Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 25, 2008

SUKA SANGAT LAGU NI....KETULUSAN HATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama tak celoteh.....busy ngan keje di ofis....lain kali yer. Semenjak AF6 start, suka sangat ngan lagu ni.

Enjoy....

Chetam


March 19, 2008

Koleksi Resepi Bonus dari Ita Delights

Kek Lapis Sendora Naga

7 Biji Telur (Gred A)
500 gm Butter
150 gm Susu Pekat
100 gm Horlick
250 gm Gula Kastor
300 gm Tepung Gandum
150 gm Prune (Gunting Halus)
150 gm Bijan (Goreng tanpa minyak)

1. Putar telur dan gula hingga putih
2. Putar butter & susu hingga sebati dan didalam bekas lain.
3. Satukan adunan telur dan butter tadi, dan putar hingga kembang
4. Masukkan Horlick & Tepung. Gaul Sebati
5. Adunan dibahagi kan dua.
i. Masukkan Bijan (Pewarna Hijau)
ii. Masukkan Prune (Pewarna Lemon Yellow)

Kukus Berselang seli warna
Acuan 9"x9"

Kek Lapis Mocca Walnut

500 Gm Butter
* Putar hingga kembang dan gebu

Bahan B
5 Biji Telur (Gred A)
13 Biji Merah Telur (Gred A)
1 smakan Ovalette
350 gm Tepung Pau/Tepung HongKong
1 steh Baking Powder
3 smakan Horlick
60 gm Air
350 Gula Kastor

* Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan putar selama 5 minit.
*Masukkan bahan A kedalam B dan Gaul Rata
* Bahagikan adunan kepada 1/3 dan 2/3

Bahagian C

5 steh Coffee paste
5 steh Nescafe
200 gm Walnut Cincang

* Campurkan coffee paste dan nescafe hingga bercampur. Campurkan ke adunan 1/3
* Grill dua lapisan putih dan satu Mocca. Taburkan walnut cincang dan ulang lagi hingga adunan haibs
* Untuk lapisan terakhir, bakar 10 minit
* Acuan 8"x'8"

Kek Lapis Sweet Sour

22 Biji Kuning Telur
6 Biji Putih Telur
450 gm Butter
200 gm Gula Kastor
130 gm Tepung Gandum
100 gm Halwa Masam Manis-Hiris Halus
4 Sbesar Susu Pekat manis
1 Sbesar Ovalette
1 Steh Pandan Paste+Warna Hijau
1 Steh Orange Paste+Pewarna Orange
50 gm Rainbow Rice

1. Butter, Susu di pukul hingga kembang dan ketepikan dulu.
2. Kuning, putih telur, gula, ovaltte di pukul hingga naik dan kembang lalu dimasukkan tepung, gaul rata.
3. Masukkan adunan butter. Gaul rata lalu bahagikan 2 mangkuk dan beri warna masing-masing.
4. Gunakan tin berukuran 10x7x3" di sapu butter dan alas kertas. Lapis 2 senduk warna hijau lalu taburkan asam manis.
Grill hingga masak lalu lapis pula orange dan taburkan rainbow rice. Buatlah seterusnya berselang seli warna.
5. Lapis penghabisan, bukan oven 200C dan biarkan 5-10 minit.


Kek Lapis Madu Kemayan

Bahan A
10 Biji Putih Telur
200 gm Gula Kastor
200 gm Tepung Gandum
250 gm Butter
200 gm Susu Pekat

1. Putar putih telur & gula sebati hingga kembang, high speed.
2. Buter dan susu gaul sebati sahaja.
3. Satukan kedua-dua adunan dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung. Jangan putar terlalu lama.

Bahan B
10 biji Kuning telur
100 gm Gula Kastor
250 gm Butter
200 gm Horlick
50 gm Tepung biskut marie, biskut marie di blender dan tapis
50 gm Golden Syrup
50 gm Koko Powder

1. Puatar butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan Kuning Telur, Putar Sebati.
3. Masukkan Golden Syrup, koko dan horlick. Gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung biskut marie.

Guna acuan 9"x9"
Kukus selapis selapis hingga habis.


Talam Jagung Beras

Lapisan Bawah
8 oz Tepung Beras
28 oz Santan Cair
2 oz Tepung Ubi
2 oz Gula Pasir
200 gm Jagung Cream
1/2 steh Garam
1 steh Tepung Jagung
sedikit pewarna Kuning

1. Semua bahan di gaul rata lalu ditapis dan masukkan jagung cream.
2. Kacau di atas api hingga naik wap.
3. Tuangkan kedalam loyang 10" yang telah disapu minyak dan di alas plastik dan kukus selama 25 minit.


