Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 01, 2012

Puding Karamel Cream Crackers


Banyak google resepi ni tapi Chetam ubahsuai ikut cara yang Chetam rasa paling senang.

Bahan
15 keping biskut Cream Crackers
1 tin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur
2 sudu gula

Bahan Karamel
6 sudu gula
Setengah cawan air

Cara
Untuk Karamel, Chetam dua2 bahan dalam loyang dan trus letak atas api. Kacau hingga pekat. Sejukkan.

Bahan2 lain semua masuk food processor dan blend sekaligus. Kemudian tuang dalam loyang perlahan-lahan. Kukus selama 30 minit. Bila dah siap, telangkup atas pinggan. Nanti nampak ada 3 lapis. Bawah telur, tengah biskut dan atas karamel.

No comments:

Post a Comment