Assalamualaikum
Selepas lama menyimpan stok jualan dan kelas di merata-rata tempat dalam rumah, akhirnya Buya buatkan rak untuk Chetam. Rak yang simple tapi bermakna buat Chetam. Ini lah tandanya detik bermulanya CHETAM BIZ ENTERPRISE....sikit-sikit..InsyaAllah...Lama-lama Jadi Bukit.
Di bawah ni di antara stok Toko Chetam dan juga barang-barang akan digunakan dalam kelas coklat.

Stok brooches dan pin cucuk tudung. Yang coklat tu sampel yang Chetam beri pada guru-guru tadika Chenul. Sebelah tu acuan putu yang Chetam gunakan dalam kelas coklat.

Ini pulak stok warmer yang akan diberikan kepada student kelas coklat. Kalau anda berminat, just email Chetam.

Atas ni lagi barang-barang untuk kelas coklat seperti bekas isi coklat berbentuk bintang dan juga sprinkles warna warni untuk hiasan mashmellow lolichoc. Ada juga kotak-kotak coklat dan acuan jelly/ais. Berminat? Boleh email Chetam.

Ini pula stok coklat jenama Beryls serta acuan coklat bentuk serong, bunga ros dan doraemon. Hujung tu stok mangkuk stainless steel untuk kelas coklat.

Ni tabung slim....ada banyak.....cuma RM4.50 satu.
Banyak lagi barang tapi belum masuk rak sebab Buya belum pasang rak yang paling bawah.
Chetam
No comments:
Post a Comment