Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 29, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Murtabak



MURTABAK

HIDANGAN ini sangat sesuai pada waktu sarapan atau minum petang. Lauknya pula boleh diubah suai mengikut cita rasa. Lazimnya, lauk untuk murtabak ialah ayam atau daging. Ada juga yang sukakan lauk udang atau sardin. Bagi yang hanya mengambil sayur-sayuran, bolehlah menjadikan campuran lobak merah, kubis, ubi kentang dan pis sebagai intinya.

Bahagian kulit luar murtabak adalah sama seperti roti canai. Jadi, anda boleh menyediakan roti canai mengikut bahan kulit yang tertera. Isikan dengan telur di tengah-tengahnya dan anda boleh membuat roti telur. Jika mahukan roti canai yang berasa manis, taburkan gula di tengahnya dan lipat menjadi kepingan empat segi.

Doh untuk kulit murtabak mesti diperap sekurang-kurangnya empat jam. Jika anda menguli doh itu pada sebelah malam, anda boleh mencanainya pada keesokan paginya. Dengan cara memerap, doh akan menjadi lembut dan mudah ditarik menjadi nipis. Kulit yang nipis, bila digoreng akan menjadi lebih rangup.

Pastikan setiap bebola doh dilumur dengan campuran minyak sapi dan minyak biasa sebelum diperap dalam bekas bertutup. Ini akan memudahkan ia menjadi lembut. Namun begitu, pastikan anda sudah mengulinya dengan cukup. Jika menggunakan mesin dengan dough-hook, anda tidak perlu mengambil masa yang lama.

Gunakan teknik yang betul jika menguli dengan tangan. Letak doh di atas papan pencanai yang ditaburi tepung. Kemudian 'tolak' doh dengan pangkal tapak tangan. Ulangi sehingga doh menjadi kenyal dan teksturnya menjadi halus. Untuk mendapatkan bebola yang sama besar, timbang setiap satu.

Anda juga perlu bahagikan lauk mengikut jumlah bebola doh yang ada. Jika tidak, sesetengah murtabak yang terhasil tidak akan mempunyai lauk yang mencukupi. Ini akan menjadikan saiznya kecil serta tidak sedap bila dimakan.

Bagi yang inginkan pedas, bolehlah memasukkan serbuk cili atau hirisan cili potong ke dalam lauk murtabak. Jika menggunakan pes cili, pastikan ia dimasukkan bersama ayam supaya ia cukup masak.

Atau pastikan anda tambah hirisan cili padi ke dalam bahan pencicah. Sekiranya tidak sukakan cuka, boleh digantikan dengan air dan sedikit jus limau nipis atau lemon. Ada juga di antara kita yang mencicah murtabak dengan sos cili pedas.

Sebarang isi ayam lebihan ayam panggang atau sup boleh dijadikan lauk. Jika ingin mengurangkan kolesterol, gunakan dua biji putih telur sebagai ganti satu biji telur.

Sekiranya tidak mempunyai kuali leper yang berat, boleh menggunakan kuali tidak melekat. Elakkan daripada kuali leper yang nipis kerana ia mudah hangus. Sentiasa pastikan kuali berlengser dengan minyak supaya murtabak tidak lekat di atasnya. Ini menyukarkan bila hendak mengalihkan bahagian atas ke bawah pula.

Perkara paling penting yang mesti diingati adalah menekan murtabak perlahan-lahan semasa memasak. Dengan cara ini, bahagian telur yang cair di dalam lauknya akan mudah masak. Jangan lakukan dengan kuat kerana lauknya mungkin terkeluar. Ini akan menyebabkan murtabak kurang sempurna bentuknya.

Murtabak sejenis hidangan yang sangat menarik dan sesuai untuk semua majlis. Malah, anda boleh menyimpannya selama beberapa hari di dalam bekas bertutup. Pastikan setiap lapisan diasingkan dengan sehelai kertas kalis minyak. Kemudian letak bekas di dalam peti sejuk. Bila hendak memakannya, panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Resepi Murtabak

Bahan Kulit
600gm tepung gandum
1/2 camt garam
Air secukupnya
80gm minyak sapi

Bahan Lauk
2 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
400gm daging/ayam, dikisar
1 camb rempah kari
5 biji telur
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sampingan
1 labu bawang besar, dihiris halus
3 camb cuka
Sedikit gula, pewarna merah
Kuah kari atau dal

