Maaf tak dapat siarkan keputusan nya semalam (Ahad). Letih penangan kelas coklat dua hari berturut-turut. Chetam terima beratus-ratus email yang meneka Sagun. Ada juga yang meneka dodol, Baragas dll.
Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi melapangkan masa anda untuk mengirim email kepada Chetam. InsyaAllah, di lain masa Chetam akan adakan peraduan yang lain pula.
Chetam
Ini keputusannya:
=========================================
Salam Che Tam,
Jawapan kepada peraduan itu ialah:
WAJIK @ WAJIK BANDUNG
From ME : ZAC ZAINI MOHAMED ESA,BATU FERRINGHI,PENANG
=========================================
Chetam minta Zac Zaini untuk emailkan alamat penghantaran hadiahnya yer......Nak tahu apa hadiahnya? Okay.......hadiah serba pink untuk Zac Zaini.
Berikut ialah resepi Wajik Bandung.


Resepi Asal : Bonda Aliyah, Medan Indonesia
Bahan
1 pot pulut - ditanak biar dingin
2 biji kelapa diparut - digoreng jangan sampai hitam - kekuningan sudah memadai
8 oz gula - boleh juga sekati gula tetapi dikurangi sedikit
Cara Membuat
Masak semua dengan api perlahan. Dah masak, boleh dibungkus dengan kertas minyak yang berwarna warni seperti dalam gambar.
Optional
Sekiranya inginkan rasa nenas - parut sebiji nenas dan ambil airnya sahaja. Masak bersama-sama dengan bahan di atas.
hehehe lucu la tengok adiah yang serba pink akak hehehe zac nak buat apa ek? hehehehehe
ReplyDelete