Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 22, 2008

BUKU DI PASARAN: FESTIVAL COOKIES / BISKUT RAYA




Buku di atas ni sangat istimewa. Ianya hasil gandingan Wendy Kor dan Rozita.
Kenal sapa Rozita ni? Beliau la Puan Rozita yang selalu promo kelas biskut, kek dan roti di Teratak Chetam ni. Langkah beliau semakin panjang. Dah menghasilkan buku sendiri yang diterbitkan oleh Wnedy Kor sendiri. Untuk makluman anda, di Selangor buku ni dah habis terjual dan sekarang menunggu cetakan kedua.
Kalau berminat nak dapatkan buku ni, boleh booking dengan menghantar email kepada rozita64@gmail.com
Chetam

August 15, 2008

Untuk Dijual : Kerongsang




Sila ke Toko Chetam untuk maklumat lanjut.

MERDEKA SALES!! Diskaun hebat untuk Jewelleries dan Legging


!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tawaran diskaun sehingga 10% untuk produk-produk tertentu seperti barangan kemas kristal dan mutiara serta legging untuk anak gadis.

Pembelian melebihi RM100.00 akan menerima hadiah misteri.

Cepat! Cepat! Rebutla peluang anda.

Sila email chetam1@gmail.com atau sms 012-2650314 atau ym che_tam

Kosmo Online: Kuali bersama Norzailina Nordin - Tom Yam


MASAKAN Thai ini begitu sinonim di kedai yang menyajikan pelbagai hidangan Siam. Ada dua versi yang ketara iaitu tomyam berkuah merah (dengan pes cili) dan berkuah putih (tanpa pes cili). Jadi, terpulanglah pada cita rasa masing-masing. Hakikatnya, rasa tomyam tidak jauh berbeza. Tomyam yang paling enak mempunyai rasa yang seimbang dari segi pedas, masam, manis dan masinnya.

Bagi anda yang kesuntukan masa, tentulah akan menggunakan stok kiub tomyam yang memang mudah diperoleh. Namun, ada juga pes tomyam dijual di dalam botol atau paket. Pengguna beragama Islam mesti peka terhadap bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam pes tomyam ini. Lazimnya, ada yang tidak halal walaupun ia adalah asli kerana diperbuat oleh orang-orang Siam sendiri.

Ada juga tomyam menggunakan santan. Santan dimasukkan ke dalam kuahnya sejurus sebelum diangkat. Anda tidak perlu didihkan ia selepas itu. Gunakan pati santan supaya tomyam menjadi lemak dan menyelerakan. Bagi yang ingin pedas, tambahkan lebih banyak cili padi. Cili padi hendaklah diketuk atau dititik supaya kepedasannya lebih terasa. Jika tidak suka terlalu pedas, memadai meletakkan cili padi begitu saja.

Selain ayam, boleh juga ditambah sotong atau udang. Jika menggunakan daging, pastikan anda telah merebusnya terlebih dulu hingga empuk. Ini akan menjimatkan masa memasak. Makanan laut pula hendaklah dimasukkan ke dalam kuahnya beberapa minit sebelum memadamkan api. Ini untuk mengelakkan isi udang atau sotong menjadi liat seandainya dimasak terlalu lama.

Herba seperti serai dan lengkuas hendaklah dititik atau diketuk dengan anak lesung supaya keharumannya terbit. Tidak perlu ditumbuk atau dicincang kerana ia tidak diperlukan sebagai perencah, memadai untuk baunya. Daun limau purut pula tidak perlu terlalu banyak kerana ia mungkin membuat kuah tomyam pahit.

Sekiranya menggunakan pes cili, eloklah digunakan cili kering. Kadangkala pes cili atau cili boh yang dibeli itu mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk kesihatan. Selalu asingkan biji cili kering sebelum direndam di dalam air panas. Kemudian kisar hingga halus. Campurkan dengan garam dan simpan di dalam bekas bertutup yang kedap udara. Letak bekas di dalam peti sejuk.

Untuk menjimatkan masa, kisar cili bersama bawang merah dan bawang putih. Anda boleh gunakan perencah ini untuk membuat sambal tumis, nasi goreng, mi goreng, asam pedas (tambah sedikit belacan semasa menumis) dan juga menumis sayur-sayuran seperti kacang botor, kangkung, bendi dan lain-lain.

