Kek Keju Lemon yang mudah
1 1/4 cawan biskut manis yang dihancurkan
80g butter, dicairkan
500g PHILADELPHIA Cream Cheese, dilembutkan
400g tin susu pekat manis
3 teaspoons gelatin, dilarutkan di dalam 1/4 cawan air mendidih
1/3 cawan jus lemon
2 sudu makan parutan kulit lemon
1.Campurkan biskut manis dengan butter dan tekan ke salam dasar acuan springform bersaiz 20cm. Bekukan.
2.Pukul cream cheese menggunakan mixer letrik sehingga gebu. Masukkan susu dan campuran gelatin. Pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan jus lemon serta parutan kulit lemon. Pukul lagi hingga sebati.
3.Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan terlbih dahulu. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
Nota Kaki Chetam : Resepi diambil dari email yang diterima dari Kraft tapi Chetam dah alihbahasa.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
January 16, 2009
January 15, 2009
Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, berikut adalah di antara resepi-resepi yang dihidangkan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Resepi adalah sumbangan kakak chetam.
Kek Pelangi Che Tih
6 biji telur gred C - Che Tih suka sb banyak telur putih
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan marjerin - Che Tih suka pakai Daisy
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar cream of tar tar
1 sudu esen vanila
Cara membuat
1 cawan gula dicampur dengan 6 biji telur serta cream of tar tar. Pukul hingga kembang.
1/2 cawan gula dicampur dengan marjerin dan esen vanila. Pukul sampai kembang.
Campurkan kedua-dua bahan yang telah dipukul dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri.
Asingkan kepada tiga warna - kuning (plain), hijau dan merah. (ikut suka)
Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin dan ditabur sedikit tepung. Masak selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius, ikut kesesuaian oven masing-masing.
Nota Kaki Che Tih :
Adunan di atas boleh diubahsuai sekiranya tak nak kek berbelang. Anda boleh tambah coklat urai atau chocolate rice.
Atau boleh suka ditambah parutan kulit limau serta perahan air limau sebanyak 1 cawan.
Atau boleh juga ditambah 1 cawan ubi kayu yang telah diblend. Rasanya seakan-akan bengkang ubi kayu.
Anda boleh juga buat kek nenas terbalik ikut kaedah di bawah.
Kek Nenas Terbalik Che Tih
Adunan kek sama seperti di atas tetapi kurangkan telur kepada 4 biji sahaja.
1 cawan air nenas - dalam tin
Nenas bentuk bulat
Ceri merah dan hijau
Cara membuat
Sama seperti kaedah di atas tapi tambahkan air nenas (bukan limau yer...silap typo sebelum ni) secawan. Abaikan penggunaan pewarna.
Sapu marjerin pada loyang, tabur gula perang dan susun nenas rapat-rapat. Masukkan ceri hijau dan merah ke dalam nenas yang berlubang.
Tuangkan adunan kek dan bakar dalam oven.

January 14, 2009
BOIKOT PRODUK ISRAEL!!!!
Assalamualaikum dan Salam SejahteraChetam dapat email dari Sifu Suria RNET. Chetam perpanjangkan di dalam Teratak Chetam supaya kita dapat manafaat dan tahu nama-nama produk yang terbabit.
Berikut adalah antara isi email Sifu Suria :
***********************************************
Hati mana yang tak sedih dan pilu kalau setiap hari yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa. Mungkin kita tak berdaya untuk menyumbangkan tenaga dan kekuatan maupun wang ringgit, tetapi kita masih dapat memberi sumbangan dengan menjauhi produk-produk yang disenaraikan di bawah.
Chetam
(gambar dari Kosmo Online)
Berikut adalah antara isi email Sifu Suria :
***********************************************
ni satu kisah zaman sahabat dulu..seorang lelaki yang kudung tangannya tapi terlalu ingin menyumbang untuk fisabilillah...tapi kerana kekurangannya itu dia tak boleh ikut serta dlm angkatan perang..kemudian dia ambil upah menyiram ladang anggur..dgn gunakan kaki menarik air dari telaga dan menyiram tanaman..upahnya beliau belikan tamar utk bekalan pejuang2 islam yang akan menyertai peperangan...ini hanyalah secebis kisah kesungguhan insan utk mendapat keredhaan Ilahi...
"saya dah tak larat tgk tv dan newspaper dah..terlalu sedih...pagi2 ni news isreal membedil sepanjang mlm semalam..."
*********************************************Hati mana yang tak sedih dan pilu kalau setiap hari yang menjadi mangsa adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa. Mungkin kita tak berdaya untuk menyumbangkan tenaga dan kekuatan maupun wang ringgit, tetapi kita masih dapat memberi sumbangan dengan menjauhi produk-produk yang disenaraikan di bawah.
Chetam
(gambar dari Kosmo Online)
Senarai produk yang menyokong Israel
Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!
Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.
Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.
Sebarkan kepada semua Muslimin kerana setakat ini yang kita termampu berjihad melawan kafir Israel !
Subscribe to:
Posts (Atom)