Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 24, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Rempeyek


SALAH satu kuih kering yang begitu banyak dikomersialkan kini adalah rempeyek. Ia dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Jawa dari Indonesia. Sejak zaman berzaman, rempeyek menjadi kudapan atau jajan yang begitu digemari ramai. Nama rempeyek juga agak asing dalam penggunaan istilah bahasa di kalangan orang Melayu.

Apa beza rempeyek dengan tumpi? Kaedah membuatnya adalah serupa. Cuma rempeyek menggunakan kacang tanah. Manakala tumpi menggunakan kacang dal (kuning). Dal mesti direndam semalaman sebelum digunakan. Ini adalah kerana ia agak keras. Jika anda rajin, daripada bancuhan yang sama, anda boleh menyediakan rempeyek dan juga tumpi.

Pilihan rempah yang pelbagai adalah mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang sukakan jintan manis bagi menggantikan jintan putih. Ketumbar juga boleh digantikan dengan mana-mana satu jenis jintan. Ada yang mencampurkan ketiga-tiga rempahnya sekali. Serbuk kunyit boleh dimasukkan jika anda inginkan rempeyek yang agak kekuningan.

Elakkan daripada menggunakan rempah jenis serbuk kerana ia tidak begitu wangi. Anda perlu menggoreng rempah (dalam bentuk biji) hingga harum. Kemudian tumbuk kasar semasa ia masih panas lagi. Ini akan memudahkan rempah itu hancur. Jika membuat banyak, anda boleh mengisarnya tetapi jangan terlalu halus.

Ada juga yang memasukkan sedikit serbuk cili supaya rempeyek terasa pedas. Tidak kurang juga yang menambah sedikit serbuk lada sulah. Jadi, anda sendiri boleh mencuba campuran rempah bagaimanakah yang paling sedap sekali. Mungkin itulah pilihan yang unik dan menjadi keistimewaan keluarga pada setiap musim perayaan atau hanya sebagai kudapan harian ketika menonton televisyen.

Rempeyek yang rangup lazimnya berkulit nipis. Ini bermakna bancuhannya agak cair. Jika bancuhan pekat, rempeyek akan menjadi tebal dan kadangkala mudah lemau kerana kurang garing.

Anda boleh gunakan acuan kuih rempeyek untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan sama besar. Namun begitu pastikan acuan tersebut dipanaskan dengan betul. Biar terendam di dalam minyak hingga betul-betul panas sebelum digunakan. Sekiranya acuan tidak panas, adunan akan melekat dan sukar hendak tanggal. Ini akan merumitkan proses menggoreng.

Ada baiknya anda menyediakan dua atau tiga acuan supaya dapat menggoreng rempeyek banyak sekali gus. Kadangkala rempeyek akan lekat pada acuan pada kali pertama menggoreng. Selepas itu, ia akan mudah tanggal kerana acuan sudah cukup panas.

Supaya rempeyek mudah lekang daripada acuan, ada satu petua berguna. Anda dinasihatkan supaya tidak membasuh acuan tersebut. Memadai dengan mengelap acuan dengan tuala hingga bersih. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup. Dengan cara ini, ketahanan acuan terjamin dan ia tidak akan berkarat.

Bagi anda yang mahir atau sudah biasa, ada satu lagi cara membuat rempeyek. Adunan berkacang itu disendukkan ke bahagian tepi kuali. Kemudian renjiskan minyak panas ke atasnya. Rempeyek akan tanggal sendiri dan masuk ke dalam minyak tersebut. Namu,n anda perlu memastikan kacangnya melekat elok dengan adunan.

Kacang tanah perlu dibasuh bersih kemudian ditos atau disejatkan hingga kering. Jika hari panas terik, anda boleh meratakan kacang di dalam dulang. Kemudian jemur sehingga kering. Ini juga akan memastikan kacang pada rempeyek rangup dan sedap dikunyah.

Bagi anda yang sukakan kacang banyak, bolehlah tambah sukatannya. Anda juga boleh memasukkan ikan bilis yang dikoyak halus sebagai menambah perisa rempeyek. Pastikan ikan bilis jenis nipis kerana ia lebih rangup. Sebagai menambah kemanisan rempeyek, anda juga boleh mencampurkan dengan udang kering yang sudah direndam dan dikisar halus.

