Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 23, 2008

SOLD OUT!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada tambahan leggings baru di sini.

LG01 NEW!!!! Labuh = 58cm LG02 NEW!!!! Labuh = 65cm
LG03 NEW !!!! Labuh = 62cm BOOKED by Suhaily!!!LG04 NEW!!!! Labuh = 44cm BOOKED by MARINI!!!
LG05 NEW!!!! Labuh = 46cm BOOKED by MARINI!!!

LG06 NEW!!! Labuh : 48cm SOLD To Watie!!!!
LG07 NEW!!! LABUH : 56cm BOOKED by Ruzita!!!!
LG08 NEW!!! Labuh : 65cm
LG09 NEW!!! Labuh : 70cm BOOKED by Suhaily!!!

LG10 NEW!! Labuh : 48cm BOOKED by MARINI!!!

LG11 Labuh = 41cm (Bukan M) Sold to Watie!!!!

LG12 Labuh = 60cm (Bukan S) BOOKED by MARINI!!! LG13 Labuh= 55cm BOOKED by Kak Long!!!
LG14 Labuh= 55cm BOOKED by Niza!!!! dtg ambik TTDI

LG15 Labuh = 49cm BOOKED by Kak Long!!!!LG16 Labuh = 60cm (macam yang Chenul pakai)BOOKED by Kak Long!!!

LG17 NEW!!! Labuh = 52cm Booked By Ruzita!!!

LG18 NEW!!! Labuh = 52cm BOOKED by Liana
LG19 NEW!!!!
Labuh = 46cm BOOKED by Liana

LG20 NEW!!! Labuh warna putih =56cm BOOKED by Ruzita!!!!

LG21 NEW!!! Labuh warna pink =60cm

LG22 NEW!!! Labuh =62cm BOOKED by Ruzita!!!!
LG23 NEW!!! Labuh =60cm
LG24 NEW!!! Labuh =62cm

Sila email tokochetam@gmail.com atau sms 012-2650314.

Chetam

September 09, 2008

Feedback Dari Puan Nora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam minta maaf sebab tak dapat nak update Teratak Chetam. Sibuk dengan urusan kerja. Ada training session pulak di bulan puasa ni. Short notice betul…..esok training, semalam baru bagi tahu. Sampai next week pulak tu.

Chetam belum sempat berbuka puasa properly di rumah bersama Buya dan Chenul. Asyik berbuka dalam bas ajer. Ingatkan weekend lepas dapat masak dan cuba resepi pudding sejuk dari Baya. Tapi dah ketentuan dari Allah SWT, Pakcik Chetam yang juga merupakan mertua abang cik telah meninggal dunia pada hari Jumaat sebelah malam. So dok ulang alik ke rumah Arwah di Sungai Kantan. Arwah merupakan bekas ketua kampong Sg Kantan.

Chetam nak paparkan email yang Chetam terima dari Puan Nora. Bangga dan kembang hidung bila baca email beliau. Terima kasih Chetam ucapkan.

Akhir sekali….maaf kerana tak sempat nak mengirimkan resepi melalui email kepada pengunjung berdaftar Teratak Chetam. InsyaAllah, bila lapang akan Chetam emailkan.

Salam Ramadhan dari

Chetam

=============================================================================

Ok Chetam….terima kasih banyak2 ye…

Chetam, nora nak bgtau Chetam...... laman blog chetam ni la yang pertama skali nora masuk....itu pun jumpa secara tak sengaja.

Bmula dari situ la nora kenal banyak lagi laman2 blog yg bagus2 dan bermanfaat...skang ni pun nora dah pandai jahit manik, pun blaja dari blog2 penulis yang tak lokek ilmu...

Nora nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga sebab mungkin chetam tak prasan, tapi blog chetam la permulaan kepada banyak pembelajaran chetam.

Skali lagi nora ucapkan terima kasih sebab chetam banyak berjasa..... semoga ilmu yang ada, pahalanya Allah gandakan sebanyak2nya......


 

Thank you.

============================================================================

September 05, 2008

Kosmo Online: Kuali bersama Norzailina Nordin - Kari Hijau Siakap


Salah satu bahagian ketumbar yang digunakan juga adalah akarnya. Ambil bahagian putihnya sahaja. Buangkan bahagian akar yang halus dan berjurai-jurai.

Kemudian cuci bersih dan potong halus. Kisar dengan semua bahan lain sehingga halus.

Selain siakap, kari hijau juga boleh dibuat dengan ayam, daging, ketam dan sebagainya. Sebaik-baiknya hendaklah 'mematikan' air ayam atau daging sebelum meletakkan santan. Berbeza dengan ikan, ayam dan daging hendaklah dimasak terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan menumis bahan rempah. Sebaik saja rempah wangi, masukkan santan cair. Kemudian kacau tanpa henti. Jika tidak, santan akan pecah minyak dan ini menyebabkan kari tidak cantik lagi. Santan cair diperoleh daripada perahan kedua atau ketiga. Manakala santan pekat daripada perahan pertama.

Jika menggunakan santan di dalam kotak, sebiji kelapa bersamaan dengan 200 mililiter. Asingkan 100 mililiter sebagai santan pekat. Campurkan 100 mililiter lagi dengan air biasa bagi mendapatkan santan cair. Jika inginkan kari yang lebih pekat, anda boleh tambah sukatan santan menjadi satu setengah biji atau masukkan dua atau tiga buah keras ke dalam bahan yang perlu dikisar halus.

Beberapa pilihan bahan lain untuk dicampur sekali ke dalam kari hijau adalah terung pipit atau terung telunjuk. Jika tiada, anda boleh gunakan terung panjang atau jenis bulat. Dengan adanya terung, kari akan lebih sempurna selain melengkapkan hidangan. Ia umpama meletakkan ubi kentang ke dalam kari daging berempah.

Kari hijau tidak menggunakan asam gelugur atau asam keping. Sebaliknya, anda perlu memasukkan jus limau kasturi sebaik saja memadamkan api. Ini untuk mengelakkan jus tersebut memecahkan santan atau membuat ia kelihatan berketul-ketul. Jika suka lebih masam, boleh tambahkan jus limau nipis.

Seandainya anda memasukkan belimbing buluh ke dalam kari ini, tidak perlu menambah jus limau kasturi kerana belimbing sudah masam. Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai alahan pada jus limau, masih boleh menggunakan asam gelugur.

Masakan bersantan hendaklah dikacau selalu supaya ia masak dengan sempurna. Api janganlah terlalu kuat. Bila memasak kari hijau, pastikan juga anda menambah sedikit gula. Ini bagi mengimbangi rasa masam dan pedas. Meskipun bahan kari hijau nampak banyak, memasaknya amatlah mudah. Rasanya yang sedap juga akan menjadikan ia kegemaran keluarga.

Sekiranya anda ingin menjimatkan masa, sediakan bumbu dalam jumlah yang banyak. Kemudian tumis hingga wangi. Padamkan api dan biar bumbu sejuk. Selepas itu, simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk. Anda boleh gunakan bumbu atau rempah ini pada bila-bila masa saja dan masaklah seperti biasa.
Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej lebih besar

Kosmo Online: Kuali bersama Norzailina Nordin - Puding Roti


KADANGKALA, kita dapati ada beberapa keping roti yang sudah menghampiri tamat tempoh. Ini bermakna, roti itu tidak begitu lembut lagi. Ada beberapa cadangan untuk menghabiskan roti tersebut.

Jika anda ingin membuat serbuk roti, keluarkan roti tersebut dari plastiknya. Kemudian letak di atas rak peti sejuk selama tiga hari. Kisar hingga halus untuk mendapatkan serbuk roti buatan sendiri. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk. Ini sangat menjimatkan.

Roti yang sudah beberapa hari tidak habis amat sesuai dibuat croutons. Caranya, potong ia menjadi kiub kecil. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga keemasan. Croutons memang sedap bila dimakan dengan sup cendawan dan sup berempah yang lain.

Selain itu, roti yang 'tidak lagi baru' boleh dibuat puding. Bahan-bahan untuk puding roti agak ringkas. Selain susu cair, anda boleh gunakan susu segar. Jika anda inginkan puding yang lebih lemak, gunakan separuh sukatan krim putar dan separuh susu segar atau susu cair.

Seandainya tiada susu, anda boleh gantikan dengan susu pekat. Namun begitu, hendaklah dilarutkan terlebih dahulu dengan air. Sukatan gula juga mestilah dikurangkan kerana susu pekat sudah sedia manis.

Untuk warna puding yang lebih gelap, boleh gantikan gula kastor dengan gula perang atau gula demerara. Gula perang lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi bahan kimia. Ia juga membuat puding rasa seperti berkaramel.

Dalam sebarang jenis kek atau biskut serta puding, esen vanila hendaklah dicampurkan pada saat akhir. Ini supaya keharumannya kekal bila dibakar atau dikukus. Sesetengah orang suka mencampurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam puding. Ini mampu menjadikan ia lebih wangi.

Puding roti menggunakan resipi yang sama. Ia boleh dibakar atau dikukus. Puding yang dikukus lebih lembut dan lembap berbanding yang dibakar. Kadangkala ia tidak boleh dipotong dengan sempurna. Anda harus menyudukan ke dalam pinggan sebanyak mana yang anda ingini.

Campurkan kismis atau buah-buahan kering yang lain ke dalam puding untuk menambahkan kelazatannya. Dengan cara itu juga, warnanya akan bertambah menarik. Ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja yang anda jamu.

Roti yang sudah ada campuran buah-buahan di dalamnya juga sesuai dibuat puding. Hanya pastikan bahagian berbuah itu diratakan sempurna supaya ia tidak terkumpul di satu bahagian sahaja. Taburkan ceri merah dan hijau di atasnya agar lebih berseri.

Untuk menambah serat atau fiber ke dalam diet harian, gunakan roti wholemeal atau gandum tulen. Walaupun teksturnya lebih keras, ia lebih berkhasiat. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga menambah badam panggang yang dicincang halus.

Jika anda menambah cecair atau susu dan air, anda akan mendapati puding yang telah siap agak lembut. Ia lebih sesuai jika diletak di dalam bekas-bekas kecil dan disajikan setiap satu bekas untuk seorang tetamu.

Sos sangat penting bila memakan puding roti. Membuat sos kastard memerlukan ketelitian dan kesabaran. Apinya harus perlahan dan dikacau selalu kerana mudah hangus. Jika sos berbau hangus, ia tidak enak lagi dan mungkin pula rasanya menjadi pahit.

Puding roti sangat mudah dibuat. Jadi, jika ada lebihan roti, anda tidak lagi ketandusan idea untuk menghabiskannya. Ia juga sangat ringkas dan masak dengan cepat. Sesuai dijamu untuk tetamu yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Ia pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan orang-orang tua yang gemarkan makanan pencuci mulut yang lembut.



Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej yang lebih besar