Sos ikan amat penting dalam sebarang masakan Thai. Ia juga dikenali dengan sos sotong. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya, boleh digantikan dengan kicap cair. Walaupun keaslian tomyam hilang kerana tiada rasa ikan atau sotong, anda masih boleh menikmati tomyam tersebut.

Tomyam adalah sajian yang sesuai untuk anda yang berdiet. Ini kerana ia tidak mengandungi sebarang minyak atau lemak.

Jadi, buangkan kulit ayam bila hendak digunakan. Kurangkan juga kolestrol dalam udang dan sotong dengan menggantikannya dengan isi ikan. Atau sediakan tomyam yang mengandungi sayur-sayuran sahaja seperti kubis, bunga kubis, lobak merah, putik jagung dan lain-lain. Salderi dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej yang lebih besar

August 11, 2008

Kuah Rojak Kak Liza


KUAH ROJAK BUAH
Sumbangan: Jeni Boss Rnet
Sumber: Kak Liza

Bahan
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.

yg ni buah dari pokok mangga kak liza..dah masak..siap sedia untuk dimakan

Nota Kaki Chetam: Dok belek email lama dari RNET pada tahun 2006, terjumpa gambar mangga muda ni.....Mak Ai....meleleh air liur dibuatnya. Dulu Chetam pernah postkan resepi Jeruk Buah, juga dari Kak Liza. Kak Liza memang rajin memasak dan kebetulan bulan lepas baru menyambut Ulang Tahun yang ke 50. Semoga hari-hari mendatang akan memberikan lebih senyuman dan pengertian kepada Kak Liza.

August 06, 2008

Marble Choc Cheese Cake - Sumbangan Arlina Rnet


MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
Sumber : Roylazim
Gambar: Arlina Rnet (2006)

Bahan Bahan A

180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak
1 tsp. baking powder - ayak
50ml fresh milk
1/2 tbs choc emulco


Bahan bahan B

250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

Cara cara nya :-

(1) Pukul butter and gula.
(2) Masukkan telor sebiji demi sebiji.
(3) Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
(4) Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
(5) Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
(6) Tuangkan baki adunan A.
7) Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
(8) Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
(9) Selamat mencuba.

Nota Kaki Chetam:

Kek ni pernah menjadi sebutan ramai di Rnet suatu waktu dahulu cuma Chetam jer yang tak berkesempatan untuk mencubanya.

Warna merah merupakan bahan tambahan yang dicampurkan oleh Arlina Rnet

Kek ini boleh juga dikukus dalam masa 1 jam - telah dicuba oleh Mak Lang Rnet.

Koleksi Biskut Sumbangan Maizura RNet - 2006

Sumber: Nestle
Biskut Delite

Bahan-bahan

A
200g tepung naik sendiri
75g tepung beras
½ camca the serbuk penaik

50g NESTLE CORNFLAKES (dikisar halus)
100g gula laster
250g mentega atau majerin
Coklat masakan dicairkan
Hirisan ceri merah

Cara-cara

1) Ayak bersama bahan A, masukkan nestle cornflakes, dan gula, gaul sebati
2) Uli mentega dgn campuran tepung & gaul sebati hingga menjadi doh lembut
3) Canai doh setebal 1 inci dan terap dgn acuan penerap biskut yg disukai
4) Bakar dalam ketuhar suhu 180’C selama 15-20 minit hingga kuning keemasan
5) Keluarkan dari ketuhar & biarkan sejuk 20 minit, kemudian corakk coklat cair keatas biskut dgn hirisan cerimerah

Resepi ni memang tidak menggunakan telur

Biskut Kelapa Rangup

Bahan-Bahan A
150g tepung gandum
50g tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik

100g kelapa parut kering
200g mentega atau majerin
100g gula kaster
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
100g nestle cornflakes (dikisar kasar)
Ceri merah

Cara2
1) Ayak bersama bahan A, masukkan kelapa kering, gaul sebati dan ketepikan
2) Krimkan mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati
3) Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut
4) Ambil 1 doh dgn 1 camca teh dan uli seperti bebola kecil, gaul setiap bebola kedalam nestle conflakes dan hias dgn ceri merah
5) Bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 180’C

Biskut Dwi Corn Fales Koko Crunch

Bahan-bahan
Doh Putih- A
100g tepung gandum
25g tepung beras
½ camca teh serbuk penaik

