Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 20, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Rojak Ala India


Rojak Ala India

Bahan
200gm tauge, buang ekor dan celur
200gm sengkuang, dihiris
200gm timun, dihiris
3 keping tauhu, direbus & belah dua
4 biji telur, direbus & belah dua
Minyak untuk menggoreng

Bahan Cucur Udang
100gm tepung gandum
20 gm tepung beras
200gm udang sedang, dikupas
1 biji telur
10 tangkai daun jucai, dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Cucur Kelapa
100gm tepung gandum
60gm kelapa parut putih
1/2 camt serbuk penaik
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dihiris
Air secukupnya

Bahan Kuah
3 camb minyak
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 camb pes cili
200gm keledek, direbus & dilecek
1 camb asam jawa + 800ml air - perah dan tapis
2 camb gula gula merah
200gm kacang tanah - goreng dan kisar
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Untuk Cucur Udang: Satukan semua bahan menjadi sebati.
2. Panaskan minyak, goreng hingga keemasan kemudian angkat.
3. Untuk Cucur Kelapa: Kacau semua bahan hingga bancuhan menjadi doh yang tidak begitu keras.
4. Kepalkan menjadi bentuk memanjang kemudian goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
5. Untuk Kuah: Panaskan minyak. Tumis bawang kisar dan pes cili hingga wangi.
6. Masukkan semua bahan lain kecuali kacang tanah. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
7. Akhir sekali, campurkan kacang dan kacau. Bila mendidih, angkat.
8. Sajikan semua bahan dan cucur yang dihiris nipis dengan kuahnya.

ROJAK merupakan salah satu hidangan yang digemari ramai. Bila menyebut rojak, ramai yang pasti teringat akan cendol, satu lagi sajian yang sering digandingkan bersama-sama. Tidak hairanlah juga jika rojak dan cendol dihubungkaitkan dengan masyarakat India Muslim atau mamak.

Walaupun rojak ala India merupakan sesuatu yang sinonim dengan restoran atau gerai India Muslim, terdapat banyak jenis rojak lagi. Contohnya, rojak Melayu, rojak Cina, rojak Nyonya dan rojak Singapura. Manakala rojak buah juga dikenali dengan nama rojak petis.

Secara amnya, rojak ala India adalah campuran pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, sengkuang dan tauge dengan tauhu dan telur. Ada tiga jenis cucur yang biasa digandingkan iaitu cucur udang, cucur kelapa dan cucur rangup yang nipis bentuknya. Cucur rangup ini seringkali hanya perlu dipecahkan ke atas rojak dan dimakan seperti keropok.

Jika inginkan kelainan, boleh juga dicampurkan dengan mi kuning yang dicelur hingga lembut. Rojak mi sangat mengenyangkan dan boleh menggantikan nasi serta lauk. Rojak juga adalah hidangan yang sesuai untuk majlis bufet. Tetamu boleh mengambil bahan yang mereka sukai dan dengan cara ini, pembaziran tidak berlaku.

Bahan sampingan lain adalah ubi kentang yang direbus. Kemudian digoreng keemasan. Walaupun bahan-bahannya agak banyak, cara membuatnya agak mudah. Ada juga yang meletakkan ayam goreng yang dihiris dan jadilah Rojak Ayam. Manakala hirisan sotong kering yang sudah direndam juga akan mengenakkan lagi rojak ini.

Bagaimana hendak mendapatkan cucur yang lembut? Bancuhlah campuran tepung dengan air panas tetapi jangan terlalu panas. Jika adunan agak lembik, cucur yang terhasil menjadi leper. Manakala anda boleh mendapatkan bentuk cucur yang agak bulat sekiranya adunan keras. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana bahagian luarnya akan hangus dengan cepat. Sementara dalamnya masih mentah.

Jika ingin mendapatkan bentuk yang elok dengan menggunakan senduk, pastikan senduk tidak dibasuh dengan sabun dan air. Memadai dengan mengelapnya dengan bersih. Ini adalah supaya adunan tidak melekat pada senduk bila hendak digunakan lagi. Senduk juga mesti dipanaskan sebentar sebelum meletakkan adunan tepung ke dalamnya.

Supaya tahan lama jika dibawa sebagai bekalan berkelah, jangan campurkan sayur-sayuran untuk rojak dengan bahan-bahan cucur. Letak tauge, timun dan sengkuang di dalam bekas berasingan. Semua jenis cucur pula di dalam bekas lain. Bila hendak dihidangkan, barulah dicampurkan sekali.

Sebaik-baiknya, buang empulur timun dan parut kasar. Dengan cara ini, dapat mengelakkan termakan bijinya. Carilah timun yang agak muda dan tidak mempunyai banyak biji. Jangan celur tauge terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik. Sebaik-baiknya celur beberapa saat saja supaya ia kekal rangup dan enak dimakan.

Bagi yang inginkan kuah yang lebih merah, gantikan asam jawa dengan puri tomato. Lebihkan gula untuk mengimbangi rasa masam puri itu. Manakala yang mahukan kuah lebih pedas dan merah, gunakan serbuk cili bercampur pes cili.

Sesetengah pes cili atau cili boh yang dijual di pasar raya tidak begitu pedas. Adalah lebih baik jika anda mengisar sendiri cili kering. Sebelum itu, gunting cili secara menyerong. Buangkan bijinya dan rendam di dalam air mendidih selama 20 minit atau sehingga lembut. Kemudian barulah dikisar halus dengan air masak dan garam. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.

Penggunaan keledek di dalam kuah adalah untuk memaniskannya. Jika tiada, boleh digantikan dengan ubi kentang. Untuk memekatkan kuah, selain menggunakan kacang tanah, boleh juga mencampurkan dengan dua atau tiga biji buah keras. Ia hendaklah dikisar atau ditumbuk dengan bawang merah dan bawang putih.

No comments:

Post a Comment