Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


Showing posts with label Aksi Chenul. Show all posts
Showing posts with label Aksi Chenul. Show all posts

July 21, 2008

December 26, 2007

Ganasnya Chenul bawa keter......

Raya Haji lepas balik Tepen......sempat bawa Chenul ke Giant Taiping yang baru dibuka bulan lepas. Tak sangka Chenul pandai bawa keter. Umi pun tak der lesen....hehehehe...

Keje Chenul memotong je keter lain. Memang laju Chenul drive. Teruja tengok.

Chenul cuba potong sepupu - Man dan Biha

Puas hati bila dah potong keter lain...hehehehe.

Tengok muka Chenul.....dok tengah korner baring.....Biha dok senyum simpul

Korner lagi.....

August 25, 2006

Gambar Chenul!!!

Dah lama tak post gambar Chenul.






Chenul teruja naik gajah di fun fair Kajang Prima.


Chenul mandi di KLCC. Cantik gambar ni, Buya yang ambil.

June 05, 2006

Aksi-Aksi Chenul




Asyik dok post pasal resepi jer, kali ni nak post aksi-aksi Chenul untuk tatapan anda. Gambar tak sharp sebab guna hp berkamera.

December 20, 2005

Sessi Santai - Teka Teki Bersama Chenul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Chetam nak tanya teka teki berpandukan gambar Chenul di bawah. Kepada pengunjung baru ke Teratak Chetam, Chenul ni anak dara Chetam. Sila lihat gambar berikut :

Gambar di atas dari handphone Buya. Nampak tak selempang yang Chenul pakai? Soalan teka tekinya : Selempang apakah yang Chenul pakai?

Image hosted by Photobucket.com
Buat pengetahuan anda, selempang tersebut dipakai sendiri oleh Chenul. Lama pulak dia pakai sampai Chetam sendiri yang tanggalkan. Geli hati tengok perangai anak dara Chetam ni. Gambar di bawah pula diambil ngan hp Chetam. Gambar Chetam dan Chenul - nampak riang tapi sebenarnya nak cover kesedihan berjauhan dengan Buya. Buya pada saat ini sedang berada di Madinah mengerjakan Ibadat Haji.

Image hosted by Photobucket.com
Sori....gambar tak berapa clear. Ini gambar kek karot kukus yang Chetam buat menggunakan resepi Kak Liza.

November 11, 2005

Chetam nak berkongsi gambar-gambar CHENUL

Minta maaf tapi Chetam nak lupakan resepi buat seminit dua. Chetam nak tampal gambar Chenul untuk dikongsi bersama. Gambar-gambar berikut telah diambil oleh anak saudara Chetam, AYU dengan menggunakan kamera phone.......mesti mahal handphone tu sebab kualiti gambar memang bagus...hehehehe.......


Chenul bergaya di pagi Hari Raya Pertama. Posted by Picasa

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

November 10, 2005

Nak kongsi citer pasal CHENUL


Sinyum!!! Posted by Picasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak citer sikit pasal anak dara Chetam ni. Kisah terjadi semasa raya ketiga di kampung Chetam. Rumah parents Chetam betul-betul di tepi jalan besar so pintu pagar memang sentiasa tertutup. Chetam dan Chenul dah siap nak pi jalan-jalan ke Kuala Kangsar naik bas jer.....alah..bas berhenti depan rumah jer. Sementara menunggu suami Chetam, Chenul main bola ngan sepupu-sepupu dia. Nama jer anak dara tapi pantang nampak BALL......hehehehe....Chetam dok sembang ngan mak, kak ipar kat kerusi batu depan rumah. Chenul dok mengejar bola di tengah panas. Datang abang ipar Chetam yang dok bangi tu nak pi buang sampah. So dia bawa plastik hitam naik motor dan buka pintu pagar. Chetam suruh anak sedara yang 6 tahun pi tutup pagar semula. Lepas beberapa ketika....abang ipar Chetam pun balik. Dia buka pintu pagar tapi tak tutup semula. Lagi sekali Chetam jerit kat anak sedara suruh tutup pintu pagar.

Masa dok sembang, mak Chetam cakap yang Chenul ni cekap. Bahaya biar pintu pagar terbuka sebab dia laju. Kalau dis selinap keluar memang tak dapat tangkap. Kereta banyak pulak tu. Jarak pintu pagar ngan jalan utama cuma dalam 2 atau 3 meter. Dekat sesangat. Masa ni lah abang ipar Chetam dok sibuk nak buang sampah yang kedua. Dia buka pintu pagar dan dok tenggek atas motor. Masa tu jugalah apa yang emak Chetam cakap jadi kenyataan. Chenul menyelinap keluar antara pintu pagar, terus meluru keluar. Chetam terus bangun berlari nak tangkap Chenul. Jarak antara tempat Chetam duduk ngan pintu pagar tu jauh juga. Dengan badan montel Chetam berlari juga sampai rasa nak tersembam tapi Chetam tahan sebab telinga dok dengar emak Chetam ngan kakak ipar dok menjerit tangkap Chenul. Lagi semeter nak sampai jalan raya, Chetam dapat tangkap Chenul itupun selepas buat aksi STUNT dengan merebahkan badan melayang peluk Chenul. Terus Chetam tersungkur jatuh dan timpa Chenul maka Chenul pun mulalah melalak ngan kuatnya. Chetam takut muka dia cedera sebab keadaan tanah yang berbatu-batu. Alhamdullilah, Chenul tak cedera langsung. Mungkin melalak sebab terkejut tetapi seluar Chetam koyak di bahagian lutut. Baru perasaan yang Chetam luka di kepala lutut......sakit giler.....

Chenul diambil oleh sorang anak sedara yang dah umur 18 tahun dari tangan Chetam dan Chetam masuk terduduk kat tanah. Sakit nak bangun. Anak sedara Chetam passkan Chenul pada suami Chetam dan macam biasa....suami Chetam salahkan Chetam sebab biarkan Chenul main tengah panas sampai boleh terlepas keluar pagar....hehehehe ....suami Chetam tak fikir kalau Chetam tak buat aksi STUNT tadi, mungkin Chenul dah sampai ke jalan raya. Chetam tak boleh nak bayang kalau ditakdirkan Chetam jatuh dahulu sebelum dapat tangkap Chenul. nak tahu kat mana abang ipar Chetam masa tu? MASIH DUDUK ATAS MOTOR...........hehehehe......Chetam pelik sangat sebab dia langsung tak bergerak sedangkan dia yang paling dekat ngan Chenul. Lepas dia balik dari buang sampah kali kedua, abang ipar minta maaf ngan Chetam. Ruper-rupernya dia tergamam. Langsung tak leh bergerak. Emak Chetam pucat muka dan sesak dada sampai ke petang. Dia masih tak boleh lupa kejadian tu.

Pesan Chetam pada semua pengunjung yang ada anak yang sedang lasak..........berjaga-jagalah.......perhatikan anak kita sebab MALANG TAK BERBAU.

Nota Kaki Chetam : Gambar di atas di ambil oleh suami Chetam sebelum kejadian tersebut. Dengan berpakaian maxi labuh itulah Chenul berlari keluar. ALHAMDULLILAH....SYUKUR PADA ALLAH yang telah memberikan kekuatan pada Chetam untuk membuat adegan STUNT.

September 09, 2005

CHENUL daughter of CHETAM


Since pagi tadi pegi hantar digital photos untuk printing dan copykan masuk CD, Chetam saja jer nak letak gambar Chenul yang tengah dok rajin menyapu kat Teratak Chetam ni. Lagi gambar boleh dilihat di segmen FOTO CHETAM, di sebelah kanan blog ni. Chenul ni baru nak masuk umur 1 tahun 5 bulan. Since Buya Chenul ni Ustaz, so Chenul akan pakai tudung kepala kalau keluar dari rumah. Dah pandai bersolat. TAK PERCAYA? Lihat gambar di sebelah kanan. Siap berjemaah ngan Buya tu.

InsyaAllah, weekend ni Chetam akan cuba update website FOTOPAGE Chetam. Dah lama tak tambah gambar. So kalau nak tengok gambar Chenul yang lain pula, jangan lupa lawati Fotopage tersebut. URLnya ada di sebelah kanan jugak.............tapi bukan sekarang tau. Minggu depan.........

InsyaAllah juga, weekend ni Chetam nak cuba satu resepi biskut yang Chetam dapat dari ResepiNet. Chetam nak jadikan sample untuk jualan biskut raya tahun ni. Kalau menjadi planning tahun ni...........akan ada di pasaran terhad CHETAM COOKIES........hehehehehe...........sama-sama kita doakan.

Chetam juga doakan agar semua ahli-ahli ResepiNet yang sedang berusaha untuk menyiapkan sampel biskut raya....SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI KEPADA KITA. Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi memberikan resepi untuk dikongsi walaupun mereka tahu yang resepi tersebut mendatangkan rezeki kepada mereka.

Oklah........selamat berhujung minggu dan selamat mencuba resepi-resepi baru.

Wassalam.

Chetam Ummi Chenul