Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 14, 2017

Baked Macaroni n Cheese versi Chetam





Meh nak kasi resepi baked macaroni n cheese versi Chetam.

Inspired dr resepi yg pernah Dee sumbangkn pada yahoogroup resepi.net. zaman tu facebook pun blum ada.  Boleh tanya resepi asal yg Dee bagi pada pak google atau check blog Teratak Chetam.

Baked macaroni n cheese - versi Chetam.

Bahan A
500gm macaroni
Letak seperiuk air atas api. Masuk garam sikit n minyak masak.  Bila air dh mendidih, masukkan macaroni. Masak jangan sampai lembik. Dh masak, tutup api. Tuang dlm penapis....toskn.

Bahan  B
Sebotol sos spagetti Kimball - Chetam guna yg tomato ngan mushroom
3 keping daging burger
Sedikit air
Sedikit serbuk maggi cukup rasa
Sedikit oregano
Letak kuali atas api. Letak minyak sikit. Masukkan daging burger. Goreng burger sambil hancurkn ngan sudip. Tuang sos spaghetti dlm Kuali. Masuk sikit air dlm botol sos, goncang n trus tuang dlm kuali. Tambah serbuk maggi ckup rasa n oregano. Tutup api. Masukkan macaroni yg dh ditoskan ke dlm sos spagetti. Gaul rata. Ketepikan.

Bahan C
Setin susu cair
2sudu besar tepung gandum
Sedikit air
Serbuk lada hitam kalu ada. Chetam tak letak. Chetam bubuh maggi ckup rasa sikit
Keju cheddar yg dh parut. Simpan sikit utk tabur atas macaroni nanti.
Tuang susu cair dlm periuk. Masukkan keju cheddar. Letak periuk atas api. Kacau sampai keju cair.  Bancuh tepung gandum dgn sedikit air. Tuang dlm periuk. Kacau rata. Bleh letak serbuk lada hitam. Chetam letak maggi ckup rasa. Dh pekat, tutup api.

Sediakan loyang atau tray aluminium. Tuang macaroni yg bersalut sos spagetti. Ratakan. Tuangkan Bahan C atau dipangey jugs sos putih.  Ratakan. Tabur keju cheddar yg diasingkan sblum ni. Akhir skali Chetam tabur dried parsley.

Bakar dlm oven yg telah dipanaskan tlebih dahulu. Dh siap,  kita makan

1 comment:

  1. sangat menyelerakan... favourite gak ni

    ReplyDelete