Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Resepi ni Chetam buat pertama kali pada bulan puasa tahun 2004 dan rasanya belum pernah diemailkan pada pengunjung berdaftar. Chetam paparkan sekali resepi ni. Resepi ni juga Chetam buat sekali lagi ketika kakak dan famili berkunjung ke rumah. Paling kelakar, satu pinggan puding ni dihadap oleh kakak Chetam seorang diri. Tak kasi peluang kat orang lain dah.
Chetam minta maaf pada tuan punya resepi sebab totally tak ingat resepi ni dari mana. So untuk Sherry, kawan Chetam yang nak impress husband beliau.........ini dia Puding yang sedap dan ada kuah. Kalau buat dan Che Mie berkenan....ambil gambar dan Chetam paparkan di sini.....hehehehe.
Dan juga satu pesanan untuk Puan Hafiza yang sudi meninggalkan komen pada posting resepi ini pada 29 June 2006.....terima kasih bebanyak. Sori Chetam terlepas pandang your komen. Puan Hafiza minta tulisan di Teratak Chetam dibesarkan....hehehehe...yerla....dulu sengaja Chetam kecilkan tulisan dengan alasan nak jimat ruang.
Puding Koktail Berkuah
Bahan untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan susu tepung atau 1/2 cawan susu pekat
5 camca besar gula sekiranya mengunakan susu tepung
Sedikit Kismis hitam
Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kismis. Masak atas api sederhana sehingga likat dan berkilat baru perlahankan api. Bila kastad dah meletup-letup, boleh padamkan api. Untuk memudahkan dikeluarkan nanti, basahkan loyang dengan air dan taburkan kismis hitam. Tuangkan kastad ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air
3 camca besar tepung kastad
kismis
Gula secukupnya
Cara
Campur semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. Seeloknya kuah ini disejukkan dahulu.
Cara menghias.
Potong kastad dan letak bahagian berkismis ke atas. Taburkan buah-buahan koktail. Kemudian di tuang kuah tadi. Boleh juga dihias dengan ceri merah. Seeloknya di makan ketika sejuk dan boleh di tambah ketulan ais.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau kismis di gantikan dgn buah2 lain sperti laici dan sbagainya blh ke?sbb sy x ske kismis..
ReplyDeleteboleh je....ikut kesesuaian
ReplyDelete