Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 27, 2009

Coklat Terbaru dari Chetam

Lolichoc Dora, Patrick dan Spongebob dari dekat.
Komen Buya : Buat banyak2.....nak letak kat Ibrahim Maju
Lagi komen Buya : Selekehnya
Komen Chenul : Umi......Patrick ada mulut la..

Chenul yang tak minat coklat. tersengih dok pegang lolichoc. Satu hari saja dah hampir 6 batang dia makan....mungkin sebab teruja tengok lolichoc yang berwarna warni

Percubaan berani mati....hehehe....Hearty Chocolate Box - kombinasi dari coklat kompoun hitam Van Houten dan coklat kompon putih Sicao.......ada berani nak makan ker?

Kelas Coklat : 19 Disember 2009


Tengah dok menabur sprinkles.

Zaharah dari Sungai Chua, Kajang....dekat jer....

Sarimah dari Bandar Tun Razak.....dah hantar coklat pada kakak di Teluk Intan ker?

Fatimah yang ceria tapi Chetam lupa lak dari mana......Fatimah tak putus dok cerita pasal famili yang jauh di Labuan, Sabah.....dia rindu pada adik-adik di sana......

Kelas Coklat : 18 Disember 2009



Ainul dari Selayang.

Shidah dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 9....beruntung betul....rumah dekat ngan kedai Yummie dan kilang Beryls....LKM pun dekat.....tak putus bekalan macam ni....hehehe

Rafidah dari Puchong....ramai orang Puchong yang datang belajar coklat ngan Chetam

December 24, 2009

Besday Cake Untuk Yang Tak Sambut Besday...hehehe

Sebenarnya Chetam buat 2 biji kek besday. Satu untuk Biha dan satu lagi untuk Chenul dan anak buah lain yang dah terlepas besday atau yang tak sambut besday. Chetam kasi pisau dan suruh depa potong kek besday tu. Chetam buat kek favourite Chetam, Kek Coklat Kukus Badariah siap ngan image edible Upin dan Ipin.

Layannnn.......


Majlis Doa Selamat Sempena Besday Fatin Nabiha

Balik raya haji di Tepen hari tu, kak Ti ambik kesempatan buat doa selamat sempena besday anak bongsu, Biha. Chetam ditugaskan untuk membuat kek patung barbie tapi dek kerana kemalasan, Chetam letak edible image Barbie jer. Lagipun dah pernah buat kek patung Barbie untuk Biha sebelum ni.

Ada bermacam-macam juadah yang Kak Ti sediakan....kita layan gambar ajer yer.....hehehe....tak sempat minta resepi.









December 23, 2009

Tempahan dari Nazrina, Johor Bahru



Nazrina tempah 2 kotak yang 35 cavities. Semuanya Real Chocolates dengan pelbagai filing seperti mangga, oren, strawberry, epal, badam, hazel nut serta truffle.

Chetam pos ke JB menggunakan Pos Laju. Alhamdullilah, pos pagi, besoknya dah selamat sampai tanpa cacat cela.

Jika berminat nak tempah, harga sekotak 35 cavities Real Chocolates adalah RM45.00

Kelas Coklat : 13 Disember 2009

Kali ni disertai oleh Roswidah dan adik beliau, Fariza dari Puchong.



December 21, 2009

Resepi: Kuih Minyak Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap malam Chetam lepak kat kedai Che Na dan Che Ju. So dah rezeki Chetam, masa sampai kat kedai tu minggu lepas, Che Na tengah dok masak inti kelapa. Lepas tu ramai-ramai dengan Che Ju dan Che Nor, depa buat Kuih Minyak Muda ni. Dan lagi sekali rezeki Chetam, kamera ada dalam beg. So apa lagi....dok sibuk mengambil gambar sampai depa panggil Chetam.....WARTAWAN....hehehe...

Che Ju bagi tahu sepupu Che Na di Narathiwat yang buat kuih ni.

Kuih Minyak Muda
Sumber: Che Na/Che Ju Bandar Teknologi Kajang
Asal : Narathiwat, Thailand

Nota Kaki Chetam: Ikut kata Che Na, sepatutnya bahagian putih di atas tu lembik berkuah. Tapi bagi Chetam.....yang ini pun dah sedap wei.....hehehe

Bahan-bahan Inti
1 biji kelapa muda
2 ketul Gula Melaka
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara
Masuk semua bahan ke dalam kuali.
Masukkan air sehingga kelapa terendam. Goreng hingga semua bahan kering.
Bila kering, masukkan sedikit tepung pulut. Kacau rata.
Bila inti dah siap, gentel bulat-bulat.

Bahan-bahan Kulit
Tepung pukut secukupnya
Sedikit air kapur
Air secukupnya - asal boleh dibentuk bulat-bulat

Cara
Gentel bulat-bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti ditengah-tengah.
Bulatkan semula.

Bahan-bahan Kuah
Tepung Beras secukupnya - cairkan dengan sedikit air
1 biji kelapa - ambil santan
Garam, gula secukupnya

Cara
Masak santan hingga mendidih. Masukkan tepung beras yang dah dicairkan.
Gaul rata

Cara membuat
Sediakan daun pisang.
Masukkan 2 biji bebola yang dah siap berinti.
Masukkan 1 atau 2 sudu besar kuah santan tadi.
Balut macam balut tapai, sematkan dengan lidi.
Kukus sekejap - agak-agak kuih tu dah masak.

