Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


Showing posts with label Resepi Dari Metro Online. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dari Metro Online. Show all posts

August 06, 2008

Metro Online - Kuzi Ayam Sri Daisy

Kuzi Ayam Sri Daisy

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):

2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 ekor ayam (potong)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
4 biji tomato merah (potong empat)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan badam keping
2 cawan hirisan kentang
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan kisar halus:
5 tangkai cili kering (rebus)
5 tangkai cili merah
4 sentimeter halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu besar rempah kurma

Cara memasak:
1. Goreng ayam bersalut serbuk kunyit dengan dua cawan minyak masak Daisy Blend. ketepikan.
2. Panaskan setengah cawan minyak masak dan masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
3. Kemudian, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, kismis kuning, badam keping, gula dan garam. Masak sehingga sedikit kering.
4. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan masak se ketika.
5. Hias dengan kentang goreng.
6. Siap untuk dihidang.

Petua Untuk menyediakan kuzi ayam yang lebih lazat, goreng ayam hingga dagingnya sekadar cukup masak saja dan tidak terlalu garing.

Metro Online - Pesamah Daging dan Rebung

Pesamah daging dan rebung
Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):

Bahan A:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 batang kulit kayu manis
1/2 kilogram daging (potong sederhana nipis)
1 cawan santan
200 gram rebung (potong kasar)
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan limau
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B:
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kas-kas
1 cawan air

Bahan kisar (dengan sedikit air):
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sentimeter halia
5 biji buah keras

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan kulit kayu manis, biar layu.
2. Kemudian masukkan bahan B.
3. Masak sehingga kering, kemudian masukkan suku cawan air. Didihkan dan ulang langkah ini sebanyak tiga kali sehingga hilang bau rempah.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut. Masukkan santan dan sebatikan.
5. Masukkan rebung, kerisik dan perahan limau. Biar mendidih.
6. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar pecah minyak.
7. Siap untuk dihidang.

Petua: Potong daging secara keratan lintang urat daging (lawan urat daging) supaya ia lebih lembut.

July 29, 2008

Metro Online - Nasi Beriani Sotong

Nasi beriani sotong

Bahan-bahan:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak. Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.
3. Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.
5. Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.
6. Siap untuk dihidang. (Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

Metro Online - Kurma Kambing Yang Menyelerakan

Kurma kambing

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang)

Bahan A:
1 sudu besar minyak masak Daisy Blend
1 kilogram daging kambing (potong kecil)
1/2 cawan tairu (susu pekat dan masam)
2 cawan air

Bahan B:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 helai daun pandan
1 batang serai
4 sudu besar rempah kurma + 1 1/2 cawan air
2 cawan susu segar
4 biji ubi kentang (potong empat)
2 sudu besar perahan limau nipis
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
3 sentimeter halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu besar serbuk kas-kas

Cara memasak:
1. Rebus bahan A dan ketepikan. Pastikan daging kambing direbus lembut.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan kisar bersama daun pandan dan serai sehingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kurma yang sudah dicampur dengan air. Masak selama kira-kira lima minit sehingga kering.
4. Masukkan bahan yang direbus tadi (daging kambing) dan masak selama lima minit.
5. Masukkan susu segar dan ubi kentang. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian masukkan perahan limau nipis dan garam.
7. Siap untuk dihidang.

Petua:

Untuk menghilangkan bau daging kambing, cuci daging dengan hirisan serai dan tepung gandum selama setengah jam.