 1)menjadi doh.. masukkan Bahan 2. Uli sehingga sebati.

Ambil sedikit doh, buat macam kita buat kuih buah melaka tu..., masukkan jem nenas kedalamnya. Bentukkan seperti nenas dan gunting atau sepit seperti nenas. Sebelum bakar..sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan 2..3..titis pewarna kuning ke atas kuih tadi. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment