Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 15, 2008

Kuih Cara Kaya Chetam

Kuih Cara Kaya Chetam
Sumber: Chetam

Tepung gandum
Sebiji telur ayam
100 gm butter (dicairkan)
Santan secukupnya (jika guna santan kotak, perlu ditambah air)
Sedikit garam
Pencelup kuning
Esen vanila
Kaya

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kaya dalam satu bekas. Santan dan air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit sambil kacau bahan tadi untuk mengelakkannya dari berketul. Adunan jangan terlalu cair nanti lambat masak tapi kulit nya dah hangus.

Panaskan acuan cara atas api. Tuang minyak masak sehingga penuh. Biar hingga minyak panas baru tuangkan minyak dalam bekas tahan panas. Tujuannya ialah supaya kuih cara tak melekat pada acuan. Sediakan sedikit kertas suratkhabar untuk mencalit minyak ke dalam acuan setiap kali kuih cara masak. Tuang adunan dengan senduk, jangan sampai melimpah. Masukkan kaya secukupnya. Tutup acuan cara dengan tutup periuk. Masak dengan api perlahan. Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan tangkup dua.

Nota Kaki Chetam: Chetam belajar buat kuih cara dengan Arwah Mak tapi kuih cara yang original la. Guna daun pandan dan intinya gula kasar. Since tak jumpa pencelup hijau hari ahad lepas, Chetam hentam guna pencelup kuning. Kalau tak nak pakai kaya, boleh pakai miskin...oopss silap......boleh ganti ngan jem. Dulu-dulu masa bujang dan bila bercuti di kampung, Chetam memang suka buat kuih untuk hidangan petang. Arwah Bapak suka sangat sebab bila bangun tidur, dah siap kuih dan kopi panas. Chetam penah buat kuih cara hijau dengan jem Manggis buatan tangan Arwah Mak. SODAP!!!!

January 11, 2008

January 09, 2008

Kek Mentega Keju dari Kuali Bersama Norzailina Nordin

Macam sedap je kek ni....InsyaAllah kalau penyakit "Malas" tak menyerang, teringin jugak nak cuba. Tapi sebelum tu, biar Chetam kongsi resepinya di Teratak Chetam untuk anda cuba dan beri feedbacknya.

Kek Mentega Keju
Kuali bersama Norzailina Nordin (Akhbar KOSMO, Jumaat 4Jan 2008)

170 gm mentega
125 gm krimkeju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna ]
1 1/2 camca teh serbuk penaik]di ayak
2 camca teh vanila
5 biji telur putih
1/8 camca teh krim tartar

Cara
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur. Putar hingga sebati.
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
  5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih
  6. Masukkan krim tartar, pukul lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan yang mula-mula tadi
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis
  8. Ratakan adunanke dalam tin empat segi 22 sm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin
  9. Bakar pada 170C selama 1 jam atau hingga masak.
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

January 08, 2008

Lagi Resepi BuBur Asyura Dari Kak Liza - Sumber Forum Sembang Melayu.com

BUBUR ASYURA

Bahan:

1/2 kilo gm beras, basuh ..rendam kejap dan dikisar halus
1 kg gula pasir ]
1 kg gula merah ] masak dan tapiskan
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu

Cara

1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.
2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terb a b i t lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula �lekang� dari periuk bermakna bubur itu sudah masak.

NOTA:
Bubur ni untuk jumlah yang banyak...kalau nak buat untuk keluarga kecil...just buatlah anggaran kita sendiri...SELAMAT MENCUBA...

BUBUR ASYURA [versi manis ]

bahan

1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

cara
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

BUBUR ASYURA TERENGGANU

bahan-bahannya:
1 kg beras
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
2 btg serai
2 cm halia
5 ulas bawang putih
3 s/b rempah ashura
garam

cara
1. Masukkan beras, kacang, keledek dan daging sehingga lembut dan hancur.
2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Atas Permintaan Kak CT yang berada di perantauan ; Bubur Asyura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SALAM MAAL HIJRAH untuk anda semua. Atas permintaan Kak CT, Chetam paparkan beberapa resepi Bubur Asyura untuk pilihan anda. Resepi-resepi berikut datangnya dari Group Resepinet dan juga Mesra.net.

Dahulu Arwah Emak tak ketinggalan buat Bubur Asyura setiap kali 10 Muharram menjelang tiba. Arwah Emak buat versi yang pekat dan kental macam gambar di bawah ni. Gambar ni Chetam ambil dari FP Kak Liza.....rasanya beliau ambil gambar di pasar minggu kut. Tak pasti pulak. Chetam minta maaf sebab tak dapat nak beri resepi yang Arwah Emak selalu buat sebab tak sempat berguru. Kak Tih kat Tepen yang handal buat Bubur Asyura ni sekarang tetapi setiap kali dia buat, Chetam tak der kat kampung. So tak penah merasa lagi.

Bubur Asyura (versi kuih talam)

Sumber : Rosliza Resepinet

15 kampit tepung beras (15 kg)
2 kg kacang tanah direbus hingga lembut, kemudian dibuang kulitnya
2 kg kacang kuda direbus hingga lembut, kemudian dibuang kulitnya
5 kilo pisang abu cincang
5 kilo ubi keledek - cincang
2 kg kcg merah direbus
2 kg kacang hijau - direbus
11 kilo gula putih
4 kg gula merah
15 kilo santan
jagung (4 atau 5 tin) atau jagung segar
garam

1. Bancuh tpg beras dgn santan. Kepekatannya macam nak buat kuih
kasui. Jika berketul2, tapiskan.
2. Masakkan diatas api sehingga menggelegak, kemudian masukkan ubi
keledek, pisang, semua kekacang tadi, jagung, gula, garam. Kacau le
sehingga pekat dan berkilat.
3. Setelah masak, masukkan dlm acuan.
4. Sejukkan dan dah boleh potong utk hidangan.

Nota Kaki Rosliza:

Ini resipi bubur asyura spt yg dijanjikan. Secara kebetulan emak saya baru lepas menyediakan kuih ni utk surau. So sukatannya byk le..jgn terkejut pulak....pandai2 le convert kalau nak buat utk keluarga je...Inilah yg saya dapat dari mak saya.

Bubur Asyura Kekacang

Sumber : Syam Resepinet

Bahan A

Segala jenis kekacang (bijirin)(suka hati nak campur kacang apa, kacang hijau ke, kacang merah ke, kacang soya ke, barli ke..)

Barli

Ubi keledek dipotong dadu

Semua ini direbus setengah masak dan ditoskan airnya.

Bahan B

Santan agak-agak kecairannya

Gula merah/melaka

Gula

Garam

Daun Pandan

Cara membuatnya

Campur santan, garam sedikit, gula merah dan daun pandan, masakkan sebentar (biar tahan basi) kemudian masukkan segala kacang, barli, keledek yg direbus tadi. Rasa kemanisan, kalau tak cukup tambah gula, didihkan seketika, tapi kacau perlahan-lahan ye sbb nanti kekacang tu pecah-pecah... Siap untuk dimakan....

Nota Kaki Sham: Bubur ni macam pengat pisang tp diganti ngan kekacang...tak perlu pekatkan dgn sagu biji atau tepung jagung sbb kekacang tu nanti serap....


BUBUR "ASYURA PENANG

Sumber : Mariam Kassim Resepinet

300 gm. kacang tanah

300 gm. kacang merah

300 gm sagu kecil

300 gm. kacang hijau

3 ketul ubi keledek merah

6 batang jagung mentah / 1 tin jagung

1 ikat pisang raja yang masak

4 helai daun pandan

300 gm.biji gandum(gandum untuk dibuat bubur)

100 gm gula merah / gula kabung

200 gm. gula putih

500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)

Garam secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA:

1. Kesemua kekacang tadi direbus hingga enpuk, dan asingkan.

2. Jagung mentah diambil isinya dan dibuang batangnya (jika gunakan jagung mentah),Jika gunakan jagung tin, tuangkan terus.

3. Gandum direbus hingga kembang. Keledek pula dipotong dadu, asingkan.

4..Sagu dibersihkan dan ditoskan, asingkan.

5. Pisang raja dikupas dan dipotong bulat bulat, asingkan.

6. Masak air dan gula (boleh dikurangkan gulanya jika mahu kurangkan manis). Masukkan daun pandan. Setelah hancur gulanya, masukkan pula kekacang. Gandum, jagung mentah dan kacau lah hingga sebati. Masukkan pula keledek dan santan ditambah dengan air secukupnya, kacau dan masukkan pula sagu dan pisang juga garam secukup rasa, kemudian kacau dan biarkan ia mendidih.

7. Setelah empuk ubinya kecilkan api, buat seketika dan angkat lah untuk dihidangkan sempena awal muharam.

Nota Kaki Mariam: Selamat mencuba!! Inilah original bubur 'ashura!! Kebiasaan dibuat orang lain, bingka(bengkang) 'ashura kerana ia keras. Tapi 'ashura penang,cair, seperti bubur bubur lain.

Bubur Asyura

Kiriman: Asmiza Jaffar Mesra.net
Sumber: turun temurun
Bahan-Bahan:

1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara:

  1. Masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.

  2. Masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang

  3. Masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi.

  4. Masukkan gula melaka dan gula

  5. Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat

  6. Sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.