Bancuhan juga perlu dikacau setiap kali sebelum menceduknya kerana tepung beras mungkin mendap ke bawah. Jadi, bahagian atas menjadi lebih cair. Bancuhan yang tidak habis dibuat boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan diletakkan di dalam peti sejuk. Esoknya bolehlah dibiar pada suhu bilik kemudian ditambah sedikit air sebelum digunakan.

Nota Kaki Chetam: Klik gambar untuk imej lebih besar

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Tiramisu


TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku'. Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata. Tiramisu yang asal mempunyai campuran brandy, rum atau liqueur namun, telah diubahsuai untuk orang Islam.

Juadah pencuci mulut yang berasal dari Itali ini sangat popular terutama di restoran dan kafe. Ada pelbagai versi tiramisu dan keenakannya tentulah berbeza-beza pula. Jadi, setelah mencuba beraneka cara, mungkin anda boleh memilih kaedah yang digemari. Atau cara yang lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan cara hidup anda yang mungkin teramat sibuk.

Kebanyakan tiramisu diperbuat daripada telur. Caranya ialah memutar kuning telur dengan gula dan esen kopi kemudian mencampurkan dengan putih telur yang dipukul kental. Penggunaan telur yang tidak dimasak adalah tidak baik terutama untuk kanak-kanak, warga emas atau ibu-ibu mengandung. Golongan ini mudah terkena jangkitan bakteria dalam telur yang dikenali sebagai salmonella.

Bahan utama dalam pembuatan tiramisu ialah keju mascarpone. Ia adalah keju lembut dan merupakan krim keju yang segar. Oleh kerana ia sukar didapati kecuali di kedai-kedai menjual barangan import atau di pasar raya besar, anda boleh menggantikan dengan krim keju dan susu segar.

Untuk setiap 450 gm krim keju, campurkan tiga camca besar atau 45 ml susu. Setelah dipukul hingga gebu, teksturnya akan menjadi seperti keju mascarpone.

Bagi anda yang sukakan pencuci mulut yang agak manis, bolehlah menambah sukatan gula aising. Selain gula aising, boleh juga gunakan guna kastor. Namun begitu, perlu diingat bahawa sesetengah krim putar yang dibeli di pasar raya atau kedai barangan bakeri mempunyai gula di dalamnya. Jadi, ada baiknya anda rasa terlebih dulu sebelum mencampurkan gula.

Untuk menambah perisa kopi, masukkan sedikit coffee emulco atau esen kopi ke dalam air kopi. Selalunya, air kopi ini diperbuat daripada campuran air suam dan serbuk kopi segera.

Sebagai panduan asas, untuk 125 ml air, gunakan satu camca teh serbuk kopi segera. Sekiranya anda sukakan perisa kopi yang lebih kental, tambah serbuk kopi itu.

Biskut span atau boudoir bisuits berbentuk jejari dengan sebelah ditaburi gula. Jika anda sukar mendapatkannya, gantikan dengan potongan kek span. Pilih kek span yang lembut supaya tiramisu menjadi lebih sedap. Potong bentuk jejari agar lebih mudah disusun di dalam bekas atau mangkuk.

Anda boleh juga menggunakan reja-reja kek span yang tidak habis dimakan. Susun kek terlebih dulu di dalam mangkuk. Kemudian baru direnjiskan dengan air kopi. Cara membuatnya berbeza dengan menggunakan biskut yang perlu dicelup ke dalam air kopi tersebut.

Tiramisu lebih enak jika dibiarkan semalaman sebelum dimakan. Ini akan memastikan semua bahan meresap ke dalam biskut span dan menjadikannya amat lembut dan mesra. Selalunya, tiramisu disudukan ke dalam piring dan dimakan begitu saja kerana ia sukar untuk dipotong. Jadi, pastikan anda menyediakan piring dan sudu yang sesuai untuk hidangan pencuci mulut.

Lebih sesuai menyediakan tiramisu di dalam mangkuk jernih atau lutsinar. Ini adalah supaya mudah untuk melihat lapisan-lapisan krim, biskut dan koko. Untuk lebih enak, anda boleh campurkan sedikit parutan coklat masakan di dalam campuran krim keju. Jadi, anda akan dapat merasa cebisan coklat tersebut di seluruh tiramisu, tidak hanya di bahagian atas.

Bila hendak membawa tiramisu ke rumah teman atau ke tempat perkelahan, bungkus kemas dengan foil atau kertas aluminium. Pastikan bahagian dalamnya ditutup terlebih dulu dengan plastik nipis. Ini akan memastikan suhu tiramisu sentiasa sejuk dan lebih sedap rasanya.

