Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 21, 2008

CHOCOLATE MOIST CAKE MISLEHA - KEK BESDAY CHENUL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chenul dah 4 tahun. Mula-mula Chetam plan nak buat kek dengan gambar tom and jerry tapi pening kepala tak tahu macam mana nak adun warna jerry. So slow talk ngan Chenul yang Umi tak dapat lukis Tom and Jerry tapi dalam hati planning nak cari patung kecik untuk hias atas kek. Jenuh merayap tapi tak jumpa. Tokeh kedai kata sekaramg orang tak minat tom and jerry. Mak ai.....payahnya. Last minute dapat idea buat Elmo sebab terbeli goodie bags plastik yang gambar Elmo.

Siksanya nak buat kek ni....bertangguh banyak hari.....dah terlepas beberapa hari baru Chetam dapat mood nak buat. Kek ni pakai resepi Kek Coklat Misleha. Chetam buat 1.5 bancuhan so dapat satu kek yang dibakar dan yang satu lagi dikukus. Yang dikukus tu punyala gebu tapi tak dapat deko Chetam pi tonggengkan kek tu semasa masih panas. Yang versi bakar aka Elmo ni, tak dapat rasa sebab bawa ke tadika. Tapi ada sorang budak lelaki kat tadika yang puji kek tu sedap...hehehehe....

Lukisan freehand jer, lepas ti picitkan piping jelly yang dah diwarnakan. TA...RA....!


CHOCOLATE MOIST CAKE MISLEHA
Sumber: Misleha Rnet

250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovellate
6biji telur

250gm tepung ]
2tsp baking powder ] ayak
1½tsp soda bicarbonate ]

PASTE
1 cawan coco powder
1¼ cawan air
60gm castor sugar
1tbsp nescafe - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

CARA-CARANYA

• Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
• Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste
• Baker 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing

CARA-CARA TOPPING CAKE
• Didihkan whipping cream bila sudah kelihatan buble kecil-kecil
• Masukkan Cooking Chocolate kacau sehingga larut
• Masukkan butter

April 16, 2008

Promo Buku : Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar

Ahad lepas Chetam pegi ke Book Fair di PWTC bersama dengan Buya dan Chenul. Disebabkan lutut yang sakit so Chetam malas nak merayap ke gerai-gerai buku. Cuma temankan Chenul yang tengah ghairah buat kad yang tabur pasir warna warni tu. Buya yang pegi lawat gerai-gerai tu tapi tak beli apa-apa pun. Masa nak balik, lalu gerai Berita Publishing dan ternampak buku dari Chef Anuar ni.

Chef Anuar ada lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam yang diceburinya ni. Ada banyak resepi di dalamnya. Chetam serta cuma satu dari resepi yang terdapat dalam buku tu sebagai Sneek Preview. Nak tahu lebih lanjut, boleh beli di kedai buku. Harganya RM14.90 tapi kat Book Fair, Chetam cuma bayar Rm10.00 sahaja.

Buku Jilid 1
Kandungan resepi di dalam buku Jilid 1.

Langkah Demi Langkah: Menghias dan Mendeco Kek



Buku terbaru, Langah Demi Langkah Bersama Chef Anuar 2 berharga RM17.90 tapi di Book Fair hanyalah RM16.00. Terdapat banyak resepi di dalam buku ini tetapi Chetam pilih Cara Membuat Kelongsong Kertas sebagai Sneek Preview kerana ada yang menghantar email dan bertanya tentang cara membuat kelonsong kertas.

Sila klik gambar-gambar di atas untuk melihat imej yang lebih bsar dan terang.

Sekian

Chetam

JOM KITA BERAMAL.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama Chetam tak sembang di Teratak Chetam. Sibuk ngan keje di ofis.

Kali ni Chetam terpanggil untuk mengajak semua pengunjung-pengunjung Teratak Chetam untuk sama-sama beramat ibadat membantu anak-anak yatim.

Sebenarnya kat YahooGroup ResepiDotNet tengah dok meriah berbincang pasal acara Sambutan Hari Jadi yang akan diadakan pada 1hb May 2008. Since ramai ahli yang sambut besday, so depa pakat ramai-ramai untuk sambut bersama-sama dengan anak-anak yatim di Rumah Baitul Rabbiatul Adawiyah.

So masa meriah berbincang ni, dapat tahu yang Baitul Rabbiatul Adawiyah masih kekurangan banyak keperluan seperti TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh dan lain-lain. Alhamdullilah, dalam suasana meriah berbincang di RNET, ada yang sudi hulurkan bantuan dan menderma barang keperluan ini. Terdapat juga cadangan untuk mengadakan Perpustakaan Mini untuk kegunaan anak-anak ini. Cadangan yang amat baik sekali.

