Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 12, 2009

Resepi : Tepung keluaran FFM

PISANG HARUM MANIS

Bahan-bahan A:
200 gm Tepung Blue Key Halus Lagi Putih
100 gm Mentega
100 biji Gula Kastor
1 tsp gm Perisa Pisang Star Brand
100 gm Badam kisar

Bahan-bahan B:
500 gm Pisang Berangan
1 tsp Serbuk Kulit Kayu Manis
50 gm Kismis
50 gm Gula merah
20 gm Gula kastor

Hiasan:
Gula Aising
Strawberi
Daun Pudina

Cara
1. Campurkan semua Bahan A dan jadikan ia serbuk.
2. Potong pisang nipis dan campurkan kesemua Bahan B.
3. Masukkan Bahan B ke dalam acuan souffle dan taburkan Bahan A di atas.
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180°C
TRIO NUT COOKIES

BAHAN A
Butter 100g
Gula Kastor 25g
Gula Perang 25g
Gula Icing 35g

BAHAN B
Kuning Telur Seri Murni 1 biji
Perisa Vanila Star Brand ½ TSP
Pewarna Coklat Star Brand 1/8 TSP

BAHAN C
Serbuk Penaik ½ TSP
Tepung Halus Lagi Putih Blue Key 125g

BAHAN D
Kacang Almond 25g
Kacang Hazel 25g
Kacang Pistacio 25g

Cara penyediaan :
1. Pukul bahan A hingga agak kembang.
2. Masukkan bahan B dan putar selama 1 minit.
3. Campurkan bahan C dan D seketika sahaja.
4. Setelah menjadi doh. Uli doh selama 2 minit dan terapkan.
5. Rehatkan doh selama 5 minit.
6. Bentuk adunan dan susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan
majerin.
7. Bakar pada suhu 180’C selama 10-15 minit.
8. Taburkan ‘snow icing’ dan hias mengikut kreativiti.

Biskut Jari-Jari

Bahan-bahan.
170gm mentega
150gm gula aising
1 sudu teh Perisa vanilla Star Brand
1 biji telur Seri Murni
Bahan B
350gm tepung Halus Lagi Putih Blue Key
100 gram biji kuaci
1 sudu makan susu tepung
50gm serbuk badam
Sedikit Perisa Coklat Star Brand

Cara-cara
1. Kacau mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh.
4. Bentukkan acuan.
5. Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula kasar.
6. Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit.

Riang Ria Raya Bersama Nestle

Sumber : www.nestle.com.my
Sila klik resepi untuk imej lebih besar.








September 09, 2009

Resepi Raya dari Kedai Bagus

Chetam pi beli barang kat Kedai Bagus dan Chenul memang rajin masukkan newsletter mereka dalam bakul setiap kali shopping. So bila balik baru perasan ada resepi di dalamnya. Datang pulak kerajinan dalam diri terus Chetam scan untuk dikongsikan bersama dalam Teratak Chetam.

Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar.



September 08, 2009

Juadah Berbuka - 5 September 2009

Juadah ni Buya yang sediakan. Memang Buya yang masak juadah berbuka setiap hari kecuali hari minggu. Tapi dek kerana ada kelas coklat pada hari Sabtu lepas, Buya pun masak.

Student coklat siap bagitahu mengembak bau sambal ikan ni. Ikan ni dari Sabah juga tapi Chetam pun tak tahu ikan apa....hehehe

Limau penganti kurma
Gulai Lemak Kobis ngan Udang. Siap ngan kentang yang merupakan favourite Buya
Kuih dari Pasar Ramadhan.....Ketayap tu Buya punya dan Buah Melaka tu Chenul punya
Agar-agar ni Chetam yang punya....hehehe

Aksi-aksi Chenul menunggu waktu berbuka......tahun ni 1st time Chenul berpuasa. Chenul baru 5 tahun.

Kelas Coklat 5 September 2009

Ida dari Taman Pelangi Semenyih
Su dari Taman Maluri bawa bodyguard - Athira
Ini pula hasiltangan Salbiah dari Puchong. Salbiah tak nak gambar masuk Teratak Chetam, nanti orang kenal....hehehehe
Penuh hiasan Mashmellow kali ni...
Chenul dapat main ngan geng sebaya kali ni......

Koleksi Resepi Daisy oleh Chef Liza


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Chetam yang beragama Islam.

Mungkin sekarang anda sedang bertungkus lumus menyiapkan biskut-biskut untuk hidangan semasa Hari Raya Aidil Fitri nanti. Chetam masih dok lepak katak lagi. Masih belum buat sebarang biskut.