50g Nestle cornflakes(dikisar halus)
100g mentega atau marjerin
50g gula kaster
½ camca the esen vanilla

Doh Coklat –B
75g tepung gandum
25g tepung beras
2 camca besar serbuk koko
½ camca teh serbuk penaik

50g Nestle cornflakes(dikisar halus)
75g mentega atau marjerin
50g gula kaster
½ camca the esen vanilla

Cara2

1) Ayak bersama bahan A , masukkan nestle cornflakes gaul sebati & ketepikan
2) Pukul mentega, gula & esen vanilla hingga kembang, kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut
3) Ulangi kaedah yg sama utk bahan B
4) Canai Doh A dan B secara berasingan, menjadi jakur setebal 1cm, kemudian cantumkan keduanya.
5) Potong mengikut kepanjangan yg disukai, susuh doh diatas dulang pembakar yg disapu mentega, jarak utk biskut mengembang
6) Bakar selama 15-20 minit suhu 180’C.
7) Utk hiasan ; celup separuh biskut dgn coklat masakn & tabor dgn gula halus berwarna

Kosmo Online: Kuali bersama Norzailina Nordin - Shepherd's Pie

Shepherd's pie

Ingin mengubah selera? Selain daripada Fish-n-Chips, Steak atau Lamb Chops, apa kata kita cuba pula Shepherd's Pie (Pai Gembala).

Inilah salah satu hidangan wajib dalam keluarga orang Inggeris terutama pada waktu makan malam. Ia bukan saja berkhasiat tetapi juga merupakan makanan lengkap sekiranya dihidangkan dengan salad campuran.

Yang dimaksudkan dengan salad campuran adalah pelbagai jenis dedaun salad yang siap dijual dalam bekas plastik. Anda hanya perlu bersihkan, kemudian lap kering. Satukan minyak sawit, zaitun atau jagung, jus lemon, gula dan garam. Kemudian gaulkan dengan salad tadi. Boleh tambah hirisan tomato dan bawang besar. Nah, salad anda sudah siap!

Jika hendak dihidangkan untuk tetamu, eloklah dibuat dalam bekas atau mangkuk pai yang kecil. Ini memudahkan tetamu makan. Mereka boleh ambil seorang satu. Ini adalah kerana pai jenis ini mempunyai lapisan bawah berdaging yang tidak mampat serta mempunyai banyak sos. Bila menyuap pai ini, pastikan ambil kedua-dua lapisan sekali. Keenakannya akan lebih terasa.

Ada dua langkah utama untuk membuat Shepherd's Pie. Lapisan bawah atau lauknya berasaskan daging yang dikisar atau dicincang halus. Elakkan daripada membeli ayam yang dikisar kerana ia seringkali mempunyai campuran kulit dan mempunyai banyak lemak. Lebih baik beli bahagian dada dan kisar sendiri.

Jika herba segar mudah dibeli, gunakan ia supaya rasa pai lebih istimewa dan harum. Bagi setiap satu camca teh herba kering, gunakan dua camca teh herba segar. Herba yang lazim adalah oregano dan dill. Jika anda menggunakan daging kambing, pilih herba rosemary. Manakala ayam lebih sesuai dengan basil. Jadi, terpulanglah pada cita rasa masing-masing.

Untuk menjimatkan masa, anda boleh gantikan cili Benggala, lobak dan saderi dengan sayuran campur. Oleh kerana pai ini adalah masakan Barat, lebih sesuai menggunakan bawang besar berkulit putih (jenis Belanda). Bawang besar berkulit merah (jenis Bombay) sesuai untuk masakan berempah kerana ia lebih 'pedas'. Jadi, penggunaan bawang juga amat penting bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Perlu diingat bahawa lapisan bawah hendaklah pekat. Jika terlalu berair, ia akan meresap ke bahagian atas pai. Ini berlaku juga sekiranya lapisan kentang atas terlalu nipis kerana anda menggunakan bekas yang terlalu besar. Jadi, pilih mangkuk kaca tahan panas atau kaserol yang sesuai.

Anda juga boleh menggunakan bekas pai yang diperbuat daripada kertas aluminium yang boleh dibuang selepas menggunakannya. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ini menjimatkan ruang terutama jika dapur anda tidak mempunyai ruang penyimpanan yang besar. Atau orang bujang yang hanya sesekali memasak!