Chetam menyeru agar pengunjung-pengunjung Teratak Chetam dapat sama-sama menjayakan projek perpustakaan mini ini. Anda boleh menderma sama ada buku-buku baru atau yang sudah digunakan ataupun menderma wang ringgit bagi tujuan pembelian buku-buku. Anda boleh dermakan buku cerita ataupun buku rujukan pelajaran. Jika berminat untuk turut serta, boleh email Chetam di chetam1@gmail.com.

Di bawah ini merupakan nota serba ringkas tentang Baitul Rumah Rabbiatul Adawiyah.

Chetam

**************************************************************************

Assalamualaikum

Terima kasih atas keprihatinan sahabat2 membantu mengumpul dana untuk anak2 yatim Baitul Fitrah & Baitul Rabbiatul Adawiyah.

Untuk pengetahuan sahabat2....
Rumah Baitul Fitrah asalnya ada 2-asrama lelaki & perempuan terletak di Bandar Country Homes, Rawang. Satu sewa, satu wakaf. Alhamdulillah sekarang ini ada satu lagi rumah wakaf baru dibuka bagi menempatkan anak2 yatim berumur 6 tahun ke bawah. Cawangan baru Baitul Fitrah ini akan dikenali sebagai Baitul Rabbiatul Adawiyah.

Alamatnya:

Baitul Rabbiatul Adawiyah
No. 46, Jln 1/2 Green Valley Park
Bdr Tasik Puteri
48000 Rawang

Kami masih lagi mengumpul dana & peralatan rumah untuk rumah anak yatim yang baru ini.

Sumbangan amat dialu2kan, paling kurang dapatlah membayar gaji-pengasuh (RM400) & pemandu van(RM500). Serta bil api & air (lebih kurang RM350 satu rumah).
Pengasuh baru diperlukan untuk rumah baru ini, manakala pemandu van diperlukan untuk bertugas di ketiga-tiga rumah anak yatim ini.

Sumbangan boleh disampaikan melalui akaun Maybank NORLAILI TALIB untuk Dana Baitul Rabbiatul Adawiyah. Sila SMS (012-3614014) atau EMAIL eksekutifsuri@yahoo.com.my jumlah RM yang dah dibank in.

Wang sumbangan ini akan asingkan terus khas untuk anak2 yatim Baitul Rabbiatul Adawiyah. Sekiranya sumbangan dimasukkan terus ke akaun Baitul Fitrah, SMS Ummu Liza (0122663649) brp jumlahnya supaya dpt diasingkan utk rumah baru.

Dana Baitul Rabbiatul Adawiyah :
NORLAILI TALIB: MAYBANK 564593050270
CIMB 14150011917051
Akaun Baitul Fitrah: MAYBANK 562012001955

Semoga Allah Merahmati & Memberkati Rezeki & Kehidupan kita..amin..

Wassalam

*********************************************************************

April 04, 2008

KOSMO ONLINE: KUALI BERSAMA NORZAILINA NORDIN

TAU FU FAH

Bahan
300 gm kacang soya(direndam)
3 liter air
3 camb tepung jagung
3/4 camt serbuk gypsum
125 ml air mendidih

Bahan sirap gula putih
350gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpulkan

Bahan sirap gula merah
150gm gula merah
50gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara Membuat
Buangkan air rendaman kacang soya dan ramas untuk menanggalkan kulitnya

Kisar dengan separuh bahagian air kemudian tapis menggunakan kain jarang(maslin/kain kasa)

Perah untuk mengambil patinya. Selepas itu kisar semula hampas tersebut dengan baki air dan perah sekali lagi.

Campur air mendidih dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campurkan dengan tepung jagung dan kacau supaya larut dan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam periuk besar.

Jerang air soya sehingga mendidih. Tuangkan cepat-cepat ke dalam bekas berisi campuran gypsum tadi.

Buangkan buih yang timbul di permukaannya. Bungkus penutup bekas dengan kain tebal kemudian tutup bekas kemas-kemas.

Biar selama sejam sehingga menjadi keras. Hidangkan dengan sirap gula putih atau gula merah.

