Puan Azuwa dan suami dari Tawau, Sabah. Sepatutnya Puan Azuwa datang pada bulan November 2009 tapi ada halangan. Sambil datang belajar, dapat juga beliau berziarah ke rumah abang beliau di Semenyih.
Puan Haliza datang dari Muar, Johor. Ini pun last minute booking sebab ada yang tarik diri. Puan Haliza ada anak yang tinggal di Kajang so tak der masalah nak ke kelas coklat.
Diana datang dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebenarnya kakak Diana yang sepatutnya belajar coklat tapi Zura tak sihat...batuk teruk. Zura turut datang tapi duduk bersandar jer kat sofa.....penat....dek kerana teruk batuk...Puan Haliza siap kasi petua untuk redakan batuk...minum kicap yang diperah air limau. Masa Diana masuk rumah...Chetam dok cakap dalam hati.....budak dah belajar coklat la rasanya sebab muka familiar..rupanya Diana dan Zura pernah datang ke ofis Chetam untuk ambik Softener buatan Bumiputera
No comments:
Post a Comment