Cara Membuat
1. Untuk kulit: Satukan tepung, garam dan minyak sapi
2. Masukkan sedikit demi sedikit air dan satukan menjadi doh
3. Uli selama 10 minit atau hingga adunan lembut
4. Buat 6-7 bebola, salut dengan sedikit minyak sapi. Tutup dan biar selama 3-4 jam.
5. Untuk lauk: Tumis bawang besar dalam minyak hingga harum.
6. Masukkan daging/ayam dan rempah kari, kacau selalu. Renjiskan sedikit air jika perlu.,
7. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan biar sejuk.
8. Kemudian kacau dengan telur dan ketepikan.
9. Ambil doh, leperkan degan tapak tangan. Kemudian tarik perlahan supaya nipis.
10. Alihkan ke atas kuali leper yang diletak sedikit minyak.
11. Sudukan lauk di tengah doh dan lipat menjadi bungkusan.
12. Goreng hingga keperangan dan terbalikkan.

May 23, 2008

Kek Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2 hari lepas Chetam terima surat dari Pengurus Tadika Chenul. Akan diadakan sambutan Hari Guru Jumaat ini di Tadika Chenul dan pelajar dikehendaki membawa juadah ringan.

Since semua bahan dan sedia ada di dapar so malam tadi Chetam berpencak silat sehingga pukul 3 pagi. Sementara tunggu kek masak, sempat juga balut barangan yang diorder oleh pelanggan. Sambil menonton rancangan tertunda American Idol di @15. Tak minat pun tapi sebenarnya tunggu Diari AF6 yang bermula pukul 1.30 pagi. Tak sempat tengok yang pukul 9 malam tu.

So siap ngan hiasan bunga segera, Alhamdullilah.......cantik la juga di pandangan mata kasar Chetam yang kelam di pagi buta....hehehehe. Cara nak buat memang senang banget.


Kek Sponge Hari Guru - Chenul

250gm spongemix perasa coklat
4 biji telur Ayam gred A
60ml air
60ml minyak masak. (nak sedap kenalah guna minyak mazola/jagung)
Strawberry filling
1 1/2 cawan Whipping Cream jenama Baker's Mix

Cara Membuat
Campur spongemix, air, minyak dan telur. Pukul dengan mixer elektrik sehingga adunan naik berdabel-dabel.
Masukkan adunan dalam loyang yang dah dilengser marjerin dan ditabur tepung. Bakar dalam oven, suhu sekitar 180 C sehingga masak.

Topping
Putar whipping cream sehingga naik. Masukkan seketika ke dalam peti sejuk kemudian keluarkan dan dicampur sedikit pencelup merah. Putar sekejap.

Deko Kek
Sejukkan kek terlebih dahulu. Potong melintang kepada 2 bahagian. Sapukan whipping cream di atas lapisan pertama. Turut sapukan strawberry filling di atasnya. Letakkan lapisan kedua dan mula sapu whipping cream ke sekeliling kek. Hias dengan bunga.

Dah Siap.........

May 22, 2008

Tabung Slim - OUT OF STOK

Terdapat dalam 4 corak kartun yang menarik - Mermaid, Jungle Book, Ms Jasmine(yang pink) dan Peter Pan.
Panjangnya melebihi 1 kaki. Ukuran sebenar akan diberitahu kemudian.
Harga - RM4.50 termasuk penghantaran dengan pos biasa.

Cara nak Oder:
SMS 012-2650314 atau email tokochetam@gmail.com dan nyatakan corak pilihan anda. Pembayaran adalah melalui akaun Maybank, Public Bank atau Bank Islam. Nyatakan pilihan anda.

Stok adalah terhad.

Untuk Dijual - Rantai Tangan Kristal Swarovski dan Gelang Freshwater Pearls



Gelang Tangan Freshwater Pearls dihias dengan Kristal Swarovski.
Harga : RM 35.00 (termasuk penghantaran dengan Pos Ekspres - Tanpa Kotak)



Design kristal terkini berbentu hati dengan lubang melintang. Juntaian dari kristal bunga dan air mata.
Harga : RM90.00 (termasuk penghantaran dengan pos laju)


Design kristal terkini berbentu hati dengan lubang melintang. Juntaian dari kristal bunga dan heart.
Harga : RM90.00 (termasuk penghantaran dengan pos laju)

Nak oder :
Sila sms 012-2650314 atau email tokochetam@gmail.com

May 20, 2008

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Rojak Ala India


Rojak Ala India

Bahan
200gm tauge, buang ekor dan celur
200gm sengkuang, dihiris
200gm timun, dihiris
3 keping tauhu, direbus & belah dua
4 biji telur, direbus & belah dua
Minyak untuk menggoreng

Bahan Cucur Udang
100gm tepung gandum
20 gm tepung beras
200gm udang sedang, dikupas
1 biji telur
10 tangkai daun jucai, dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Cucur Kelapa
100gm tepung gandum
60gm kelapa parut putih
1/2 camt serbuk penaik
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dihiris
Air secukupnya

Bahan Kuah
3 camb minyak
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 camb pes cili
200gm keledek, direbus & dilecek
1 camb asam jawa + 800ml air - perah dan tapis
2 camb gula gula merah
200gm kacang tanah - goreng dan kisar
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Untuk Cucur Udang: Satukan semua bahan menjadi sebati.
2. Panaskan minyak, goreng hingga keemasan kemudian angkat.
3. Untuk Cucur Kelapa: Kacau semua bahan hingga bancuhan menjadi doh yang tidak begitu keras.
4. Kepalkan menjadi bentuk memanjang kemudian goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
5. Untuk Kuah: Panaskan minyak. Tumis bawang kisar dan pes cili hingga wangi.
6. Masukkan semua bahan lain kecuali kacang tanah. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
7. Akhir sekali, campurkan kacang dan kacau. Bila mendidih, angkat.
8. Sajikan semua bahan dan cucur yang dihiris nipis dengan kuahnya.

ROJAK merupakan salah satu hidangan yang digemari ramai. Bila menyebut rojak, ramai yang pasti teringat akan cendol, satu lagi sajian yang sering digandingkan bersama-sama. Tidak hairanlah juga jika rojak dan cendol dihubungkaitkan dengan masyarakat India Muslim atau mamak.

Walaupun rojak ala India merupakan sesuatu yang sinonim dengan restoran atau gerai India Muslim, terdapat banyak jenis rojak lagi. Contohnya, rojak Melayu, rojak Cina, rojak Nyonya dan rojak Singapura. Manakala rojak buah juga dikenali dengan nama rojak petis.

Secara amnya, rojak ala India adalah campuran pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, sengkuang dan tauge dengan tauhu dan telur. Ada tiga jenis cucur yang biasa digandingkan iaitu cucur udang, cucur kelapa dan cucur rangup yang nipis bentuknya. Cucur rangup ini seringkali hanya perlu dipecahkan ke atas rojak dan dimakan seperti keropok.

Jika inginkan kelainan, boleh juga dicampurkan dengan mi kuning yang dicelur hingga lembut. Rojak mi sangat mengenyangkan dan boleh menggantikan nasi serta lauk. Rojak juga adalah hidangan yang sesuai untuk majlis bufet. Tetamu boleh mengambil bahan yang mereka sukai dan dengan cara ini, pembaziran tidak berlaku.

Bahan sampingan lain adalah ubi kentang yang direbus. Kemudian digoreng keemasan. Walaupun bahan-bahannya agak banyak, cara membuatnya agak mudah. Ada juga yang meletakkan ayam goreng yang dihiris dan jadilah Rojak Ayam. Manakala hirisan sotong kering yang sudah direndam juga akan mengenakkan lagi rojak ini.

Bagaimana hendak mendapatkan cucur yang lembut? Bancuhlah campuran tepung dengan air panas tetapi jangan terlalu panas. Jika adunan agak lembik, cucur yang terhasil menjadi leper. Manakala anda boleh mendapatkan bentuk cucur yang agak bulat sekiranya adunan keras. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana bahagian luarnya akan hangus dengan cepat. Sementara dalamnya masih mentah.

Jika ingin mendapatkan bentuk yang elok dengan menggunakan senduk, pastikan senduk tidak dibasuh dengan sabun dan air. Memadai dengan mengelapnya dengan bersih. Ini adalah supaya adunan tidak melekat pada senduk bila hendak digunakan lagi. Senduk juga mesti dipanaskan sebentar sebelum meletakkan adunan tepung ke dalamnya.

