Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 16, 2005

Thousand Apologies!


Assalamualaikum pada semua pengunjung blog ni.

Maaf sebab dah lama tak update resepi di sini. Chetam sibuk dok tengok Akademi Fantasia 3.....hehehehe......since AF3 dah tamat, bolehlah Chetam tumpu perhatian pada Teratak Chetam.

Resepi yang Chetam nak kongsi ni amat mudah untuk dibuat. Chetam dah cuba, seronok betul dok mengunyah. Terima kasih pada Cikgu Suria yang tak lokek berkongsi resepi ni di YG ResepiNet.
Gambar di atas sumbangan Norhaslinda dari ResepiNet


Popia Pedas

Satu bungkus kulit popia yang besar (jenama KG Pastry atau SweetHome)
1 sudu bawang putih yang dah dikisar
3 sudu cili yang dah dikisar (untuk yg malas macam Chetam...hehehe....boleh guna cili boh yang siap paket. Ada yang dah ditambah garam, so tak payah tambah lagi)
6 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Pelekat (sama ada tepung gandum + air atau putih telur + air. Chetam dah guna kedua-dua cara)

Cara
Gulung kulit popia ni dan lekatkan ngan pelekat. Tutup dengan tuala lembab untuk elakkan kulit popia ni dari menjadi kering. Dah habis gulung, ambil gunting dan potong menyerong dalam jarak 1cm. Siapkan kuali ngan minyak yang banyak. Goreng ngan api perlahan hingga masak. Toskan betul-betul.

Masukkan cili, gula, bawang putih dan garam ke dalam kuali (masukkan serentak). Masak sehingga gula jadi melekit-lekit, masukkan kulit popia yang ditos kering. Padam api dan gaul sehingga rata. Dah sejuk, boleh la masuk dalam balang.

That's it.............senang banget. Boleh buat juadah untuk hari raya nanti.

Sebenarnya popia ni boleh juga digaul dengan gula ising. Tak payah perisa tambahan. Kalau nak lagi mengancam, boleh cuba cara dari Cik Angelia (orang Sarawak). Beliau mengaulkan popia yang dah digoreng dengan Horlicks atau Nestum. So anda boleh cuba popia berperisa gula ising atau horlicks atau nestum atau gabungan kesemuanya.

Untuk popia bersalut horlicks.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
3/4 cawan horlicks
1/3 cawan gula ising.
Gaul kesemuanya.

Untuk popia bersalut nestum.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
3/4 cawan nestum yang ada susu. Kalau nestum tu kasar, kisar dahulu.
1/3 cawan gula ising.
Gaul kesemuanya.

Untuk popia bersalut horlicks dan nestum.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula ising.
1 cawan nestum
Gaul kesemuanya.

Nota : Sukatan horlicks dan nestum boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.

No comments:

Post a Comment