Siti Salbiah dari Kuching, Sarawak. Datang malam sebelumnya dengan flight Air Asia. Bersemangat nak belajar walaupun penat tak habis lagi.
Rajimah juga dari Kuching, Sarawak. Beliau bersaudara dengan Siti Salbiah tetapi datang ke Kuala Lumpur awal beberapa hari dengan famili. Dari tahun lepas dah berhasrat nak join kelas coklat Chetam. Kesian Rajimah sebab tak sihat semasa kelas....masuk angin sampai pening kepala. Terpaksa rehat beberapa kali tapi Alhamdullilah coklat semuanya menjadi kerana Siti Salbiah turut menolong. Rajimah ni tokeh kek lapis.
Ekin ni student UKM tapi parent kat Kota Damansara jer. Rajin datang belajar. Siap booking kelas dengan dua nama berbeza...email nama lain dan sms guna nama lain. Sampai Chetam keliru bila nampak nama lain keluar kat henpon tapi introduce diri ngan nama yang di email....Chetam ingat kes nak silap tarikh kelas.
Dahlia orang Semenyih jer....Datang ngan bodyguard...sebaya Chenul...Tak berganjak dari sisi meja sebab dok tengok ibunya buat coklat. Mula-mula ingat Dahlia tak jadi datang sebab dah lambat....Bila mula tengok nota, Dahlia pun sampai.
No comments:
Post a Comment