Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 27, 2004

Puding Biskut Marie

Bahan-Bahan
500 gm biskut Marie (dipatah 2)
1 tin susu cair
5 biji telur ayam (dipukul)
3 sudu makan marjerin
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula

Cara
Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Hidupkan api, jangan terlalu kuat. Kacau sehingga rata. Bila mendidih sedikit, masukkan marjerin dan kemudiannya telur. Kacau rata, perlahankan api. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga keseluruhan biskut marie dilapisi coklat. Padamkan api. Masukkan biskut marie ke dalam bekas yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tekan bahagian atas sehingga mampat dengan plastik atau senduk plastik. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment