Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 28, 2017

Kek Pisang Viral





Kek pisang panas2 dh kena potong. Chenul nk bawa pi skolah. Pisang anak buah bawak dr kampung dia di manjung masa raya haji ari tu. pagi ni tak sarapan. Sambil buat kek pisang, sambil sumbat pisang masuk mulut.

Chetam tempek resepi kat bwh. C&P dr blog daridapurmiza kalu tak salah. Yg dlm kurungan tu tuanpunya blog yg tambah yer, bkn chetam.

Kek Pisang Viral
Bahan-bahan:-
4 biji pisang sederhana @ 3 biji pisang besar (kupas dan lecekkan) - lecekkan awal pisang dan biarkan gelap sedikit agar warna kek yang terhasil lebih cantik.
1 1/2 cawan tepung gandum* @ tepung naik sendiri
1 sk baking powder* (kalau dah guna tepung naik sendiri, tak perlu tambah baking powder)
1/2sk soda bikarbonat*
4 sb tepung jagung* - bahan bertanda * diayak bersama
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan gula kastor/perang (saya guna 3/4 cawan gula pasir yang dikisar halus)
1 sb ovellate
1 sk perisa vanila
hirisan nipis pisang
Cara:-
1. Satukan gula, ovelatte, telur, perisa vanila dan mix sehingga gula hancur dan telur kembang. (Boleh juga guna blender)
2. Masukan pisang yang dilecek dan minyak.
3. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung. Kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang, susunkan hirisan pisang.
5. bakar pada suhu 170C (oven aku) 30-45minit. (aku guna 30 minit)
6. Terbalikkan keluar dari loyang dan sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment