Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 29, 2009

KELAS COKLAT DI CHOCOLATE DE CHETAM





Sekiranya anda berminat. terdapat kekosongan pada hari Sabtu(4/7/2009) dan Ahad(5/7/2009). Sila email atau sms untuk buat tempahan kelas lebih awal kerana Chetam perlu menyediakan tools secukupnya.

Misi Penting
Membuat kandi dari coklat couverture dan compound dengan cara yang paling mudah. Anda akan diajar teknik "tempering" coklat couverture yang mudah dan boleh dilakukan di rumah TANPA mengunakan marble slab atau memerlukan bilik yang berhawa dingin. Yang penting selepas selesai menghadiri kelas, anda boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan HOMEMADE CHOCOLATE yang HALAL dan bermutu tinggi. Setanding dengan jenama besar seperti CADBURY atau Vochelle.

Apa yang anda akan belajar.
  1. Cara membuat inti coklat "ganache" - pilihan perisa strawberry, coklat, oren, blueberry
  2. Cara membuat coklat berasaskan coklat converture menggunakan Milk Chocolate - Coklat Kekacang, Coklat Praline dengan perisa pilihan
  3. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan Dark Chocolate - Coklat Hitam perisa Peppermint
  4. Cara membuat coklat berasaskan coklat compound menggunakan White Chocolate - Coklat Praline dengan perisa pilihan
  5. Cara menyucuk lidi pada coklat untuk membuat LoliChoc
  6. Demo membuat Truffles yang mudah
Tips:
Permilihan dan penjagaan acuan coklat
Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
Menyimpan dan membungkus coklat

Yuran adalah sebanyak RM 250 dan berikut adalah apa yang akan diberikan semasa kelas.
  • Nota ringkas berserta FAQ (persoalan berserta jawapan yang akan membantu semasa membuat kandi di rumah)
  • Bahan-bahan coklat yang akan digunakan semasa hands on - coklat converture,compound, ganache untuk filling coklat, kekacang seperti badam, hazel nut atau gajus
  • Peralatan atau tools membuat kandi - food warmer, mangkuk stainless steel, spatula plastik, scrapper plastik, acuan dan kain tuala - anda boleh membawa pulang tools ini selepas kelas selesai
  • Bekas plastik untuk mengisi kandi atau coklat yang siap untuk dibawa pulang
Apa yang anda perlu bawa semasa menghadiri kelas.
  • Apron sekiranya anda tidak mahu pakaian anda terkena coklat
  • Pen sekiranya anda perlu mengambil nota sendiri
  • Wang lebih sekiranya anda ingin membeli coklat dan acuan tambahan
Terhad untuk 3 orang setiap kelas. Sila email atau sms untuk book kelas anda.
Setiap Sabtu atau Ahad (10 am sehingga selesai).
Snek ringan akan disediakan.

CHOCOLATE de CHETAM
VP01-41, Vista Perdana, Jalan 3/16
Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor
HP: 012-2650314
EMail: chetam1@gmail.com

June 23, 2009

BERITA BAIK : ANAK-ANAK MIZA TELAH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA

ALHAMDULLILAH...SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT

Chetam terima email di bawah dari rakan grup RNET pagi tadi. Buat masa ni kami semua belum mengetahui apa sebenar yang berlaku. Walau apapun.....Alhamdullilah kerana satu keluarga telah bersatu semula.

Terima Kasih di atas keperihatinan anda semua.
Chetam

======================================================
Salam...
Hanny dapat sms tengah malam tadi dari Miza. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas doa, sokongan dan bantuan semua dalam usaha beliau mencari anak-anak beliau yang hilang. Pihak polis telah menghubungi beliau dan mengatakan bahawa anak beliau telah selamat berada di balai polis. Kini anak-anak beliau telah pun berada di pangkuan beliau. Sila inform kepada semua mengenai berita gembira ini. Terima kasih semua atas bantuan dan sokongan anda. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda semua. Inilah dia bukti apabila kita BERSATU. Terima kasih.


Dear friends,
I just received an sms from Miza last nite. She conveyed her warmest thank you to all for the duaa, supports and helps in her search for her missing children. Police had contected her and said that the children are in their custody. Now the kids are safe and sound at home. Please forward this email to all and share the good news. This is the result of a UNITE COMMUNITY... Thank you so much.
==============================================================

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam panjangkan hasrat rakan Chetam dari grup ResepiNet yang kehilangan 2 orang anak beliau petang semalam. Berikut data berkenaan anak-anak beliau.

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

CHETAM

June 19, 2009

KOMPILASI RESEPI-RESEPI DARI LAMAN WEB NCC INDONESIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam mohon maaf kerana sudah lama tak post resepi ke Teratak Chetam. Sibuk sangat sekarang di samping kesihatan yang tidak mengizinkan.

Chetam berkesempatan mengumpul beberapa resepi yang dikutip dari laman web NCC Indonesia. Kepada semua pengunjung yang telah berdaftar dengan Teratak Chetam, Chetam sudahpun emailkan kompilasi tersebut dalam bentuk pdf. Sekiranya anda telah berdaftar tetapi tak menerima email tersebut, mungkin kerana email tersebut telah diblock.

Kepada pengunjung yang tidak berdaftar tetapi berhasrat untuk menerima email berkenaan, sila email Chetam di chetam1@gmail.com

Terdapat lebih dari 40 resepi di dalam kompilasi tersebut tetapi kebanyakannya merupakan dessert atau pemanis mulut. Ada juga resepi kuih muih seperti risoles dan talam pandan. Anda juga boleh terus ke laman web NCC Indonesia untuk mendapatkan resepi-resepi tersebut.

Selamat Mencuba.

Chetam