Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 19, 2013

Talam Nangka.......




Chetam buat 1/2 adunan je. Dapat 10 bekas dadih mini. Sedap.

Copy Paste dr Blog Sinar Kehidupan - http://yatiememories.blogspot.com/2010/12/talam-nangka.html
 
Talam Nangka

Bahan-Bahan
Lapisan bawah

1 cawan nangka- di cincang
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah.

Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas -

1/2 cawan tepung beras
4 s/b tpng jagung
3 cawan santan pekat
1 s/k garam
2 s/b gula pasir
2 helai daun pandan
pewarna oren (terpulang pada selera masing2)

Cara menyediakan lapisan atas

Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
Kukus lagi selama 20 minit.
Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

1 comment: