Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 21, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Kuih Bangkit

Kuit Bangkit

MUNGKIN ramai di antara kita pernah makan kuih bangkit. Ia adalah kuih tradisional berwarna putih dan gebu. Ada pelbagai versi kuih ini kerana ia turut popular dalam kalangan masayarakat Nyonya, selain Melayu.

Paling biasa yang kita dengar adalah kuih bangkit kelapa dan kuih bangkit santan. Cara membuatnya juga berbeza. Satu jenis yang ditekan ke dalam acuan yang berukir di dasarnya kemudian diketuk untuk mengeluarkan kuihnya sebelum dibakar. Pada zaman dahulu, acuan diperbuat daripada kayu. Sekarang, ia banyak dijual dalam bentuk plastik.

Selain itu, kuih tersebut juga diterap. Namun, oleh kerana adunannya tidak seperti adunan biskut yang biasa, setiap kali sebelum menerap, ia mesti dicelup terlebih dulu ke dalam tepung ubi. Ini untuk menggelakkan adunan melekat pada penerap tersebut.

Penerap yang biasa berbentuk bunga kemboja berkelopak lima. Bahagian atasnya akan dibentuk dengan pengepit khas supaya timbul sedikit. Inilah bangkit gaya tradisional yang jarang kita lihat sekarang kerana langkah membentuk di atas setiap kelopak kuih agak rumit dan memakan masa yang panjang.

Jika sebelum ini kita biasa mendengar kuih bangkit, kali ini biskut pula! Ia sangat mudah dibuat. Yang penting, rasanya adalah kombinasi bangkit santan dan bangkit kelapa. Warnanya juga putih kerana ia menggunakan tepung kanji.

Adakah tepung kanji sama dengan tepung ubi? Memang sama dan ia juga dikenali di sesetengah tempat sebagai tepung sagu. Tepung ubi yang anda perlukan adalah tepung ubi kayu dan bukan tepung ubi kentang.

Untuk meringankan lagi kuih bangkit ini, anda boleh menggoreng kering tepung tersebut. Menggoreng dengan kaedah ini juga disebut menyangai atau sangrai. Tidak perlu menggunakan minyak langsung.

Kacau tepung atas api perlahan sehingga ia agak panas. Anda perlu berhati-hati kerana ia mudah menjadi kekuningan dan boleh merosakkan warna kuih nanti. Kemudian ketepikan dan tunggu ia sejuk sebelum diayak.

Selain pati santan, saya juga menggunakan serbuk santan dalam paket. Ini dapat memberikan rasa santan yang lebih kepada biskut itu.

Namun begitu, bagi yang inginkan rasa lebih asli atau tulen, anda boleh perah kelapa parut (1/2 biji) tanpa menggunakan air. Ini adalah cara untuk mendapatkan patinya. Letak kelapa parut dalam kain nipis (kain kasa) atau maslin. Kemudian perahkan terus ke dalam mangkuk. Anda mungkin perlukan lebih sedikit sekiranya adunan tidak lembut.

Untuk menghias biskut, anda boleh menyapu atasnya dengan kuning telur. Kemudian taburkan bijan. Dengan cara ini juga, biskut menjadi berkilat dan lebih wangi. Bijan juga akan menjadikannya rangup. Boleh juga gunakan putih telur sebagai sapuan di atas biskut. Selain itu, untuk membuat sapuan lebih berkilat, tambahkan sedikit susu pekat ke dalam kuning telur.
Kelapa kering yang digunakan di dalam biskut ini boleh dibeli yang sudah siap iaitu desiccated coconut. Anda juga boleh menggoreng kelapa parut (bahagian putih sahaja) di atas api perlahan hingga kering dan kekuningan.

Jangan sampai ia menjadi garing atau terlalu kuning kerana ini akan membuat warna biskut gelap. Biarkan sejuk sebelum digunakan. Untuk mempercepatkan proses menyejuk, ratakan kelapa itu di dalam talam atau loyang yang besar.

Pastikan ketuhar dengan elemen pemanas bawah sahaja. Jika menggunakan api atas dan bawah, permukaan biskut akan menjadi perang dan tidak cantik. Kalau ketuhar anda mempunyai kipas, hendaklah turunkan suhu kepada 160 darjah Celsius semasa membakarnya. Harus diingat bahawa bahagian yang paling hampir dengan dinding ketuhar adalah lebih panas daripada bahagian tengahnya.

Anda mungkin perlu mengubah tin pembakar di sebelah atas ke bawah dan sebaliknya. Sebelum mengubah, anda mesti terbalikkan bahagian depan ke belakang supaya kepanasan yang kena pada biskut akan sama rata. Ini akan membuatkan ia masak sempurna.

Kuih Bangkit

Bahan
125gm mentega
130gm gula aising
2 biji kuning telur
1 camca teh vanila
50gm serbuk santan
2-3 camca besar pati santan
280-300gm tepung kanji (ayak)
150gm tepung gandum (ayak)
1 1/2 camca teh serbuk penaik (ayak)
60gm kelapa kering, dikisar halus

Cara Membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
2. Masukkan telur dan vanila, kacau rata.
3. Bubuh serbuk santan, pati santan, bahan ayak dan kelapa.
4. Uli menjadi doh. Canai doh setebal 6mm.
5. Terap dengan acuan bentuk bunga atau hati.
6. Atur atas tin pembakar yang dilengser marjerin.
7. Bakar biskut pada 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Sotong Goreng Bertepung

SELAIN udang, sotong goreng tepung adalah pilihan kebanyakan penggemar makanan laut. Pilihlah sotong yang masih baru dan nampak segar. Kulitnya mestilah masih utuh membalut badan. Bahagian kepala juga tidak seharusnya bercerai daripada badan tersebut.

Sotong mudah menjadi busuk. Oleh itu ia seharusnya sentiasa diletak di dalam bekas berisi ais. Pastikan ia dimakan sebaik saja dibeli. Ini kerana rasanya akan kekal manis. Namun begitu, anda boleh mengembalikan kemanisan sotong atau udang dengan cara memerapnya selama 30 minit dengan sedikit garam dan gula.

Perkara paling penting sebelum mula menyediakan hidangan ini adalah kaedah yang dinamakan 'mematikan air sotong'. Caranya adalah dengan meletakkan sotong di dalam kuali atau periuk kalis lekat. Kemudian nyalakan api pada tahap sederhana kuat.

Sebaik saja warna sotong sudah bertukar dan airnya banyak terbit, padamkan api. Kemudian letak sotong di dalam penyekat untuk ditoskan. Jika anda tidak berbuat demikian dan menggoreng sotong begitu saja, ia akan meletup dan ini sangat menyukarkan bila tiba masa hendak membalikkannya. Sotong juga kurang rangup kerana ia mengandungi banyak air.
Sekiranya sotong hendak dibuat sambal, simpan air sotong tersebut kerana ia berupaya memaniskan bumbu sambal. Anda tidak perlukan sebarang minyak atau air dalam langkah pertama ini. Air daripada sotong sudah mencukupi. Begitu juga bila merebus kerang kerana air di dalam kerang itu sendiri boleh membuat kerang tersebut masak.

Jangan terlebih masa pada langkah ini kerana sotong yang terlalu masak akan menjadi liat. Bila menggorengnya kelak, isinya akan bertambah keras. Bila dimakan pula, ia tidak sedap.
Adunan tepung atau dikenali sebagai batter sangat penting dalam menentukan kerangupan sotong ini. Gunakan senduk kayu dan pastikan anda menuangkan cecair sambil mengacau campuran tersebut perlahan-lahan.