Elakkan daripada menghias potongan buah-buahan di atas permukaan kerana ini boleh membuat tiramisu berair. Namun begitu, anda boleh memicit baki krim putar di sekeliling bahagian atas dan letak potongan strawberi di atas krim itu. Semuanya terpulang pada kreativiti masing-masing.

Jadi, gembirakanlah seseorang pada hari ini dengan menyediakan tiramisu. Meskipun cara membuatnya nampak agak rumit, anda akan dapati ia amat mudah diikuti. Dan tentunya pengalaman menjamah tiramisu buatan sendiri adalah lebih menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis pada keluarga atau tetamu anda!

Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej lebih besar

October 15, 2008

Minat Nak Join Bengkel Jahitan Manik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam tengah dok berkira-kira nak join Bengkel Jahitan Manik ni. Tapi tempoh suntuk sangat sebab hari Ahad ni. Ingat nak masak lodeh makan ngan nasi impit. Tapi kalau sapa-sapa yang berminat, just kontek nombor di bawah tu. Ada juga bengkel menjahit pakaian. Boleh la jengah laman web ni http://kelas-jahitan.blogspot.com/



PROMOSI TERKINI !!!

(1) BENGKEL SEHARI JAHITAN MANIK

Tempoh Kursus: SEHARI
Tarikh: 19 OKTOBER 2008 (AHAD)
Lokasi: Jalan Raja Laut, KL
Waktu kelas: 10am-5.00pm
Yuran: RM150.00 seorang
Sukatan pelajaran:
- Pakej Asas
- Pakej Lanjutan (Floral)

Modul:
- Pengenalan manik
- Kaedah asas menjahit
- Kaedah membentuk corak/floral
- Kaedah penyesuaian warna

Lain-lain:
- Bahan-bahan disediakan
- Sijil penyertaan disediakan

Berminat? Pendaftaran? Pertanyaan?
- Sila SMS Nama, No IC dan Nyatakan jenis bengkel serta Lokasinya.
- Atau hubungi Pn. ROS di HP 013-691 8516 ; 016-308 5944

BENGKEL JAHITAN MANIK / LABUCI

Pengenalan
- Penyertaan terbuka untuk semua (Wanita / Lelaki-lepasan SPM, surirumah dsb)
- Tiada had umur ditetapkan
- Kos penyertaaan amat berpatutan
- Pelbagai pakej ditawarkan mengikut kesesuaian minat, masa dan bajet anda.
- Pembelajaran serta aktiviti bengkel jahitan dijalankan secara teori dan praktikal.
- Penyertaan adalah secara individu mahupun berkumpulan (persatuan/kelab/jabatan)
- Tempat latihan diadakan di pusat latihan kami di Jalan Raja Laut, KL
- Bagi pakej berkumpulan, tempat lain boleh dicadangkan seperti dewan/pejabat dsb.
- Sijil penyertaan akan diberikan.

Info Bengkel
- Tempoh Kursus: Bengkel Sehari
- Lokasi: Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
- Waktu: Ahad (akan dimaklumkan)
- Masa: 10am - 5pm

Apakah Yang Akan Dipelajari ?
Pelbagai teknik jahitan manik & labuci akan diajar termasuk:
- Kaedah asas jahit hingga ke tahap yang rumit dengan cara berkesan.
- Kaedah membentuk Corak, Floral, Grafik dan gabungan rekaan.
- Kaedah pemilihan manik mengikut corak dan warna fabrik.
- Kaedah menjahit dan aplikasi manik di atas fabrik.

October 14, 2008

NAK BEG TANGAN PERCUMA???

Handbag Planet is almost here. To celebrate the October 15, 2008 launch, we are giving away a free handbag every hour for 24 hours on the day of the launch. Our high fashion, trendy handbags are inspired by popular designer brands and priced between $30 and $80.

After signing-up in one easy step below, you can select the handbag you would like to win. There's absolutely no catch - this means no shipping/handling fees or credit card required. Yes, it's really that simple!

Nota Kaki Chetam: Klik sini kalau nak beg tangan percuma. Tapi baca dulu laman webnya. Di bawah ni contoh-contoh beg tangan yang nak diberi percuma.