December 15, 2009

Kelas Coklat : 12 Disember 2009

Ni Cikgu Zainor dari Wangsa Maju. Dek kerana tergesa-gesa pulang, Zainor tertinggal filling strawberry, bekas star dan coklat mashmellow. Dah tak der rezeki......

Aisyah datang dari Segamat. Pukul 6 pagi dah memulakan perjalanan. Aisyah tertinggal filling epal.....tak dak rezeki juga......

Ni pula Tun Mozla....partner Anith yang datang minggu sebelumnya. Mereka dah buat planning baik punya untuk bisnes coklat ni....oh ya...Tun Mozla ni juga Tokeh Tudung.

Atas ni coklat-coklat hasil tangan Tun Mozla....tertarik betul Chetam dengan coklat hitam yang dihias dengan teknik marble coklat putih diwarna dengan pewarna pink. Memang naik betul serinya. Biasanya Chetam cuma gunakan coklat putih untuk teknik marbling.

p/s: abaikan tarikh 2005 tu....guna kamera lama...bateri habis...hehehe

December 14, 2009

Kelas Coklat : 6 Disember 2009

Coklat hasil tangan Badariah

Coklat hasil tangan Naim

Ni dia....Badariah dan Naim. Mereka ni suami isteri dari Rawang.
Badariah dok tekun menyusun coklat yang telah mereka siapkan. Naim tengah tekun mengetuk coklat Teddy yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Seronok tengok Naim yang kesukaan dok promote Coklat Epal Praline yang dihasilkan begitu sedap.

Ini pula Anith - satu geng M2B dengan Chetam. Sekarang Anith dah jadi tokeh kek. Dulu dok promote kuih Tart. Sekarang sampai tak tidur malam dok bakar kek lapis. InsyaAllah...akan datang Anith akan sibuk bersilat membuat coklat pula.

Dan Keputusannya...........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf tak dapat siarkan keputusan nya semalam (Ahad). Letih penangan kelas coklat dua hari berturut-turut. Chetam terima beratus-ratus email yang meneka Sagun. Ada juga yang meneka dodol, Baragas dll.

Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi melapangkan masa anda untuk mengirim email kepada Chetam. InsyaAllah, di lain masa Chetam akan adakan peraduan yang lain pula.

Chetam

Ini keputusannya:

=========================================
Salam Che Tam,

Jawapan kepada peraduan itu ialah:

WAJIK @ WAJIK BANDUNG

From ME : ZAC ZAINI MOHAMED ESA,BATU FERRINGHI,PENANG
=========================================

Chetam minta Zac Zaini untuk emailkan alamat penghantaran hadiahnya yer......Nak tahu apa hadiahnya? Okay.......hadiah serba pink untuk Zac Zaini.

Hadiah terdiri daripada Beg Tote Dora, Baju Hujan Barbie, Tabung Slim Jasmine, Beg Liptick dan frame Minnie Mouse dari Hong Kong, Kerongsang Ekin dan Pin Tudung. Semua pink.

Berikut ialah resepi Wajik Bandung.
Wajik Bandung
Resepi Asal : Bonda Aliyah, Medan Indonesia

Bahan
1 pot pulut - ditanak biar dingin
2 biji kelapa diparut - digoreng jangan sampai hitam - kekuningan sudah memadai
8 oz gula - boleh juga sekati gula tetapi dikurangi sedikit

Cara Membuat
Masak semua dengan api perlahan. Dah masak, boleh dibungkus dengan kertas minyak yang berwarna warni seperti dalam gambar.

Optional
Sekiranya inginkan rasa nenas - parut sebiji nenas dan ambil airnya sahaja. Masak bersama-sama dengan bahan di atas.

December 11, 2009

Kelas Sugar Box : 5 Disember 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni hari Jumaat, so hari ni last day untuk yang menyertai peraduan Teka Apa Ni! InsyaAllah, keputusan akan diumumkan pada hari Ahad selepas semua penyertaan diaudit oleh badan bertauliah...hehehehe

Nak citer pasal kelas Sugar Box...bukan Chetam yang ajar tapi Chetam yang pi belajar kat Bagus Kajang. Very the interesting cuma tangan Chetam yang tak berbedung agaknya.....langsung tak der skill nak gubah bunga ros. Semua tak jadi sampai bunga Cikgu pula Chetam songlap..

Sugar box ni kita boleh guna untuk buat hantaran kahwin. Dalam kotak ni boleh letak coklat. Sebab tu Chetam pi belajar. InsyaAllah akan dipraktikkan sebaik mungkin.

Ni dia cikgunya....Chef Baini. Sampai cekak pinggang dok tengok bunga dan daun kena songlap ngan anak murid....hehehe....masa ni kelas dah nak habis.

Yang ni hasil tangan Chef Baini. Memang class!!!


Yang di atas ni pulak, hasil kerja tangan peserta pada hari tu. Semuanya cantik-cantik. Ada peserta yang pernah ikut kelas fondant sebelum ni so tangan tak la keras macam tangan chetam. Oh Ya...hasil tangan Chetam dah simpan so tak dipamerkan walaupun Chef Baini dok minta. Malula......tak cantik....





Gambar-gambar atas merupakan hasil keras tangan Chetam. By the time sampai rumah.....semua bunga dah bersepai sebab balik umah naik motor. Buya pakai tonggeng je bekas isi sugar box dalam bakul.

P/S: Abaikan tarikh pada gambar....ada masalah sikit. Chetam guna kamera canon yang lama sebab kamera olympus buya dan chenul bawa pi Jom Heboh di Bukit Jalil.