Lapisan Atas
5 biji Telur (Size kecil)
10 oz Gula Pasir
18 oz Santan Pekat
2 oz Air pandan (5 helai daun pandan di tumbuk halus)
3 oz Tepung Gandum
1/2 steh Garam
1/2 steh Esen vanilla
sedikit pewarna hijau+Lemon Yellow

1. Telur, gula, dikacau rata lalu masukkan tepung, santan, air pandan, garam, warna, vanila dan di tapis.
2. Kacau diatas api hingga naik wap baru dituangkan diatas lapisan bawah.
3. Kukus dengan api perlahan selama 25 minit.


TALAM LAPIS DAGING

Bahan A
3000 ml Santan Cair (1,000 ML Santan Pekat + 2,000 ML Air Paip)
800 gm Tepung Beras
240 gm Tepung Ubi
1,000 ML Santan Pekat (600 ML Santan Pekat + 400 ML Air Paip)
1 Batang serai (Dititik)
1 steh Garam
sedikit serbuk perasa
2 Biji Telur (Gred B)

1. Santan cair, serai, dimasak hingga berwap dan ketepikan.
2. Santan pekat, Tepung beras, tepung ubi, telur di kacau rata dan di tapis
kemudian dicampurkan santan ciar tadi di kacau rata. Masukkan perasa, garam, kacau rata dan kukus adunan ini
di loyang bulat bersaiz 12"
3. Kukus setiap lapis dan taburkan Bahan B (Inti) buatlah sehingga habis.

Bahan B (Inti)
400 gm Daging Kisar
1 cm Halis-Kisar
garam dan serbuk perasa
2 tankai daun sup/bawang
2 steh lada sulah
3 ulas bawang putih-kisar
1 labu bawang merah
3 tangkai lada merah/hijau (Hiris)
5 smakan minyak masak untuk menggoreng

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga kuning, masukkan sedikit air, serbuk lada, garam, perasa dan dimasak
hingga kering dan rata. Lalu diangkat dan sejukkan.


TALAM ABC

Lapisan Bawah
140 gm Tepung Beras
60 gm Tepung GreenPeas
1 cawan Campuran Kacang merah, cendoh, jagung, cincau ***
2 cawan Gula Merah
1100 ML Air

1. Campurkan semua bahan kecuali bahan *** dan dimasak hingga naik wap.
2. Kukus 10 minit.

Lapisan Atas
1/2 cawan Gula Pasir
1/2 steh Garam
70 gm Tepung Beras
50 gm Tepung GreenPeas
1100 ML Santan (500ML Santan Pekat + 600 ML Air)

1. Satukan semua bahan dan kacau hingga naik wap.
2. Keluarkan 1 cawan dan warnakan merah.
3. Baki warnakan hijau, dan curah ketas lapisan merah sepeti marble.
4. Kukus 15 minit.

March 14, 2008

Tawaran Istimewa dari Toko Chetam - Diskaun Sehingga 20%

Kristal bulat 8mm, heart 10mm, Daisy dan Mutiara Kristal Swarovski warna biru muda.
Harga Asal : RM70.00
Harga Selepas Diskaun 20% : RM56.00
Penghantaran : Pos Laju (percuma)

Kristal bicone 8mm, heart 10mm, Daisy dan Mutiara Kristal Swarovski warna pink.
Harga Asal : RM65.00
Harga Selepas Diskaun 20% : RM52.00
Penghantaran : Pos Laju (percuma)


Muka jam dengan jenama CHANEL. Spacer LIPs dihiasi rhinestone warna putih. Kombinasi kristal bicone 6mm - Jet AB dan Black Diamond.
Harga Asal : RM100.00
Harga Selepas Diskaun 20% : RM80.00
Penghantaran : Pos Laju (percuma)

JM06 - Kristal Bicone Jet dan Black Diamond
Harga Asal - RM65.00 (tanpa kos penghantaran)
Harga Selepas Diskaun 20% : RM52.00
Penghantaran : Pos Laju (percuma)

JM05 - Kristal Bicone 6 Light Siam dan Crystal Clear, dihiasi dengan spacer berbatu jernih.
Harga - RM70.00 (tanpa kos penghantaran)
Harga Selepas Diskaun 20% : RM56.00
Penghantaran : Pos Laju (percuma)

March 07, 2008

KOSMO ONLINE - KUALI BERSAMA NORZAILINA NORDIN

Kek cawan

IA comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Ia menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran). Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.

Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins).

Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising. Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.

Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).

Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut.

Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek. Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.

Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya.

Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak.

Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak.

Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul).

KEK CAWAN

Bahan-bahannya (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik } diayak
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila

Hiasan
Aising mentega susu biasa
Aising mentega oren/ungu
Mawar kecil (merah muda)
Parutan coklat

Cara membuatnya
1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.

AISING MENTEGA SUSU
(Cukup untuk menghias kek cawan di atas.)

Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila
Pewarna oren, ungu, merah dll

Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair

Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising, kemudian hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.