Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 23, 2009

Kelas Coklat 17 Oktober 2009


Rusliza dari Seremban datang ngan bodyguard. Si kakak kecil ni sibuk nak bantu mamanya tapi Chenul pulak dok sibuk ajak kakak main. Rajin dia melayan Chenul.....thanks.

Yang ini Nisak....juga dari Seremban. Muka saling tak tumpah macam Ezzah Aziz Fawzy....hehehe....datang bawa bodyguard juga yang merupakan peminat sinetron, pelakon dan penyanyi dari seberang....hehehe

Juliana orang dekat jer.....dari Sungai Ramal Dalam. Tempat kerjanya dekat ngan kilang coklat Beryls.....bertuah badan....hehehe

Tengah khusyuk membuat coklat.

Chenul ni kejenya menganggu jer Umi dia. Sat-sat dia panggil....nak ajar buat coklat pun tak senang. Sat-sat dia datang ke meja nak tolong celup coklat.....aduhhhh....

October 12, 2009

KELAS ASAS MEMBUAT CANDI DARI COKLAT

Anda boleh bawa pulang peralatan di atas - acuan ikut stok yang ada.

Misi Penting
Membuat kandi dari coklat couverture dan compound dengan cara yang paling mudah. Anda akan diajar teknik "tempering" coklat couverture yang mudah dan boleh dilakukan di rumah TANPA mengunakan marble slab atau memerlukan bilik yang berhawa dingin. Yang penting selepas selesai menghadiri kelas, anda boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan HOMEMADE CHOCOLATE yang HALAL dan bermutu tinggi. Setanding dengan jenama besar seperti CADBURY atau Vochelle.

Apa yang anda akan belajar.
  1. Cara membuat inti coklat "ganache" - pilihan perisa strawberry, coklat, oren, blueberry
  2. Cara membuat coklat berasaskan coklat converture menggunakan Milk Chocolate - Coklat Kekacang, Coklat Praline dengan perisa pilihan
  3. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan White Chocolate - Coklat Praline dengan perisa pilihan
  4. Cara menyucukidi pada coklat untuk membuat LoliChoc
  5. Demo membuat Truffles yang mudah
Tips:
  1. Permilihan dan penjagaan acuan coklat
  2. Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
  3. Menyimpan dan membungkus coklat
Yuran adalah sebanyak RM 250 dan berikut adalah apa yang akan diberikan semasa kelas.
  1. Nota ringkas berserta FAQ (persoalan berserta jawapan yang akan membantu semasa membuat kandi di rumah)
  2. Bahan-bahan coklat yang akan digunakan semasa hands on - coklat converture,compound, ganache untuk filling coklat, kekacang seperti badam, hazel nut atau gajus
  3. Peralatan atau tools membuat kandi - food warmer, mangkuk stainless steel, spatula plastik - anda boleh membawa pulang tools ini selepas kelas selesai
Apa yang anda perlu bawa semasa menghadiri kelas:
  1. Apron sekiranya anda tidak mahu pakaian anda terkena coklat.
  2. Pen sekiranya anda perlu mengambil nota [b]sendiri[/b].
  3. Bekas plastik untuk mengisi kandi atau coklat yang siap untuk dibawa pulang.
  4. Wang lebih sekiranya anda ingin membeli coklat dan acuan tambahan.
Terhad untuk 3 orang setiap kelas. Sila email atau sms untuk book kelas anda.
Setiap Sabtu atau Ahad (10 am sehingga selesai).
Snek ringan akan disediakan.

CHETAM BIZ ENTERPRISE
VP01-41, Vista Perdana, Jalan 3/16
Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor
HP: 012-2650314
Email: chetam1@gmail.com

Medan Part 3 - Main Air

Lupa nama tempat ni tapi dekat jer dari rumah. Kali ni pegi ngan pick-up Khairul Niam. Sebelum ni pegi Pantai Cermin, kami naik pick-up Khairul Amri. Yang tak bestnya......Chetam tak dapat rasa open air sebab kena duduk di depan sebelah driver. Maklum la...orang jauh....hehehehe

Masuk kena bayar. Lupa pulak berapa tapi bila hujung minggu, harga tiket akan naik. Tak boleh bawa makanan dari luar tapi kami dah siap ngan bekalan sendiri. Terpaksa la buya makan sorok-sorok. Tapi kami order juga nasi goreng dari restoren yang disediakan. RP70,000++ untuk 3 pinggan nasi goreng. Ada 1 lidi sate, telur dadar, ayam goreng dan bawang jeruk. Kalau beli kat gerai biasa, harga sebungkus nasi goreng ialah RP7,000. Berbeza sangat....tapi tak derla ayam goreng ataupun sate. Chetam paling suka sebab ada bawang jeruk.....


