Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 27, 2009

Coretan: Kelas Manik Untuk Warga Emas......HEHEHEHE

Chetam buat satu kelas jahitan manik khusus untuk kakak-kakak Chetam. Sebab tu Chetam kata Kelas Manik Untuk Warga Emas. Chetam ajar Kak Tih, Kak Ti, Kak Nah dan Kak Ani. Ada dua anak dara yang turut belajar - anak sedara Chetam.

Kelakar giler kelas ni. Kak Tih yang paling cepat tangkap apa yang diajar.


Kak Tih, Kak Ti dan Kak Ani sedang tekun menjahit manik. Senyum mengulum jer....hehehehe

Yang baju putih ni Kak Nah. Pemberontak nombor satu.....baru ajar satu paten, dia dah jemu...nak belajar paten yang lain. Chetam dah naik geram sampai halau keluar kelas.....hehehehehe.....tapi buntut tetap melekat pada kerusi.....itula....suruh anak dia datang, dia tinggalkan kat rumah sebab lambat siap.

Coretan: Ziarah ke Makam Arwah Emak dan Arwah Bapak di Hari Raya Korban 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Raya Korban yang lepas tak ramai yang balik ke kampung. Buya dan Chenul pun pegi balik beraya ke Medan. Chetam je yang balik ke kampung. Sebelum balik ke Kajang, sempat ziarah ke Makam Arwah Emak dan Arwah Bapak bersama-sama dengan Abang Lang dan Kak Ani. Kak Ti pun pegi kalau tak silap. Kak Tih(Che Tih) di Hospital Taiping jaga Nani.

Sempat ambik gambar selepas baca Surah Yassin.


Teringat masa Hari Raya Puasa yang lepas.......semua adik beradik balik ke kampung so kami ramai-ramai berziarah. Ramai-ramai sedekahkan bacaan Surah Yassin diketuai oleh Buya. Padat kawasan sekitar makam kami penuhi sampaikan orang lain yang datang berziarah pun terpinga-pinga tengok rombongan kami yang ramai.

Chetam

February 26, 2009

Coretan: Nani - Sebelum dan Selepas Operation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak kongsi cerita sikit. Nani ni anak sedara Chetam, anak kepada Che Tih. Beberapa bulan lepas disahkan tonsilnya bengkak dan perlu pembedahan segera. Tarikh ditetapkan sehari selepas Hari Raya Korban yang lepas. Maknanya pagi raya dah kena masuk wad.

Nani punya la seronok nak masuk wad. Malam sebelumnya, mula la buat persiapan....beg punyala besar macam nak pegi vacation. Chetam ketawa berdekah-dekah tengok gelagat anak sedara yang sorang ni. Esok pagi raya, trus bapak Nani hantar masuk wad. Che Tih pun ikut sama. Petang tu Chetam dan Chenul pegila melawat. Di bawah ni telatah si Nani. Asik senyum jer......




Pagi-pagi lepas hari raya tu, Nani dah masuk operation room. Chetam dok tertanya-tanya macam mana doktor nak buang tonsil tu? Kut hidung atau kut mulut sebab tonsil di tekak. Rupanya langsung tak der major operation....pakai laser tembak tonsil tu. Mak ai.....canggihnya Hospital Taiping....hospital kerajaan pulak tu. Di bawah ni gambar lepas operation...monyok jer....kelaparan....Lunch dah dapat ais krim satu cawan.....hehehehe.....untuk sesiapa yang baru jalani pembedahan buang tonsil ni memang digalakkan untuk makan ais krim.

Che Tih cakap tonsil tu dah menjulur panjang sebab tu Nani bila tidur, bunyi dengkur memang kuat. Kesian sangat bila dengar. Alhamdullilah.....2 hari jer kat hospital dah boleh balik. Dah boleh lari-lari...langsung tak der parut. Cekap betul doktor dan misi-misi di Hospital Taiping.
Kebetulan pulak, sebulan sebelum tu ada sorang anak sedara jarak jauh di Kajang yang buat pembedahan tonsil di Hospital Swasta di Bandar Kajang. Tetapi bukan gunakan laser....dah sebulan lebih lepas pembedahan, masih lagi ada kesan pembedahan di tekak. Luka belum pulih sepenuhnya. Hopefully sekarang dah ok semuanya....dah lama tak jumpa.

Salam
Chetam

February 16, 2009

Puding Mak Lang - email 23 Januari 2006


Puding Prune
Sumbangan: Mak Lang
Gambar Mak Lang

1 liter air
10 gm agar2 serbuk
250 g gula

BAHAN A
4 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune - dikisar dan dicincang separuh
esen vanila

-Masak agar2 + gula hingga mendidih
-Satukan bhn A dan diblend.
-Masukkan dalam adunan agar2 tadi bersama prune cincang..masak sekejap.
-Tuang dlm bekas

Nota Kaki Mak Lang: Boleh dimakan bersama susu cair atau begitu saje.

