Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 11, 2013

Menerima tempahan berikut:

1. Cream Puff saiz biasa 60 sen/pc - minima 50pcs
2. Cream Puff saiz mini 40 sen/pc - minima 100 pcs
3. Congo Bars - satu loyang RM60
4. Mini Pavlova RM2.50/pc - minima 20 pcs
5. Cheese Tarts 80sen/pc - minima 50pcs
6. Fruit Tarts 90sen/pc - minima 50pcs
7. Egg Tarts 70 sen/pc saiz 5.5cm - minima 20pcs
8. Bakul Pastri dengan tart buah - 1 set dgn kotak plastik RM150
9. Aneka buns - sosej/chesse RM2.00/pc, inti lain RM1.50/pc - minima 20pcs (boleh campur)
10. Murtabak krakers - 1 loyang dengan inti daging cincang dan telur - RM32
11. Almond Bienna cookies - RM12 utk 150gm
12. Rich Chocolate Chips cookies - RM12 utk 200gm
13. Pelbagai kek harijadi, perkahwinan - sila sms 010-7850314 utk info lanjut

July 19, 2013

Talam Nangka.......




Chetam buat 1/2 adunan je. Dapat 10 bekas dadih mini. Sedap.

Copy Paste dr Blog Sinar Kehidupan - http://yatiememories.blogspot.com/2010/12/talam-nangka.html
 
Talam Nangka

Bahan-Bahan
Lapisan bawah

1 cawan nangka- di cincang
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
2 helai daun pandan
sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah.

Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas -

1/2 cawan tepung beras
4 s/b tpng jagung
3 cawan santan pekat
1 s/k garam
2 s/b gula pasir
2 helai daun pandan
pewarna oren (terpulang pada selera masing2)

Cara menyediakan lapisan atas

Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
Kukus lagi selama 20 minit.
Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

July 12, 2013

Stok Sedia Ada.....self collect di Bdr Teknologi Kajang

Rich choc chips. 200gm hanya rm12. Enak dimakan bila2 masa. Bleh request utk pack raya cookies 400gm. Pm atau call 010-7850314.
Mengandungi coklat chips, kuaci hijau, kuaci bunga matahari n oats

Bienna Almond. 150gm utk rm12. Cookies nipis yg enak dimakan bila2 masa. Boleh request utk pack raya 300gm. Pm atau sms 010-7850314.
Mengandungi almond slices, kuaci hijau n black sesame seeds

Black & white christmas drop. 200gm rm12. Enak dimakan bila2 masa. Bleh request pack raya 400gm. Pm atau sms 010-7850314.
Mengandungi almond slices n cornflakes kisa

June 20, 2013

Sheppard Pie - 1st trial

Ini inti daging cincang jenama Ramly......campur rempah sup n rempah kurma dan daun bawang. Tak lupa bawang besar holland potong dadu dan bawang putih.

Tutup atas ngan mashed potato. Kentang lenyek + susu cair + butter ngan lada hitam


Dah siap bakar. Guna pan pie size 10 inci. Mmg mengenyangkan makan kentang byk2.

Chenul tgh testing rasa pie.....baru balik sekolah....ada latihan lari utk sukan

June 17, 2013

Kelas Drop Cookies pada 29 Jun 2013. Sila book kalau berminat....

Assalamualaikum

Jom belajar buat drop cookies yang sedap lagi enak. InsyaAllah, kelas akan diadakan pada hari Sabtu, 29 June 2013 di Bandar Teknologi Kajang. Kelas bermula pada pukul 11pagi hingga selesai.

Kelas adalah terhad kepada 4 orang untuk setiap 1 sessi. Anda akan diberikan sebanyak 8 resepi dan hanya 4 resepi akan dibuat secara hands-on dan 1 resepi dibuat secara demo.


Yuran sebanyak RM230 dikenakan dan deposit rm100 perlu dibayar selepas pengesahan kelas dibuat.


Info lanjut, hubungi Teratak Chetam di 010-7850314 atau chetam1@gmail.com


Thanks

June 12, 2013

Jom Belajar Buat n Deko Cupcakes



Anda akan diajar cara-cara membancuh adunan cupcakes dan buttercream. Cara-cara mendeko cupcakes menggunakan buttercream, piping jelly, butter icing akan juga ditunjukkan.

Kelas adalah secara personal dan hands-on. Anda pilih sendiri tarikh yang anda free, tidak kira semasa working days atau weekend. Tetapi perlu memberi notis sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal dari tarikh yg dipilih. Kelas juga boleh digabungkan dengan lain-lain modul.

Yuran kelas personal ini ialah RM220.

Jika berminat, call atau sms 010-7850314

Tempahan Besday Kek dari Sharifah Aida....thanks.....




May 12, 2013

April 30, 2013

Kek Besday Span Strawberi tempahan jiran bawah



Chetam menerima tempahan sebarang jenis kek dengan harga yang berpatutan. Sila call atau sms 010-7850314. Boleh juga email chetam1@gmail.com