Supaya tahan lama jika dibawa sebagai bekalan berkelah, jangan campurkan sayur-sayuran untuk rojak dengan bahan-bahan cucur. Letak tauge, timun dan sengkuang di dalam bekas berasingan. Semua jenis cucur pula di dalam bekas lain. Bila hendak dihidangkan, barulah dicampurkan sekali.

Sebaik-baiknya, buang empulur timun dan parut kasar. Dengan cara ini, dapat mengelakkan termakan bijinya. Carilah timun yang agak muda dan tidak mempunyai banyak biji. Jangan celur tauge terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik. Sebaik-baiknya celur beberapa saat saja supaya ia kekal rangup dan enak dimakan.

Bagi yang inginkan kuah yang lebih merah, gantikan asam jawa dengan puri tomato. Lebihkan gula untuk mengimbangi rasa masam puri itu. Manakala yang mahukan kuah lebih pedas dan merah, gunakan serbuk cili bercampur pes cili.

Sesetengah pes cili atau cili boh yang dijual di pasar raya tidak begitu pedas. Adalah lebih baik jika anda mengisar sendiri cili kering. Sebelum itu, gunting cili secara menyerong. Buangkan bijinya dan rendam di dalam air mendidih selama 20 minit atau sehingga lembut. Kemudian barulah dikisar halus dengan air masak dan garam. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.

Penggunaan keledek di dalam kuah adalah untuk memaniskannya. Jika tiada, boleh digantikan dengan ubi kentang. Untuk memekatkan kuah, selain menggunakan kacang tanah, boleh juga mencampurkan dengan dua atau tiga biji buah keras. Ia hendaklah dikisar atau ditumbuk dengan bawang merah dan bawang putih.

Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Kek Keju

Kek Keju

Bahan
70gm serbuk koko
200ml air panas
400 ml susu segar/UHT
270 gm tepung gandum
2 camt serbuk penaik
200 gm krim keju
150 gm mentega
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 camb vanila

Cara Membuat
1. Larutkan serbuk koko dengan air panas. Tapiskan.
2. Campurkan dengan susu dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
4. Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang.
5. Masukkan sebiji demi sebiji telur. Pukul sebati.
6. Bubuh pula campuran koko selangseli dengan bahan ayak.
7. Kacau rata. Akhir sekali masukkan vanila.
8. Tuangkan ke dalam tin berukuran 25cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
9. Bakar pada suhu 175 C selama 1 jam 15 minit atau hingga masak

May 06, 2008

Makan Pak Tong Ku di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Chetam baru balik dari bercuti ke Pulau Langkawi dengan Buya dan Chenul. Selalu pegi trip ngan company, so kali ni bawa famili pulak makan angin.
Actually rasa menyesal juga pi Langkawi ni......hehehehe......habis duit betul. Cuma yang seronok bila berebut makan Pak Tong Ku dengan Chenul. Jarang Chenul suka makan kuih. Gambar yang lain dalam kamera. Lupa kat mana letak kabel USB......hehehehe. Lain kali Chetam update.
Ini kayanya. Sedap sangat. Rasa pure daun pandan.


Ini Pak Tong Ku. Comel-comel. Sebenarnya macam cakoi je cuma saiz berbeza.

Puding Kukus Strawberi & Laici

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam dah lama tak cuba resepi. Kali ni resepi di ambil dari myresepi.com yang disumbangkan oleh kimin_03.

Thanks bebanyak ye kimin_03 kalau tersinggah ke Teratak Chetam ni. Senang sangat caranya sebab bahan-bahan cuma perlu diblend hingga hancur. Chenul siap jamu kengkawan sepermainan di rumah sebelah...hehehehe....

Puding Kukus Strawberi & Laici
Sumber : kimin_03@myresepi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 tin susu cair
1 tin laici (toskan dan simpan sirapnya)
4 biji telur ayam
4 keping roti (Gardenia, High 5, etc)
1 kotak jeli kristal strawberi / raspberi
400ml air (untuk menyediakan jeli)
1 sudu besar gula pasir

Cara-cara

Kisar roti, susu cair, sirap laici, gula pasir dan telur sehingga hancur. Potong buah laici mengikut saiz kesukaan anda dan ketepikan.
Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai masak. Keluarkan dan sejukkan.
Panaskan air dan masukkan serbuk jeli kristal (tambah 2-3 sudu besar gula pasir kalau suka manis). Kacau sampai larut.
Susun buah laici di atas adunan kukus tadi. Tuang jeli kristal yang telah di masak tadi ke atas adunan. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.