InsyaAllah kalau cuti diluluskan, Chetam akan mula bercuti pada 14 september hingga 29 September 2009. Tahun ni Chetam, Buya dan Chenul akan beraya di kota Medan. Sambutan di sana memang meriah tapi hujan emas di tempat orang...hujan batu di tempat sendiri...adalah lebih baik tempat sendiri. Tak dapatlah Chetam ziarah ke pusara Arwah Emak dan Arwah Bapak bersama kakak-kakak dan abang-abang.

Chetam akan mula menghantar email koleksi Daisy Chef Liza. Sekiranya anda berminat, sila daftar di dalam Mailing List Teratak Chetam secepat mungkin. Kalau terlepas, anda perlu hantar email personally kepada Chetam yer....macam biasa...

Resepi-resepi tersebut anda boleh juga perolehi dari laman web Sinar.FM dan juga Laman Web RTM. Bezanya....koleksi dari Sinar.FM lebih berwarna warni.

Andai kata Chetam terlupa....Chetam ambik kesempatan untuk menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya perbuatan, perkataan, dan tulisan Chetam yang telah menyinggung perasaan anda.

Salam Aidil Fitri
Chetam, Buya dan Chenul

September 03, 2009

Juadah Berbuka - 3 September 2009

Chenul tengah berbuka puasa dengan nasi ngan tom yam udang
Ini Puding Choc Rich dari Kak Jun, myresepi.com.......resepinya nanti yer....Chenul nak main game DORA sat
Ini Rendang Ikan Tuna. Ikan ni Chetam beli dari sebuah kedai di Hentian Kajang. Ikan Tuna ni diterbangkan dari Sabah malam sebelumnya. Besar wei.....Chetam beli sepotong tapi bila dipotong 7 bahagian....masih lagi besar.
Ini Kacang Buncis Goreng Cabai.....resepi yang Chetam belajar dari Arwah Emak tapi Chetam tambah serbuk TUMIX sikit. Sayur ni memang sedap...pembuka selera....
Ini pulak lebihan ikan tuna....Chetam goreng kunyit jer. Makan ngan Kacang Buncis tadi.....mak ai....sedapnya....langsung tak layan Rendang Ikan Tuna.

Kelas Coklat 30 Ogos 2009

Yang ini Chenul yang buat tapi hangat-hangat tahi ayam jer...

Suhaila dari Taman Pelangi Semenyih.....dekat jer
Ziana dari Saujana Impian.....dekat jugak....
Suhaila datang ngan bodyguard...rajin betul membantu...

September 01, 2009

LOPIS UBI KAYU DAUN PALAS




(sori gambar blur sebab guna handphone)

LOPIS UBI KAYU DAUN PALAS
Sumbangan : Che Na dan Che Ju dari Bandar Teknologi Kajang

Bahan A
1 kilo Ubi Kayu
1/2 kilo Kelapa Parut (yang putih sahaja)
Garam secukup rasa
Pewarna ikut suka
Daun Palas

Bahan B
Gula Merah
Gula Putih
Air
Daun Pandan

Bahan C
Kelapa Parut (putih sahaja)
Garam cukup rasa)

Cara
Bahan A - Sagat ubi kayu. Campurkan dengan kelapa, garam dan pewarna. Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam daun palas. Kukus sehingga masak.
Bahan B - Campurkan semua bahan dan masak sehingga menjadi air gula yang pekat. Masukkan daun pandan untuk bau wangi.
Bahan C - Digaul rata.

Setelah lopis masak, keluarkan dari daun palas dan digaul dengan bahan C. Hidangkan bersama dengan bahan B.

Nota Kaki Chetam:
  • Cepat jer Che Na masak lopis ni
  • Dah masak, terus jer Chetam jamu selera. Air gula yang Che Na memang pekat....sedap!!!
  • Che Na dan Che Ju juga kongsi satu lagi resepi tapi secara teori jer..so tak der gambar.
Ketupat Bangkok
Sumbangan : Che Na dan Che Ju dari Bandar Teknologi Kajang

Bahan
Ubi Kayu disagat
Pisang yang masak - pisang nangka/raja atau apa jer
Daun Pisang
Pewarna
Garam secukup rasa

Cara
Gaul ubi kayu yang telah disagat dengan sedikit garam.
Masukkan pewarna dan gaul rata. Letak sedikit adunan tadi atas daun pisang.
Letakkan pisang yang dipotong memanjang sebagai ganti inti. Bungkus ubi kayu berintikan pisang seperti kuih LEPAT.
Kukus sehingga masak.

Setelah masak, gaul ketupat bangkok dengan kelapa yang dicampur dengan gula putih.