====================================================

KACANG soya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Air soya dan tau fu fah adalah antara produk kacang soya yang menyihatkan. Ia sangat popular dan digemari sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Ia boleh dimakan panas atau sejuk.
Anda boleh memilih air gula atau sirap gula putih. Sirap gula merah boleh dimasak dengan gula merah atau gula Melaka (gula kabung). Setiap kali menggunakan gula merah, anda hendaklah menapisnya supaya dapat mengasingkan kekotoran yang ada. Kadangkala ada juga bahagian gula merah yang tidak hancur walau dibiar mendidih lama.

Perkara paling penting bila hendak membuat tau fu fah adalah memilih kacang soya. Pastikan ia dibeli di kedai yang kerap dikunjungi orang ramai kerana stoknya tentu baru. Jika kulit soya nampak kecut, jangan beli. Kulit soya yang baik mestilah berkilat dan tidak berdebu. Lebih besar kacangnya, lebih banyak isi yang ada.

Sebelum membuat tau fu fah, anda mesti membuat air soya terlebih dulu. Ramai orang mengenali air soya dengan air tauhu. Jika tidak mahu membuat tau fu fah, bolehlah diminum sahaja air itu. Anda juga boleh membuat puding dengan air tauhu dan dimakan bersama buah-buahan dalam tin.

Kacang soya hendaklah direndam selama lima jam. Airnya mestilah digantikan sekerap yang mungkin iaitu setiap satu hingga satu jam setengah. Ini untuk mengelakkan ia menjadi masam. Air tauhu yang masam memang tidak enak diminum. Ia juga tidak tahan lama dan cepat basi.

Kacang soya yang sudah direndam perlu diramas untuk menanggalkan kulitnya. Proses ini memakan masa yang lama dan agak rumit. Setelah mengisar kacang soya, anda perlu menapisnya dengan kain jarang atau kain kasa. Kemudian kisar semula hampasnya dengan air supaya semua patinya terbit. Perah kain itu untuk mengeluarkan semua airnya. Hampas soya boleh dijadikan makanan ayam atau itik.

Salah satu bahan terpenting dalam pembuatan tau fu fah ialah serbuk gypsum atau kalsium sulfat. Ia boleh dibeli di kedai barangan bakeri. Jika membeli di kedai perubatan Cina, anda hanya perlu meminta sek ko fun.

Sewaktu memasak air soya, pastikan apinya sederhana. Hendaklah dikacau selalu kerana bahagian dasarnya mudah hangus. Ia juga mudah meruap atau mendidih sehingga boleh tumpah. Ini akan merosakkan tekstur tau fu fah. Ia juga mungkin berbau hangit dan anda langsung tiada selera untuk memakannya.

Untuk lebih wangi, masak air soya dengan beberapa helai daun pandan yang disiat dan diikat.

Fahami peraturan dengan betul supaya anda tidak membuat kesilapan. Suhu sangat penting apabila membuat tau fu fah. Jika anda biarkan air soya sejuk sebelum menuangkan ke dalam larutan gypsum, tau fu fah tidak akan menjadi. Mutu kacang soya juga menjamin keenakan tau fu fah tersebut. Setelah membuatnya beberapa kali, melalui pengalaman, anda akan tahu jenis soya yang terbaik.

Bila menuangkan air soya ke dalam campuran serbuk gypsum, lakukan dari tempat yang tinggi. Sebagai panduan, letak bekas berisi campuran tersebut di atas lantai. Tuang air soya dari tahap permukaan meja. Jadi, pastikan campuran itu diletak di dalam bekas atau periuk besar supaya tidak tumpah.

Buangkan buih di permukaan air soya tadi sebelum menutupnya kemas-kemas. Penutup mesti dibalut dengan kain atau tuala tebal supaya campuran tau fu fah kekal panas di dalamnya. Dengan cara ini saja ia akan keras.

Gunakan penyenduk khas untuk memotong tau fu fah dan letakkan dalam mangkuk. Kemudian barulah dituangkan sirapnya. Tau fu fah sebaik-baiknya dimakan segera dalam keadaan hangat. Namun begitu ia juga sedap dimakan setelah disimpan seketika di dalam peti sejuk.

Untuk membuat sirap air gula, jerang semua bahan atas api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan biar merenih. Bila agak pekat, barulah diangkat. Buangkan daun pandan. Manakala untuk sirap gula merah, setelah sirap direnihkan sebentar, tapiskan ke dalam jag. Sirap gula merah akan memekat dengan sendirinya bila ia sejuk.


Nota Kaki Chetam: Chetam pernah postkan resepi menbuat tau fu fah ini. Tapi kali ini, kita kongsi pula resepi dari Puan Norzailina Nordin dari akhbar Kosmo hari ini.