Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 24, 2007

Masak Lemak Labu ngan Udang Galah

Dua minggu lepas Chetam beli udang galah kat Billion Bandar Teknologi Kajang. Dok fikir nak masak apa???? Beli labu kuning setengah biji. Memandangkan Chetam dan Buya peminat Masak Lemak Labu so Chetam nak cuba rencah udang galah pula sebab selalunya guna ikan bilis. Hasilnya memang sedap sebab kuahnya manis......bukan manis gula tapi manis udang......BEST!!!! tapi yang tak bestnya...labu dah terlebih masak. So hancur.....hehehehe....Buya kata lain kali masak udang tu dulu.......

Resepi di bawah versi campak yer.

Masak Lemak Labu ngan Udang Galah
Sumber : Chetam

Labu Kuning
Udang Galah (kalau tak der, bubuh jer ikan bilis atau udang kering)
Bawang Merah
Santan (Chetam guna santan segera)
Secukup garam
Air
Cabai Merah

Cara-cara
Bersihkan udang. Buah labu dibuang kulit dan biji. Potong ikut suka.
Sediakan periuk. Masukkan labu, udang, bawang merah dan cabai merah yang dipotong dan air ke dalam periuk. Hidupkan api. Bila labu separuh empuk, masukkan santan dan garam. Kacau jangan bagi santan naik minyak. Bila labu dah empuk, tutup api dan hidangkan.

2 comments:

  1. Anonymous5:05 pm

    Kunyit xletak ker, salah resepi nih

    ReplyDelete
  2. memang..tak..letak..kunyit..asal..masak..lemak..putih..tp..nampak..warna..kuning..sebab..labu..kuning..tu..hancur..dah..terlebih..masak..

    ReplyDelete