Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 27, 2017

Baked Potatoes ngan Sos dan Topping Takoyaki

meh nak kongsi cara buat baked potatoes dengan sos n topping takoyaki. kalu maleh buat n dok dekat2 umah chetam, boleh jer oder. tapi kena bagi warning dulu sb stok kentang abis da. smalam beli rm2 je kat tesco. yg rajin....boleh buat sendiri. boleh olah ikut citarasa anda. kalu nak share resepi ngan kengkawan pun boleh je. moga2 chetam dpt pahala kan.....hehehe.
mula2 buat baked potatoes.

ubi kentang
daging burger - chetam guna 3 keping je
minyak masak
serbuk black pepper
maggi cukup rasa

kupas kentang. basuh n masuk dlm periuk. isi air n rebus hingga hampir empuk. tutup api. tos kentang. bila suam, potong dua bahagian. korek tengah kentang ngan sudu. korek pelan2 nanti kentang pecah. isi yg dah korek masuk dlm mangkuk.
kentang yg dah korek susun dlm loyang yg dh sapu minyak atau margerin.
panaskan kuali, bubuh minyak sikit, masukkan daging burger. pakai sudip, katuk2 burger tu biaq hancur. tambah serbuk black pepper n maggi ckup rasa. goreng sampai masak. tutup api. tuang dlm mangkuk yg ada isi kentang. gaul sampai sebati. boleh tambah black pepper atau mayonis.
kepal seketul n masukkan dlm kentang yg berlubang tadi. suka hati nk bubuh byk mana. bakar dlm oven dlm stengah jam.
resepi sos takoyaki kat bawah. chetam buat sampai 3 adunan. boleh guna utk lain2 jenis masakan. selain guna utk takoyaki atau baked potatoes, boleh guna utk ayam/ikan/daging panggang. nak colek mempelam pun boleh.

utk topping
sos takoyaki
mayonis jepun atau yg biasa pun ok
nori - chetam gunting je seaweed. ada mcm2 perisa n jenama. beli siap sedikit mahal
bonito flakes - kepingan ikan yg amat nipis. yg ni tak leh buat. kena beli. sebab benda ni nipis, beli sebungkus kecik pun dapat byk. dah sumbat mampat dlm pek kecik. bonito ni mahal tp no worries sb nak pakai sikit je. kat aeon supermarket ada jual

homemade sos takoyaki
(dr blog life is beautiful - norlizaothman.blogspot.com)
1 cwn sos tomato
3/4 cwn kicap cair
1/4 cwn air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cwn gula
semua bahan masuk dlm periuk. masak guna api sederhana hingga mendidih.
kecilkan api dan biar hingga dapat kepekatan sos yg diingini.
tutup api. biarkan sejuk.  tapis sos. simpan dalam botol.
boleh masuk peti ais.


1 comment:

  1. Blackjack - Dr. Dr. Johns School of Health - Dr. Johns
    Blackjack is an exciting 과천 출장샵 game that 목포 출장샵 can turn tables in casino 화성 출장샵 gaming. This is an exciting 제주 출장안마 game that can turn tables 여주 출장샵 in casino gaming.

    ReplyDelete