Acar Ikan Kering - Sumbangan Mak Lang 12 Julai 2005


ACAR IKAN KERING
Sumber : Sazylina Ramly
Sumbangan :Mak Lang
Gambar: Mak Lang

Bahan-bahan
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka
Gula

Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota Kaki Mak Lang: Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan. Sedap dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas.

Nota Kaki Chetam: Resepi ni Chetam ambil dari email bertarikh 12 Julai 2005

February 10, 2009

Free Promo: Kelas Membuat Coklat di Mas des Fontaine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf lama tak update......sibuk banget ngan training....pas tu ikut company trip. Nanti Chetam citer pasal company trip.

Ni nak citer pasal kelas coklat yang Chetam pegi Sabtu lepas. Syok sangat sebab coklat yang dihasilkan memang setanding ngan coklat yang dibeli di kedai. Sedap sangat dan proses membuat pun amat mudah. Tak payah bilik berhawa dingin ataupun Marble slab. Teknik yang digunakan direka sendiri oleh cikgunya iaitu Puan Rahimah.

Chetam pegi belajar bawa Chenul sebab Buya ada kelas mengaji. Pegi naik teksi dari rumah. Sampai ke kelas berkenalan pulak ngan member Puan Rahimah iaitu Puan Salwa yang merupakan pemerhati bebas...hehehehe....bila berkenalan, dapat tahu pulak yang Puan Salwa ni peminat Teratak Chetam. 1st time bertembung ngan peminat Teratak Chetam.

Bila start tempering proses....Chenul sibuk nak tolong. Suruh tengok TV ngan anak-anak Puan Rahimah, Chenul tak nak. Segan kut sebab semua lelaki. Bila siap tempered coklat, mula la proses moulding. Chenul start buat perangai.....mengamuk sebab tak kasi tolong. Suruh tolong bubuh badam dalam coklat dia tak nak. Lama gak dia mengamuk bawah meja. Tak pernah buat perangai macam tu. Malu Chetam ngan Puan Rahimah dan students lain. Nasib baik kakak Puan Rahimah redakan keadaan. Rupanya Chenul nak buat tempering proses so kakak Puan Rahimah preparekan coklat tapi Chenul mengamuk lagi.....dia kata coklat sikit. Mak ai....hangin betul....Chetam nak belajar pun tak leh concentrate. Nasib baik Puan Rahimah dan kakaknya pandai pujuk. So tambah coklat dalam bekas Chenul, trus dia buat tempering siap sampai sampai moulding. Chenul buat coklat peanut butter ngan kacang tanah dan gunakan acuan Mickey Mouse. Senyum dan ceria bila selesai.

Gambar bawah ni Chenul tengah tolong isi coklat putih dalam acuan. Dalam coklat ni dibubuh ganache strawberry. Sedap sangat rasanya. Chetam dok makan yang coklat putih ni...yang lain belum rasa.

Bawah ni gambar Chetam songlap dari blog Puan Rahimag - Mas des Fontaine Homemade Chocolates.
Chetam belajar buat coklat dengan filling ganache strawberry dan coklat, coklat ngan badam, coklat putih ngan filling ganache , coklat perasa mint bentuk shells dan paling comel coklat penut butter ngan kacang bentuk teddy bears macam kat bawah ni.Kalau berminat nak belajar buat coklat ni....di bawah ada sedikit details dari blog Puan Rahimah dan juga pamplet beliau:

Apa yang akan dipelajari and diperolehi:
  1. Jenis-jenis and formulasi coklat: couverture, compound dan masakan
  2. Cara "tempering" coklat couverture yang mudah untuk dilalukan di rumah TANPA mengunakan mesin atau memerlukan bilik yang berhawa dingin
  3. Cara membuat inti coklat "ganache"
  4. Membuat sendiri (hands-on) 6 jenis coklat berasaskan coklat couverture dan compound. Couverture: Coklat badam, Nutty, Strawberry Delight dan Cocoa Delight Compound: Dark Melting Delight, Coklat berperisa
  5. Tips:
    1. Permilihan dan penjagaan acuan coklat
    2. Sumber mendapatkan bahan-bahan asas coklat yang halal, murah, berkualiti dan sedap
    3. Menyimpan dan membungkus coklat
Terhad untuk 2 orang setiap kelas
Setiap Rabu atau Sabtu (9 am to 2 pm).
RM 250 termasuk nota, bahan-bahan yang diguna, dan jamuan ringan. (Anda akan membawa pulang min 50 biji coklat (sila bawa bekas) dan acuan coklat berharga RM 30. Acuan coklat percuma ini hanya akan diberi sehingga bulan Mei sahaja). Bayaran semasa kelas.

Alamat:
Mas des Fontaine
Lot PT 10857, Jalan Sentosa 8
Taman Desa Sentosa, Teras Jernang
Bandar Baru Bangi

Sila klik pamplet kecik tu.