Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 27, 2009

KELAS COKLAT CHETAM

Ikuti kursus asas pembuatan coklat di Chocolate de Chetam dan anda akan bawa balik tools di atas. Warmer dan acuan yang diberikan adalah bergantung kepada stok yang Chetam ada.

Anda cuma perlu membeli stok coklat dan apabila di rumah anda sendiri, praktikkan apa yang telah dipelajari dengan tools yang telah diberikan.

Sila call/sms 012-2650314 atau email chetam1@gmail.com untuk booking kelas anda. Kelas akan diadakan di Teratak Chetam di alamat berikut:

Teratak Chetam
VP01-41, Vista Perdana
Jalan 3/16, Seksyen 3
Bandar Teknologi Kajang
Semenyih.


Photobucket

Photobucket

August 25, 2009

SALAM RAMADHAN.....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf terlambat.....Salam Ramadhan Bulan Mulia dari Chetam, Buya dan Chenul.

Chetam

Resepi: Sayur Kobis Panjang Masak Cincai

Sayur Kobis Panjang Masak Cincai
Sumber: Chetam

Bahan
Separuh - Sayur kobis panjang
3 biji telur ayam
Udang sederhana besar
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Serbuk Perasa TUMIX - perisa ikan bilis
Minyak Masak

Cara
Panaskan minyak masak dalam kuali. Campak bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
Bila dah kekuningan, masukkan udang yang dah dibersihkan.
Kemudian masukkan sayur kobis panjang berserta cili merah yang dihiris.
Gaulkan semua bahan ngan sudip.
Masukkan sedikit serbuk TUMIX. Gaul lagi.
Pecahkan telur ke atas sayur tadi. Biar sebentar sebelum digaul sedikit.
Dah masak boleh dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas.

SODAP!!!

August 18, 2009

Pops Cake Lagi....

Kek Coklat - beli yang ready made kat Mydin

Kek dihancurkan dan digaul dengan froating cream cheese. Dibulatkan sebesar bola golf dan diatur atas loyang untuk masuk peti sejuk.
Yang ini yang student Chetam dah siapkan....celup dalam coklat lepas tu drizzle ngan coklat compound putih. Yang empat segi tu biskut wafer celup coklat dan dihias ngan transfer sheet bercorak putih

Kelas Coklat 16 Ogos 2009

Kelas kali ni habis cepat sikit. Seronok tengok muka students yang tersenyum puas hati sebab dapat banyak coklat untuk di bawa pulang.

Nurul dari Shah Alam
Zaini dari Sg Besi
Iffah dari Bangi Lama
Setiap students bawa balik 6 batang Mashmellow yang dicelup coklat


Yang bulat tu Pops Cake dan yang square tu wafer.

Kelas Coklat 15 Ogos 2009

Kelas ni start lambat sebab ada yang tersesat jalan.


Cantik berkilat coklat yang dihasilkan.
Aini datang dari Gombak.

Ini pula Anis. Aini dan Anis sebenarnya adik beradik. Mereka berdua yang tersesat. Mula2 call belum masuk tol kajang. Sekali lagi call dah berada di depan Tesco....hehehehe

Nyna dari Sentul dan datang ditemani suami. Sebenarnya Nyna penah beli coklat dari Chetam.

August 14, 2009

H1N1 ALERT!

Virus H1N1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Takut bila baca newspaper tentang korban jiwa akibat H1N1. Lebih ngeri apabila yang terkorban termasuk bayi dan anak kecil.

Chetam terima banyak petua-petua dalam bentuk email dan Chetam kongsikan petua-petua tersebut di Teratak Chetam. Harap kita dapat ambil ikhtibar dalam mencegah famili kita dari terkena H1N1.

Rata-rata yang terkena H1N1 ni kebanyakan orang Melayu sedangkan kita tak ada direct contact dengan sumber H1N1 ini. Jangan lupa yang manusia yang sebenarnya merupakan pembawa atau vektor kuman H1N1 ini. Sebab tu kita digalakkan supaya selalu membasuh tangan dan memakai topeng muka. Menurut emails yang Chetam terima, corak pemakanan orang Melayu yang menyebabkan kita terdedah kepada H1N1. Kita kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan sebab tu badan kita senang terkena penyakit H1N1.

InsyaAllah Chetam akan update petua-petua ni dari masa ke semasa. Selain dari petua-petua ini, ada pihak yang mencadangkan produk-produk yang hangat di pasaran seperti Transfer Factor, Susu Alpha Lipid dan Minyak Kelapa Dara. Tepuk dada tanya selera....tapi sebenarnya....kena periksa kocek juga.

Ikhlas
Chetam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Dari email Viruseinside

Utamakan buah2an tempatan seperti pisang..nenas...rambutan etc. Buah2an tempatan lebih banyak vitamin c dari oren dan epal. Untuk tambahan, makan minyak ikan (perisa oren...elok utk kanak2...depa suka) dan dapatkan vitamin C atau multivitamin.

