Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 24, 2007

Tempahan Kek Doll dan Cupcakes

Kek Doll ni anak sedara yang tempah sempena besday. Tapi Chetam bagi list barang dan suruh dia beli sendiri dan Mak Tam dia yang cute ni akan tolong buat....hehehehe. Cupcakes ni pulak order dari kawan anak sedara ni. Depa masih menuntut di MMU, Cyberjaya.

Kek Doll guna resepi Kek Magnolia yang diberi oleh pengasas Rnet, Puan Jeni tak lama dulu. Resepi di bawah yer.

Magnolia Bakery Vanilla Cupcakes - Sumbangan Puan Jeni Rnet
Menghasilkan 2 dozen cupcakes

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawancup butter, dilembutkan
2 cawan gula
4 biji telur yang saiz A
1 cawan susu (boleh guna fresh milk dalam kotak atau botol)
1 sudu kecil esen vanila

Cara
Panaskan oven dengan suhu 350°. Dalam mangkuk kecil, gabungkan kedua-dua jenis tepung. Ketepikan dahulu. Pukul butter hingga kembang menggunakan mixer letrik. Masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga sebati dan gebu selama 3 minit. Tambahkan telur sebiji-sebiji. Campurkan tepung diselang selikan dengan susu dan esen vanila. Pukul hingga rata dengan perlahan-lahan.
Kalau nak buat cupcakes, bubuh adunan dalam cawan kertas dan bakar antara 20 hingga 25 minit. Bila dah masak, perlu disejukkan sebelum dihias.

Resepi cupcakes pulak ialah dari Kek Coklat Kukus Badariah tapi ditambah perasa kopi dan dibakar dalam oven, bukannya dikukus. Resepi kat dalam kotak koleksi di sebelah kanan.

1 comment:

  1. Anonymous3:06 pm

    kalo nak tempah kek barbia ble ke??camane ek??

    ReplyDelete