![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEbFxLa6DN_6yLK6VPINA0f9E9iA41d501DY0ogOa6KNegIEqGpT16Jo9yfSi_vzNS6zwn480qOkYwz7Bf6N6csyC735h6KmYcAw83t6kIRk1LLD_Ko-8Y2eGM4qI8R0mgETLl/s400/chetam+raya.png)
InsyaAllah petang besok Chetam akan bertolak pulang berhari raya bersama Chenul ke Pekan Simpang, Taiping, Perak. Kali ni Buya berhari raya di Semenyih sebab nak jaga kedai....maklumlah, baru sebulan kami berpindah ke kedai baru. So Buya takut nak tinggalkan kedai walaupun dah puas Chetam dan Chenul pujuk supaya ikut balik beraya di kampung.
First time beraya dalam suasana inflasi sifar...hehehe....maklumlah baru berhenti keje dan kedai pulak belum beroperasi sepenuhnya. Walaupun income tergelincir, yang penting Chenul masih berhari raya dengan baju dan kasut baru. Harapan Chetam balik beraya nanti, kedai Teratak Chetam dapat beroperasi sepenuh masa.
Kali ini bukan setakat buat kelas coklat tetapi Teratak Chetam akan menjadi arena Chetam menghasilkan buah tangan seperti roti, kek, kuih muih dan lain-lain. InsyaAllah, Teratak Chetam akan bermula sebagai bakeri kepunyaan bumiputera walaupun bermula dengan modal yang sedikit. Yang penting, impian Chetam akan terlaksana. Selama ni dok main Bakery Life di Facebook....hehehe
Kepada anda yang tinggal di kawasan Semenyih Indah, jemput singgah ke Teratak Chetam untuk menikmati makanan tanpa was-was. Teratak Chetam turut menerima tempahan kek, roti, coklat, kuih muih, tartlets, cream puff, coklat, edible images dan macam-macam lagi. Kelas makanan lain turut juga diadakan, bukan hanya terhad kepada coklat.
Sokongan anda semua amat diharapkan.
Akhir kata, Chetam menyusun jari sepuluh mewakili Buya dan Chenul memohon kemaafan di atas segala ketelanjuran sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung Teratak Chetam tak kira yang berada di Malaysia ataupun di luar negara.
Chetam
No comments:
Post a Comment