Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 30, 2005

BISKUT TEMBIKAI sumbangan Diana ResepiNet


Sumber: Gadis Aries

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit� dulu....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment