Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 21, 2016

nak belajar buat takoyaki?


nak belajar buat takoyaki? anda akan diajar cara sediakan tepung dan sos takoyaki.

teratak chetam bersedia mengadakan kelas personal ataupun kelas beramai-ramai. 

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

teratak chetam kini beroperasi dr Batu 5, Simpang, Perak

tempahan dibuka utk cream puff dgn inti custard


tempahan dibuka utk cream puff dgn inti custard. self pick up di batu 5, simpang, perak

request utk personal class turut diterima.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

tempahan fruit n cheese tarts dibuka


tempahan fruit n cheese tarts dibuka. self pickup at batu 5, simpang, perak

request utk personal class turut diterima

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Nak Tempah Pulut Kuning Untuk Hantaran atau Majlis Perkahwinan


teratak chetam menerima tempahan pulut kuning utk hantaran atau majlis perkahwinan.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

teratak chetam kini beroperasi dr Batu 5, Simpang, Perak

Minat nak belajar buat bakul pastri dan tart buah saiz giant?


Nak belajar buat bakul pastri dengan tart nenas bentuk buah saiz besar?

Teratak Chetam bersedia mengadakan kelas secara personal.

Teratak chetam turut menerima tempahan utk hantaran.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

teratak chetam kini beroperasi dr Batu 5, Simpang, Perak

Berminat Nak Letak Piza Bun Bajet di Kantin Sekolah Atau Kedai Anda?

Chetam buka peluang kepada pengusaha kantin sekolah dan kedai makan sekitar pekan Simpang, Changkat Jering, Pengkalan Aur, Taman Kaya dan kawasan sekitarnya.

Anda boleh menambah jualan di kantin atau kedai anda dengan menjual Piza Bun Bajet yang berharga hanya RM1.00 sahaja. Tidak perlu bersusah payah menguli roti anda sendiri. Biar Chetam yang buat semua keje menguli dan packing, anda hanya perlu jual dan nikmati hasil komisen.

Jika berminat, terus hubungi Chetam melalui sms SMS/wassup 011-27046007


tempahan aneka kek dibuka sekarang.


Tempahan aneka kek dibuka sekarang.

Self pick up di Batu 5, Simpang, Perak.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Teratak Chetam kini beroperasi dari Batu 5, Simpang,Perak

Anda ingin belajar membuat aneka muffin?


Anda ingin belajar membuat aneka mufin?

Teratak Chetam bersedia mengadakan kelas secara personal ataupun grup.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Teratak Chetam kini beroperasi dari Batu 5, Simpang, Perak

Tempahan Muffin Dibuka


Tempahan aneka mufin dibuka sekarang. Self pick up di Batu 5, Simpang, Perak.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Teratak Chetam kini berada di Batu 5, Simpang, Perak

nak belajar buat cheese tart, egg tart dan fruit tart?


Nak belajar buat cheese tart, egg tart dan fruit tart?

Teratak Chetam bersedia mengadakan kelas secara personal atau grup.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Teratak Chetam kini beroperasi dari Batu 5, Simpang,Perak

Kelas Aneka Bun di Teratak Chetam @batu 5, Simpang


Nak belajar buat aneka buns?

Teratak Chetam bersedia mengadakan kelas secara personal atau grup.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

Teratak Chetam kini beroperasi dari Batu 5, Simpang,Perak

December 15, 2016

Teratak Chetam mula beroperasi dari Jalan Kuala Kangsar, Batu 5, Simpang, Taiping, Perak

Assalamualaikum

Teratak Chetam telah berpindah dari Bandar Teknologi Kajang ke Jalan Kuala Kangsar, Batu 5, Simpang,Perak.

Lokasi baru merupakan rumah peninggalan arwah bapak dan arwah mak. Sebelum ini, rumah dijaga oleh kakak Chetam. Sekarang Chetam yang jaga semenjak Kak Teh meninggal dunia Feb lepas.

Dengan ini Chetam umumkan yang Teratak Chetam telah bersedia untuk menerima tempahan dan mengadakan kelas. Sekiranya anda berada di Pekan Simpang atau Changkat Jering atau Taiping atau Matang, sila lah berkunjung ke Teratak Chetam untuk membuat tempahan kek, roti, puding, cream puff, aneka tat dan lain-lain.

info lanjut boleh SMS/wassup 011-27046007

July 08, 2016

Salam Aidil Fitri dari Chetam Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama giler tak masuk ke blog Teratak Chetam ni. Sejak laptop rosak, memang tak berdaya nak pos resepi atau coretan. Guna henpon chokia pun tak leh tambah pos baru.Hari ni pinjam laptop anak sedara semata-mata nak pos coretan sempena hari raya kali ini.

Hari Raya kali ni sangat berbeza. Tiada lagi hiruk pikuk dan leteran tuan rumah di Batu 5. Semenjak arwah Bapak dan Emak meninggalkan kami adik beradik, setiap tahun Chetam dan anak akan balik beraya di Batu 5 untuk temankan tuan rumah. Kalu Chetam senyap di Bandar Teknologi Kajang, pasti ada call masuk bertanya khabar dan juga tanya balik tak raya. Setiap kali balik beraya, pasti ada baju raya yang siap dijahit oleh tuan rumah. Kain untuk baju raya disponsor oleh sama ada kakak ipar atau kakak-kakak termasuk tuan rumah. Chetam dah lama tak beli kain utk baju raya. Lebih baik beli baju baru untuk Chenul. Chetam dah tua untuk bergaya dengan baju raya.