Setelah selesai, anda perlu memukul putih telur hingga kental. Gunakan mangkuk dan pemutar yang sudah dibilas dengan air panas. Kemudian lap dengan kain bersih. Ini adalah untuk memastikan putih telur boleh kental dengan sempurna. Jika terdapat sebarang kesan minyak pada bekas atau pemutar, sukar untuk mengentalkan telur tersebut.
Bila anda memukul putih telur, anda akan dapati ia mula-mula akan menjadi separuh kental. Perhatikan bila anda mengangkat pemutar, 'puncak' putih telur yang terbentuk itu agak melengkung. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. Kemudian angkat pemutar semula. Anda akan dapati 'puncak' yang terbentuk adalah tajam.

Gunakan spatula atau senduk plastik bila mencampurkan putih telur ke dalam adunan tepung (batter). Mula mencampur satu camca besar putih telur terlebih dulu. Setelah sebati, baru masukkan baki putih telur. Kaedah ini dipanggil kaup-balik. Lakukan dengan perlahan dan berhati-hati supaya gelembung udara di dalam putih telur sebati. Ia mampu meringankan adunan tersebut.

Bila anda menggoreng udang, ikan atau sotong dengan batter tersebut, anda akan dapati hasilnya memuaskan. Ia lembut tetapi rangup pada masa yang sama. Ia juga akan kekal lembut sehingga beberapa jam lamanya.

Bagi mendapatkan batter yang lebih wangi, anda boleh gantikan tepung jagung dengan tepung kastard. Anda tidak semestinya memasukkan serbuk kunyit. Bagi yang sukakan warna kuning yang lebih terang, tambah beberapa titik esen atau pewarna kuning.

Biar adunan selama 20 minit sebelum mula menggoreng. Pastikan minyak cukup panas. Jika tidak begitu panas, bahan gorengan akan 'makan minyak' atau meresapkan terlalu banyak minyak. Ini akan merosakkan rasa sotong itu sendiri. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer kerana lebih mudah untuk mengangkat sotong yang sudah siap digoreng.

Sotong Goreng Bertepung

Bahan
2 kg sotong, dibersihkan
120 gm tepung gandum
60 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
1 camb rempah kari
1/4 camt serbuk kunyit
Garam secukupnya
240 ml air
1 biji kuning telur
1 biji putih telur

Cara
1. Potong bulat sotong. Letal dalam kuali dan tutup.
2. Masak atas api sederhana kuat selama 2-3 minit atau hingga terbit airnya.
3. Letak dalam penyejat dan biar sejuk.
4. Untuk membuat batter: Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, rempah kari, serbuk kunyit dan garam.
5. Tuangkan air perlahan-lahan sambil dikacau sebati.
6. Masukkan kuning telur dan kacau rata-rata.
7. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kental.
8. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan tepung secara berhati-hati.
9. Celupkan sotong satu persatu biar bersalut elok dengan batter tadi.
10. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
11. Angkat dan sejatkan minyaknya. Sajikan dengan sos cili.

June 19, 2008

Chetam tolong promote: PROGRAM MANGKUK TINGKAT





Tempahlah Trial Pack Sajian Tengahari untuk 25, 26 dan 27 Jun 2008 cuma RM18.00.

Peluang terbaik untuk anda merasai apa yang ditawarkan oleh MangkukTingkat.com .

Tarikh akhir untuk tempahan dan bayaran untuk pakej Trial Pack ini ialah pada 23 Jun 2008, jam 4.00 petang.

MangkukTingkat.com adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati oleh anda yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk keluarga. Hidangan tersebut kemudiannya boleh anda tempah untuk dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah anda.
Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program MangkukTingkat.com.
Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.















