Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


Kelas 2009



Kelas Coklat 11 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini pula gambar-gambar dari kelas coklat 11 Julai 2009 yang disertai oleh Puan Rose dari Bandar Teknologi Kajang dan Puan Faridah dari Bandar Sri Putra, Bangi.


Puan Rose dengan coklat yang dah dibungkus.

Puan Faridah dok tayang mashmallow bersalut coklat

Nak rasa??

Mana lagi cun??? Tuan punya coklat atau coklat-coklat di tangan.

Dunia....lihat la coklat hasil tangan ku sendiri.....

Yang bulat-bulat tu truffle dengan kacang hazel nut dan lagi satu ialah Pops Cake


Banyak coklat yang dihasilkan


Kesemua perkakas yang digunakan boleh dibawa pulang kecuali acuan polycarnobate yang digunakan.....Chetam kasi acuan plastik jer...hehehe...Bekas berbunga pink tu, mangkuk stainless steel, spatula, scrapper, bekas isi coklat, bekas star untuk isi truffles, tuala kecil....semuanya kepunyaan anda.
Berminat nak join kelas berikutnya? Sila sms atau call 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com
Jangan lupa check jadual di atas untuk ketahui kelas yang masih lagi kosong.



Kelas  Coklat 4 Julai 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kelas 4 Julai 2009 telah selamat disempurnakan. Mula-mula ada 4 students tapi salah seorang dinasihatkan pulang sebab tak sihat. Chetam tak nak la student bayar RM250 tapi tak boleh nak tumpu perhatian sebab masalah kesihatan. Kesian bazir duit kan.
So yang tinggal 3 orang - Zizah dari Johor, Zaza dari Pandah Indah dan Liza dari Bandar Tun Hussein Onn. Gambar Chetam songlap dari blog Zizah sebab kamera Chetam tak cun.
Layan!!!!





Ini Chenul tengah dok menyibuk. Asik nak menolong jer....


Atas ni Zaza dan Zizah....tengah asik tu.....
Alhamdullilah semua selesai pada pukul 4 petang. Semua pulang sambil tersenyum simpul sebab dapat bawa balik banyak coklat dan semua peralatan yang digunakan......BERBALOI kata mereka.
Chetam
Nak oder coklat atau book kelas, sila ke Chocolate de Chetam