Arwah Emak meninggal pada Februari 2006. Hari Raya Aidil Fitri tahun 2006 merupakan kali pertama kami beraya tanpa Arwah Emak. Chetam ambik kesempatan untuk beraya di kampung Buya di Kota Medan buat kali pertama. Kalu tak silap tiga hari selepas raya Chetam dapat call yang Arwah Bapak kemalangan dan sedang koma di Hospital Besar Taiping. Esoknya kami terbang ke LCCT dari Medan. Sampai ke rumah terus cari tiket bas nak balik ke Taiping. Sampai stesen Kamunting, terus dibawa Kak Jang ke Hospital. Sempat tengok Arwah Bapak dan pegang tangan Arwah. Paginya dalam pukul 1 pagi, Arwah Bapak meninggalkan kami adik beradik.

Hari Raya Aidil Fitri 2007 merupakan kali kedua beraya tanpa arwah Emak dan kali pertama tanpa Arwah Bapak. Segala persiapan raya diatur oleh Tuan Rumah. Chetam jadi pembantu dapur sahaja. Tetapi tugas paling penting yang perlu Chetam lakukan ialah membalut pulut untuk buat Ketupat Daun Palas. Bukan semua orang boleh balut untuk dapat ketupat jantan.

Hari Raya Aidil Fitri 2015 merupakan kali pertama Kak Ti beraya tanya suami. Biha dan Hazman beraya tanya Abah. Arwah Abang Shamsul meninggalkan kami semua pada bulan Februari 2015. Dulu sebelum Chetam berumahtangga, Chetam tinggal bersama Kak Ti dan Abang Shamsul di Bandar Baru Bangi. Seorang abang ipar yang sangat baik dan rajin berlawak. Pada bulan Februari 2015 juga Chetam kehilangan seorang anak sedara akibat kemalangan jalan raya. Hari Raya tahun 2015 juga merupakan kali pertama Kak Nah dan Pak Su berapa tanpa Arwah Syamimi. Seorang anak yang baik yang juga sangat dirindui oleh Ely, kakak kedua Arwah.

Tahun ini, Hari Raya Aidil Fitri 2016 merupakan kali pertama kami beraya tanya tuan rumah. Arwah Kak Teh meninggalkan kami pada bulan Februari 2016. Arwah meninggalkan suami dan dua anak. Bagi suami dan anak-anak Arwah, mungkin patah tumbuh hilang berganti. Tapi kami adik beradik, perginya Arwah tiada pengganti. Insan yang serba boleh. Pandai memasak, menjahit, mengubah bunga dan macam-macam lagi. Segala kepandaian Arwah Emak turun ke Arwah Kak Teh. Abang Chak, Abang Chik, Abang Lang, Kak Nah, Kak Ti, Kak Jang dan Chetam akan sentiasa merindui Arwah Kak Teh. Sebab itu Hari Raya tahun 2016 kami tetap berkumpul di rumah peninggalan Arwah Emak dan Bapak di Batu. Semenjak Arwah Emak dan Bapak tiada, Arwah Kak Teh yang menjadi tuan rumah. Hari Raya Kedua kami adik beradik mengadakan majlis tahlil untuk semua yang telah meninggalkan kami. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat  ke atas roh mereka.

Hari Raya tahun 2017 belum tentu apa agendanya. Mungkin Chetam beraya di Bandar Teknologi Kajang dengan Buya dan Chenul. Kesian Buya, tahun ni raya banyak dugaan. Dompet dicuri orang. Mengeluh Buya susah nak cari makan. Itulah, ajak balik kampung Buya tak nak sebab anak kucing 3 ekor masih kecik. Tak boleh nak tinggal. InsyaAllah suami Arwah Kak Teh akan beraya ngan isteri baru. Anak-anak Kak Teh akan beraya dengan mak baru. Apa-apapun, Arwah Kak Teh tetap tiada pengganti di hati kami adik beradik.

Pergi mu bawa secebis hati kami. Bermalam di Batu 5 selama 2 hari terasa sepi. Pertama kali masuk ke dapur, meleleh air mata. Terasa terdengar suara Arwah Kak Teh di setiap penjuru rumah. Kali ini Chetam bukan hanya membalut ketupat daun palas tetapi terpaksa menyediakan pulutnya juga. Pertama kali Chetam membuat Ketupat Daun Palas dari A to Z. Kak Ani dan Kak Ti menyediakan rendang Ayam.

Damailah engkau di sana. Buah hati kepada anak-anak sedara. Pantang anak-anak sedara cakap nak makan apa-apa, pasti Arwah Kak Teh cuba sedaya upaya untuk menyediakannya. Laksa beliau terbaik di alam ini. Semua masakan Arwah sedap belaka. Banyak yang Chetam tak sempat belajar dari Arwah. Menyesal juga rasanya.

Chetam doakan yang terbaik untuk suami dan anak-anak Arwah. Kami tidak menghalang. Anda penentu kebahagian anda.

Di sini Chetam berhenti. Dah banyak kali cuba pos di facebook guna henpon tetapi sangkut.

Salam Raya dari Chetam