October 10, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin – Nasi Ayam Hainan


TERDAPAT beraneka jenis nasi ayam untuk dihidangkan pada musim perayaan. Ini adalah antara menu paling popular bagi meraikan kedatangan saudara-mara yang bertandang ke rumah anda. Ayamnya tidak digoreng, sebaliknya hanya direbus. Jadi, warna kulit ayam tidak kecoklatan. Isinya juga tidak garing malah lembut dan begitu digemari oleh kebanyakan orang terutama kanak-kanak.

Nasi ayam Hainan juga pilihan yang menyihatkan kerana ayamnya tidak digoreng. Ini juga bermakna cara memasaknya amat ringkas. Yang penting sekali, bahan gorengan merupakan penyebab utama masalah obesiti terutama di negara kita. Jadi, untuk mengelakkan kegemukan, lebih baik memilih makanan yang dikukus dan direbus.

Walaupun nasi ayam ini tidak menggunakan minyak, ia menggunakan lemak ayam. Jika anda tidak suka cara ini, boleh sediakan dengan minyak tanpa kolesterol. Bagi yang benar-benar ingin mengelak daripada mempergunakan sebarang jenis minyak (kerana kadar lemak di dalam minyak adalah tinggi), ikuti cara ini.

Jerang halia, bawang putih, air dan stok ayam bersama beras di dalam periuk nasi elektrik. Tambah sedikit garam jika perlu. Tanaklah nasi seperti biasa sehingga kering. Dengan menggunakan beras wangi, nasi ayam menjadi lebih harum dan istimewa.

Anda perlu membeli ayam yang mempunyai kulit untuk mendapatkan lemak. Lemak banyak terdapat di bahagian leher dan bawah perut ayam. Jerang bersama air di atas api perlahan. Minyak dari lemak akan terbit dan air tersebut akan hilang sebagai wap. Minyak ayam inilah yang akan membuatkan nasi ayam lebih sedap.

Bagi yang merasakan beras wangi mahal, boleh gunakan beras biasa atau campuran kedua-duanya. Ini bermakna, 300 gm beras wangi dan 300 gm beras biasa. Untuk lebih khasiat, boleh juga gunakan beras perang. Namun sukatan airnya berbeza.

Begitu juga dengan beras Basmathi. Sebagai asas memasak beriani dengan beras Basmathi, bagi setiap 500 gm Basmathi, anda perlu gunakan 900 ml air. Sesetengah beriani memerlukan anda merendam beras terlebih dahulu supaya ia mudah dan cepat masak. Resipi yang lain mungkin menggunakan dadih supaya nasi beriani menjadi lebih lembut dan enak.

Anda perlu mengikut cara menyediakan ayam dengan terperinci. Ini adalah untuk mengelakkan ayam tidak masak elok. Pastikan anda mencatatkan masa anda memasukkan ayam ke dalam air yang sedang mendidih. Jika ayam agak besar saiznya, biar selama 20 minit.

Kemudian tulis pula masa anda perlu memadamkan api dan menutup periuk. Selalunya mengambil masa 20 hingga 25 minit. Buat kiraan dan catatkan pula masa ayam perlu dikeluarkan daripada supnya. Jika catatan tidak dibuat, anda tentu akan lupa dan tertanya-tanya berapa minit sudah berlalu.

Sebagai panduan, untuk mengetahui sekiranya isi ayam sudah masak, cucuk di bahagian paling tebal seperti dada dengan lidi atau besi pemanggang. Jika air yang terbit berwarna kemerah-merahan, itu bererti ayam belum masak elok. Jika airnya cerah atau jernih, ayam sudah masak.

Pastikan juga ayam diterbalikkan sekali supaya ia masak dengan sempurna di bahagian atas dan bawah. Setelah dikeluarkan, ayam mesti direndam dalam air sejuk. Caranya adalah mencampurkan ais ke dalam bekas besar berisi air biasa atau air paip.

Setelah kira-kira 5 minit, ayam perlu dikeluarkan dan digantung atau sejatkan. Ini adalah untuk mengeringkannya supaya mudah dipotong kemudian. Jika tidak, isinya akan mengandungi terlalu banyak air sekali gus merosakkan rasa nasi ayam secara keseluruhan.

Nasi ayam Hainan juga disajikan dengan sos atau pencicah halia dan bawang putih tumbuk bercampur jus limau kasturi. Selain itu, ada sup, kicap dan sos cili. Meskipun penyediaan nasi ayam ini agak rumit, namun apabila anda menikmati keenakannya, anda akan dapati masa yang diambil untuk membuatnya adalah berbaloi.

Nota Kaki Chetam: Klik resepi untuk imej yang lebih besar.