Iklan Berbayar


belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Januari 2012

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.




Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100.

Tarikh2 lain masih kosong. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Jika anda berminat untuk mempelajari pembuatan aneka jenis BUNS. sila hubungi Chetam. Pembelajaran secara hands-on untuk hampir 14 jenis buns. Antaranya : Split Bun, Sosej Roll, Selipar Bun, Chicken Floss Bun, Mexican Bun, Sardine Bun, Kaya Bun, Pandan Bun, Red Bean Bun, Pizza Bun, Coklat Bun, Butter Bun, Cheese Bun

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa dan Rabu, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

August 28, 2011

Salam Kemaafan dari Chetam Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua pengunjung Teratak Chetam

InsyaAllah petang besok Chetam akan bertolak pulang berhari raya bersama Chenul ke Pekan Simpang, Taiping, Perak. Kali ni Buya berhari raya di Semenyih sebab nak jaga kedai....maklumlah, baru sebulan kami berpindah ke kedai baru. So Buya takut nak tinggalkan kedai walaupun dah puas Chetam dan Chenul pujuk supaya ikut balik beraya di kampung.

First time beraya dalam suasana inflasi sifar...hehehe....maklumlah baru berhenti keje dan kedai pulak belum beroperasi sepenuhnya. Walaupun income tergelincir, yang penting Chenul masih berhari raya dengan baju dan kasut baru. Harapan Chetam balik beraya nanti, kedai Teratak Chetam dapat beroperasi sepenuh masa.

Kali ini bukan setakat buat kelas coklat tetapi Teratak Chetam akan menjadi arena Chetam menghasilkan buah tangan seperti roti, kek, kuih muih dan lain-lain. InsyaAllah, Teratak Chetam akan bermula sebagai bakeri kepunyaan bumiputera walaupun bermula dengan modal yang sedikit. Yang penting, impian Chetam akan terlaksana. Selama ni dok main Bakery Life di Facebook....hehehe

Kepada anda yang tinggal di kawasan Semenyih Indah, jemput singgah ke Teratak Chetam untuk menikmati makanan tanpa was-was. Teratak Chetam turut menerima tempahan kek, roti, coklat, kuih muih, tartlets, cream puff, coklat, edible images dan macam-macam lagi. Kelas makanan lain turut juga diadakan, bukan hanya terhad kepada coklat.

Sokongan anda semua amat diharapkan.

Akhir kata, Chetam menyusun jari sepuluh mewakili Buya dan Chenul memohon kemaafan di atas segala ketelanjuran sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung Teratak Chetam tak kira yang berada di Malaysia ataupun di luar negara.

Chetam