Nota Kaki Chetam:
Chetam tolong promote jer.....untuk ibu bapa yang bekerja dan anak-anak tinggal di rumah, tak payah gusar tentang makanan kerana boleh buat tempahan dan dihantar terus ke rumah. Tetapi buat masa ini, lokasi penghantaran adalah terhad.
Kalau nak join jadi pembekal makanan pun boleh juga. Tapi yang paling baik tentang program ini ialah kita turut bersedekah jariah sebab sebahagian keuntungan diberikan ke Rumah-Rumah Amal tertentu.
Apa-apapun......untuk maklumat lanjut....masuk jer www.mangkuktingkat.com

June 18, 2008

Warung Mak Tih Banjir di Kuala Sepetang

Bulan lepas Chetam dan Chenul balik Tepen. Sempat bodek Kak Tih ajak pegi makan mee udang di Warung Mak Tih Banjir.

Berikut adalah di antara menu-menu Warung Mak Tih Banjir. Ada bee hoon goreng, kue teow goreng, mee bandung, mee sup dan mee hailam. Udang di anatra RM5 dan RM6. Nak makan nasi goreng udang tapi dah abis.

So......layan.....






Untuk Dijual: Gelang-Gelang Mutiara Swarovski, Fresh Water Pearls dan Kristal Swarovski


Gabungan Mutiara dan Kristal Swarovski
Harga: RM55.00


Gabungan Mutiara dan Kristal Swarovski serta spacer berbentuk bulat dengan batu hiasan
Harga: RM55.00

Mutiara Swarovski dan spacer bentuk bulat dengan batu hiasan
Harga: RM48.00


Gabungan Fresh Water Pearls dan Kristal Swarovski
Harga: RM35.00


Fresh Water Pearls dan spacer bulat dengan batu hiasan
Harga: RM40.00

June 04, 2008

AIS KRIM KACANG MERAH - MAT GEBU MY RESEPI

Ais Krim Kacang Merah
Sumber: Mat Gebu (My Resepi)

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )
270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Nota Kaki Chetam:
Dah banyak kali Chetam buat ais krim tapi inilah resepi yang paling mudah dan paling sedap. Memang sedap sesangat. Tak perlu pakai gelatin. Memang rasa macam ais krim yang dibeli di kedai. Cuma warna kurang merah disebabkan kacang segera yang dibeli nampak suram.....hehehehe....

Mat Gebu dah beberapa kali singgah ke Teratak Chetam. Tak sangka beliau juga jaguh dalam memasak. Kalau singgah ke web My Resepi, ada beberapa resepi hasil tangan Mat Gebu.

Mat Gebu.....thanks a lot untuk Ais Krim yang cukup sedap ini. Buya cakap lain kali letak durian.....hehehehe.

June 01, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Makaronis Bersos Keju



Makaroni berkeju

APAKAH perbezaan pasta dan makaroni? Atau spageti dan makaroni? Mungkin ramai yang masih keliru. Makaroni dan spageti adalah dua jenis pasta yang sangat popular. Jika ia berbentuk seperti skru, ia dinamakan fusili. Manakala yang berbentuk kerang dipanggil shell.
Hampir semua pasta diperbuat daripada gandum durum. Ia lebih 'keras' daripada gandum biasa. Jadi, sangat sesuai dijadikan pasta. Pasta yang disediakan segar perlu menggunakan tepung sebegitu supaya bentuknya kekal ketika ia dicelur.

Di negara ini, hanya sesetengah pasar raya khusus untuk ekspatriat yang menjual pasta segar. Namun, membuatnya sendiri memerlukan sedikit kemahiran dan teknik ulian yang tepat. Anda juga memerlukan mesin pasta atau dikenali juga sebagai mesin mi. Selain membuat mi atau pasta, mesin tersebut sesuai untuk membuat kuih gunting.

Makaroni bersos keju ini amat digemari kerana rasanya yang lemak dan masin. Ia begitu popular sebagai hidangan dan harganya agak mahal. Bagi sesetengah penggemar pasta yang tidak suka atau jemu dengan sos berunsur tomato, memilih sos berkeju sebagai pengganti. Seperkara yang perlu diingati, makaroni ini mesti dihidangkan ketika masih panas.