Info daripada Kementerian Kesihatan KLIA.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Mimie

langkah bijak adalah n mencegah dr awal salah satunya amalkn petua2 yg dah ramai bagi kat setiap ruangan yg berkaitan H1N1 ni........contohnya dr seorg rakan email bagitau amalkn makan buah epal hijau n jus orange.....makan kurma yg di rendam dlm air kelapa....selagi ada ikhtiar dan berdoa insyaallah berhasil....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email muhammad nasir

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Nota kaki Chetam : banyak email yang Chetam terima berkenaan jintan manis ni

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email fadli

kepada rakan2 sekalian, segala penyakit itu datang darinya untuk menguji hamba2nya
dan percayailah bahawa penawarnya juga datang dari padanya, amalkan 7 makanan yang di nyatakan dalam alquran sebagai makan terbaik dalam kehidupan, jgn lupa penawar segla penyakit iatu madu, buah tin, buah delima, zafran, kurma, buah zaitun sebagai ubat segala penyakit. kita berusaha cuma kita minta petunjuk dari allah yang punya dunia..semoga disembuhkan. amalkan selawat syifa sepanjang masa, dan doa mengelakkan penyakit merbahaya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Lurve Angle

Salam Sahabat,
Pagi tadi sorang kawan yg da 3 ari demam pg Guardian farmasi nak beli mask..
Then pharmasist tu cakap, sebenarnya pkai mask not really effective..
Die syorkan makan Vitamin C..dan die suggest member nie beli Vitamin C Redoxon...
Macam soluble, kena masuk dalam air then minum..saya pun da cuba..not bad rasanya..macam air oren...
Die cadangkan makan sekali pagi dan sekali malam untuk tingkatkan imune system badan kita..
Ini ikhtiar kita..Semoga kita selamat dari penyakit berbahaya nie...Insyaallah...
~KaSeh SuCI~

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Suzi

Salam semua,

Saya ada menerima email mengenai juice apple hijau yang boleh prevent H1N1, alhamdulillah anak sulung saya demam teruk 3 hari lalu, saya bawa ke klinik ambil ubat dan selama 3 hari juga setiap kali waktu makan saya bagi juice apple hijau yang saya blend dengan madu. Alhamdulillah demam anak saya dah beransur pulih walaupun masih agak lemah..saya juga mengamalkan untuk seisi keluarga sebgai prevention.

Wassalam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email ina zaini

boleh amalkan jus2 yang mengandungi habbatus sauda,kurma,kismis,delima,buah tin,madu,halia,pegaga,halba...
Kita berpegang pada hadis yang dah tertulis "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda kerana ia adalah penawar segala penyakit kecuali MAUT"

Wassalam..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

August 12, 2009

Sana Sini Sebelum Kenduri di Rumah Kak Nah





Sana Sini Sebelum Kenduri


Tengah bersiap sedia nak bertolak ke rumah Kak Nah.


Malam sebelumnya, Kak Ti, Kak Tih dan Chetam bertungkus lumus menyiapkan hasil tangan masing2. Chetam yang last sekali tidur.....dekat pukul 5 pagi.

Nak Tahu Apa Chetam Buat Semasa Balik Kampung?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lepas dari hari Khamis hingga Ahad, Chetam satu famili berada di Tepen. Chetam dan Chenul balik awal dengan bas pada malam Khamis sementara Buya balik petang Jumaat. Chetam balik awal sebab ada misi. Kakak Chetam, Kak Nah tugaskan Chetam untuk buat Wedding Cake untuk kenduri perkahwinan anak-anak teruna beliau. Dua orang serentak.....Chetam decided nak buat cupcakes. First time nak buat Wedding Cupcakes.

Buat 6 bancuhan Kek Coklat Kukus Badariah versi bakar. Kenapa 6 bancuhan.....hehehe...tepung coklat abis da....2 bancuhan pertama Chetam buat sendiri. Yang lainnya dibancuh oleh anak-anak sedara Chetam iaitu Aqilah, Nani, Bang Man, Biha dan tidak ketinggalan Chenul yang pada mulanya merajuk kerana tak dapat tolong pecahkan telur. Chetam tambah sedikit oren Sunquick dalam bancuhan kek tadi atas saranan Nini, student coklat Chetam. Memang klas!!!

Chetam lupa print resepi aising so versi kali ni versi hentam keromo....hehehe....Chetam guna sekilo krimwell, sekilo shortening dan dalam 8 cawan gula aising. Pukul both krimwell ngan shortening guna mixer letrik. Dah gebu, masukkan gula aising sikit2.

Hasilnya......

Kakak-kakak Chetam lepas gian pada kenduri kali ni since kenduri anak sedara yang sulung dulu mereka tak dapat nak menolong dek kerana dikuasai oleh pihak yang satu lagi.....hehehehe. Kak Tih masak bubur kacang hijau seperiuk besar dengan agar-agar merah. Kak Ti pula masak dadih jagung dan coklat. Kak Ani dan Abang Lang beli biskut, lolipop untuk dipek dalam plastik....ala-ala goody bags. Chetam buat wedding cupcakes dan mashmellow lolipop. Siap open table untuk letak dessert dan makanan ringan ni semua.

Yang kiri sekali tu Abang Chak....ruper dah sebijik macam Arwah Bapak. Yang baju biru tu Abang Chop.....penunggu setia bubur kacang hijau Kak Tih.....dia tukang cedok.
Tu semua anak-anak sedara Chetam. Sedang jaga dadih dan agar2. Kiri sekali tu Fizah anak Kak Nah, tuan rumah. Sebelah tu Asmeda. Yang kecil tu Shahir. Yang tudung putih tu Nani....alah yang Chetam pernah post tentang pembedahan tonsil. Sebelah tu Aishah.
Sebelah Nani tu Bang Man.....mereka berdua tolong Chetam bancuh adunan cupcakes. Nani dah pasang cita-cita tak bisnes kek bila besar. InsyaAllah boleh joint venture ngan Mak Tam tau....

August 11, 2009

Steps nak susun Wedding Cupcakes...

Tara!!!! Dah siap......siap dapat pujian lagi...hehehe




Ulang steps yang sama untuk lapisan ketiga.

Letakkan lapisan kedua atas gelas. Susun lagi 4 gelas di atas lapisan kedua. Kemudian penuhkan cupcakes.
Chetam guna 4 gelas sebagai ganti tiang. Susun cupcakes di sekeliling gelas hingga penuh lapisan bawah. Chetam guna mangkuk nasi sebagai dasar lapisan pertaman ni.