Ada yang tanya pasal resepi kaya......so di sini ada beberapa resepi kaya biasa dan perasa pandan. Chetam totally lupa nama penyumbang gambar kaya di bawah ni. Sori sesangat.
Seri Kaya Hijau(sedap dimakan dgn kuih cakoi)
Sumbangan Liza Khalid Rnet
Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Cara
1. Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.
2. Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.
3. Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
4. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit.
SERI KAYA
Sumbangan Mak Lang Cari.com
Bahan-Bahan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing. (maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den..
• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan
Ini pulak resepi seri kaya berserta kaya ball. Ada yang penah tanya Chetam resepi Kaya Ball. Chetam tempekkan terus di sini.
[Quote]
Sumbangan Chekray Rnet
Membuat 'Kuih Kaya Ball' memerlukan acuan yg khas tetapi anda boleh cuba menggunakan acuan 'Kuih Cara'. Utk menjimatkan masa, boleh gunakan serikaya yg dijual di dalam tin. Serikaya yg dibuat sendiri kadangkala tidak begitu licin seperti serikaya yg dibeli kerana cara membuatnya di rumah memerlukan anda mengacaunya di atas api perlahan tanpa henti hingga ia pekat dan berkilat.
SERIKAYA
10 biji kuning telur
1 camb tepung gandum
1 liter santan pekat (dari 2 biji kelapa)
250 g gula pasir
2 helai daun pandan
Pukul telur, tepung gandum hingga sebati kemudian tapiskan. Masak santan dan gula atas api perlahan sehingga mendidih. Masukkan campuran telur dan daun pandan, kacau perlahan-lahan atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan sebelum digunakan.
Nota : Bagi yg gemar serikaya gula merah, masak 150 g gula merah + 100 g gula pasir + 100 ml air hingga gula hancur. Anda mesti kurangkan santan menjadi 900 ml saja. Prosedur lain seperti di atas.
BATTER
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
secubit garam
125 g mentega
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt vanila
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Putar mentega, gula dan telur hingga kembang. Masukkan 1/4 susu, putar sebati kemudian masukkan 1/4 campuran tepung. Ulangi proses secara berselangseli. Akhir sekali, masukkan vanila. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan. Letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga penuh. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
trime kasih coz ade sediakan resepi kayaball..tq very much!!!
ReplyDeletemacam mane nak buat gula hangus tu ye..boleh ajrkan tak?
ReplyDeleteMohon share n copy :)
ReplyDelete