Chenul tak sabar nak mandi. Tapi sebelum tu....posing dulu.
Tak sia-sia Chenul belajar berenang di Tadika Bistari IT. Cikgu-cikgu tadika bawa murid-murid ke UKM untuk belajar berenang. Siap dapat sijil.


Tak jemu tengok si Keisa ni......umur baru setahun lebih...suka sangat cakap AWAS....bimbang orang terhempap dia bila dalam kereta.....Buya panggil Dora sebab tahun lepas buya belikan patung Dora pada Keisa.



Buya dok main air ngan anak-anak buah. Rajin dia membuli mereka.

October 11, 2009

Medan Part 2 - Aksi Anak-Anak


Ini Shifa, anak kepada adik bongsu buya - Khairuni. Baru umur 2 tahun lebih. Sekarang di sana tengah dok tayang sinetron Isabella dan Manohara. So ramai anak-anak yang dok hafal lagu Isabella ni. Yang kelakar bila Shifa nyanyi......"Dia IcaElla...lambang cinta MANOHARA...." hehehe....mana mari lak lirik manohara ni...

Chenul ngan Zaki dan Keisa.....anak-anak adik Buya - Khairul Niam
Tak payah nak pegi supermarket....hehehe....mainan binatang ni akan lalu di depan rumah...panggil jer.....di Medan, mainan ni dipanggil ondong-ondong......lelaki kat belakang tu yang akan mengayuh bagi menggerakkan binatang tu. Sambil tu muzik anak-anak akan dimainkan
Seronok Chenul, Wawa dan Ela main ondong-ondong....Shifa terlepas sebab belum bangun tidur
Chenul beraksi ngan dress PowerPuff
Ini Qian. Baru setahun lebih. Anak ke 4 adik Buya - Kholidah. Comot mulut makan coklat. Qian very the protective. Kalau buya usik ibu atau kakaknya....mula la dia meraung....siap pukul-pukul buya...
Chenul ngan Mimi, anak ke 2 Kholidah. Posing sakan.
Shifa ngan Hafiz, anak ke 3 kepada Kholidah. Tengah beraksi ngan pump gun. Setiap kali raya, mesti ramai peniaga yang jual segala macam bentuk senapang api. Macam betul...siap ngan peluru.....harga dalam RP7000
Chenul beraksi lagi. Semakin besar, semakin pandai bergaya...
Chenul ngan Wawa yang muda setahun dari Chenul. Wawa ni anak kepada adik buya - Kholidah. Member kamceng ni.
Berposing dalam pick-up sebelum bertolak ke pantai Cermin. Di kiri sekali tu Tika, anak sulung Kholilah. Di sebelahnya pulak Ela. Anak sulung adik buya - Khairul Amri. Ela dah pernah datang ke Malaysia ngan Shifa.

October 09, 2009

Medan Part 1 - Pantai Cermin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab lama senyap......mood raya wei......lepas 2 minggu bercuti ke Medan, weekend lepas balik jenggah kakak di Tepeng. Lepas rindu pada hidangan raya sebab kakak-kakak buat juadah raya. Ketupat palas ngan rendang ayam pun ada, Kak Tih yang buat. Kak Ti masak bihun sup dan lodeh. Kuah kacang pun ada. Sepupu buat rumah terbuka....laksa tu....tapi masih tak leh lawan kesedapan laksa Kak Tih.

Chetam nak paparkan beberapa foto yang diambil semasa di Medan. Part 1 ni gambar semasa ke Pantai Permai aka Pantai Cermin. Kenderaan rasmi raya tahun ni ialah pick-up. Nak masuk kawasan pantai kena bayar RP10,000 seorang. Pondok Rp60,000 sebuah.....mana cukup so terbang Rp120,000. Makanan - ikan pari bakar dan ayam goreng dalam Rp60,000. Lepas makan ikan pari, terus menggaru.....sampai merah dua-dua tangan.





















October 08, 2009

Iklan Berbayar : JUS MATE 5

Nama Produk : JUS MATE 5

Info Produk : Program Jus Diet Mate 5, Mudah..Selamat..Berkesan.. Tanpa Kegemukan Semula....
JUS DIET MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) . Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan. Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk JUS MATE 5 atau produk-produk Herbaprima
yang lain sila lawati laman web http://roszaimah.dietmate5.com