Sekiranya bahagian berdaging masih banyak kuahnya, pekatkan dengan campuran tepung jagung serta air. Kemudian terus ratakan dalam bekas. Bila memilih kentang untuk lapisan atas, pastikan jenis Red Russet atau sebarang jenis yang isinya empuk serta gebu. Selalunya kentang begini lebih sedap dan mudah mesra dengan campuran lain seperti mentega, keju dan susu.

Bagi anda yang kreatif, isikan kentang lecek di dalam beg aising. Kemudian picitkan ke atas lapisan daging. Dengan cara ini, lapisan atas akan kelihatan lebih menarik. Bagi yang ingin menjimatkan masa, memadai meloreknya dengan garpu. Mentega dan keju akan memberikan warna keperangan pada permukaan pai.

Jika ada gril, anda boleh perangkan permukaan pai itu selama beberapa minit. Bahagian berkeju akan membentuk kerak yang begitu sedap sekali bila anda mengunyahnya. Jadi, cubalah masakan yang unik dan penuh khasiat ini!

Nota Kaki Chetam : Klik resepi untuk imej yang lebih terang.

Metro Online - Kuzi Ayam Sri Daisy

Kuzi Ayam Sri Daisy

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):

2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 ekor ayam (potong)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
4 biji tomato merah (potong empat)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan badam keping
2 cawan hirisan kentang
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan kisar halus:
5 tangkai cili kering (rebus)
5 tangkai cili merah
4 sentimeter halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu besar rempah kurma

Cara memasak:
1. Goreng ayam bersalut serbuk kunyit dengan dua cawan minyak masak Daisy Blend. ketepikan.
2. Panaskan setengah cawan minyak masak dan masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
3. Kemudian, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, kismis kuning, badam keping, gula dan garam. Masak sehingga sedikit kering.
4. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan masak se ketika.
5. Hias dengan kentang goreng.
6. Siap untuk dihidang.

Petua Untuk menyediakan kuzi ayam yang lebih lazat, goreng ayam hingga dagingnya sekadar cukup masak saja dan tidak terlalu garing.

Metro Online - Pesamah Daging dan Rebung

Pesamah daging dan rebung
Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):

Bahan A:
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 batang kulit kayu manis
1/2 kilogram daging (potong sederhana nipis)
1 cawan santan
200 gram rebung (potong kasar)
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan limau
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B:
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kas-kas
1 cawan air

Bahan kisar (dengan sedikit air):
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sentimeter halia
5 biji buah keras

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan kulit kayu manis, biar layu.
2. Kemudian masukkan bahan B.
3. Masak sehingga kering, kemudian masukkan suku cawan air. Didihkan dan ulang langkah ini sebanyak tiga kali sehingga hilang bau rempah.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging lembut. Masukkan santan dan sebatikan.
5. Masukkan rebung, kerisik dan perahan limau. Biar mendidih.
6. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar pecah minyak.
7. Siap untuk dihidang.

Petua: Potong daging secara keratan lintang urat daging (lawan urat daging) supaya ia lebih lembut.

August 05, 2008

Koleksi Terbaru : Rantai Tangan Kristal Butterfly Swarovski

Rantai tangan dengan kristal butterfly pelbagai warna. Dihiasi ngan bebola emas 14K. Amat sesuai untuk anda dan anak-anak perempuan. Boleh dijadikan rantai tangan ataupun rantai kaki.
Harga: RM79.00 (penghantaran percuma melalui POS LAJU)

Sila email chetam1@gmail.com atau sms 012-2650314 untuk mendapat koleksi terbaru ini.

Nak Tempah Crystal Jewellery?

Yang atas ni Chetam punya latest projek. Tempahan dari orang Kuantan untuk anak dara sempena Hari Raya Aidil Fitri nanti. Masih belum siap. Gabungan kristal swarovski bicone 4mm dan mutiara kristal swarovski 6mm. Sweet sangat.
Kalau anda nak menempah set barangan kemas dari kristal atau mutiara kristal swarovski, jangan segan silu untuk email chetam1@gmail.com
Pembayaran secara ansuran pun boleh tetapi tempahan hanya akan dikirim selepas settle segala pembayaran. Penghantaran adalah melalui POS LAJU.
Ada hadiah percuma menanti anda, sama ada brooch, aksesori HP dan macam-macam lagi.
Jangan lupa.......email atau sms.