Jika makaroni dibiarkan sejuk, sosnya akan membeku sedikit dan tidak begitu menyenangkan bila hendak dimakan. Anda juga harus memilih keju yang betul. Untuk rasa yang berbeza, boleh gunakan keju parmesan sebagai ganti mozzarella. Apa yang penting tentang keju adalah memastikan ia halal atau sebaliknya.

Terdapat banyak jenis keju di pasar raya. Yang paling terkenal mungkin cheddar keluaran sebuah syarikat terkenal kerana sering digunakan dalam rancangan masakan di televisyen. Bagi keju mozzarella atau parmesan pula, pastikan ada logo sah menyatakan ia halal.

Rennet yang digunakan haruslah jenis microbial atau sumbernya daripada binatang yang disembelih mengikut lunas-lunas Islam.

Kadangkala ia ada logo daripada negara yang menghasilkannya. Kebanyakan keju tidak halal, jadi, orang Islam hendaklah berwaspada.

Selain udang, boleh gunakan isi ayam atau daging yang telah siap direbus empuk. Udang atau makanan laut seperti kupang, isi ikan salmon dan lain-lain lebih menarik kerana variasi warnanya. Jika suka, boleh taburkan daun pasli di atas makaroni sebelum menghidangkannya.

Gunakan herba segar oregano atau basil jika ada kerana bau herba segar lebih harum. Namun jika sukar, memadai menggunakan herba campuran kering Itali yang boleh dibeli di dalam botol-botol kecil. Supaya tahan lama, simpan di dalam peti sejuk setelah ia dibuka.

Sekiranya anda mempunyai lada hitam dalam pengisar khas, lebih baik mengisarkannya di atas makaroni bersos keju ini sejurus sebelum menyajikannya. Ini kerana lada hitam yang baru dikisar sangat wangi dan menyelerakan. Ditambah dengan keharuman keju, anda tidak akan jemu menikmati hidangan ini.

Makaroni boleh juga digantikan dengan lain-lain jenis pasta. Hanya pastikan ia bergerigi atau mempunyai corak di atasnya supaya sos dapat melekat. Hindari daripada menggunakan pasta yang agak licin seperti spageti untuk sos seperti ini. Spageti sangat sesuai untuk sos berdaging seperti bolognese.

Bila merebus makaroni, sediakan air mendidih. Ini adalah untuk menambah air rebusan itu jikalau ia agak sedikit. Untuk merebus dengan sempurna, jerang air dalam periuk besar. Bila mendidih, masukkan sedikit minyak dan garam. Berhati-hati bila memasukkan garam kerana air itu serta-merta mendidih dengan kuat.

Masukkan makaroni, kacau dan biar. Kacau sekali-sekala hingga makaroni masak. Ini bermakna, ia empuk tetapi masih rangup bila dikunyah. Jika terlebih masak, makaroni akan menjadi lembik dan rasa hidangan juga tidak begitu enak. Sebaik saja mengangkat makaroni, letak di dalam penyejat. Gaulkan dengan minyak rata-rata supaya ia tidak melekat.

Dalam resipi ini, masaklah makaroni sejurus sebelum mula menyediakan sosnya. Ini kerana makaroni yang masih panas mudah menyerap sos keju yang masih panas itu. Selain itu, membuat sos ini hanya memakan masa 10 minit sahaja.

Makaroni Bersos Keju


Bahan
100gm mentega
2 ulas bawang putih, dicincang halus
250ml krim putar
250ml susu segar
50gm keju cheddar (diparut halus)
80gm keju mozzarella (diparut halus)
300gm udang sederhana, dicelur
350gm makaroni, direbus
1 camt herba itali
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Membuat
1. Cairkan mentega atas api perlahan
2. Tumis bawang putih hingga wangi
3. Masukkan krim putar dan susu. Kacau selama 5 minit.
4. Campurkan kedua-dua jenis keju ke dalam sos. Kacau cept-cepat.
5. Padamkan api, gaulkan dengan udang, herba itali dan makaroni.
6. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas.