Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 26, 2007

Ganasnya Chenul bawa keter......

Raya Haji lepas balik Tepen......sempat bawa Chenul ke Giant Taiping yang baru dibuka bulan lepas. Tak sangka Chenul pandai bawa keter. Umi pun tak der lesen....hehehehe...

Keje Chenul memotong je keter lain. Memang laju Chenul drive. Teruja tengok.

Chenul cuba potong sepupu - Man dan Biha

Puas hati bila dah potong keter lain...hehehehe.

Tengok muka Chenul.....dok tengah korner baring.....Biha dok senyum simpul

Korner lagi.....

Nasi Lemak Sambal Tumis Ikan Sardin Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Teringin pulak nak makan nasi lemak buatan tangan sendiri. Setiap hari sabtu dan ahad, selalu ajak Buya pegi makan nasi lemak tapi tak kesampaian. Bila tunggu Buya siap, tengok jam dah tengahari. So krismas semalam, Chetam buat sendiri.
Di samping nasi lemak dan sambal ikan sardin, Chetam juga hiaskan dengan ikan bilis goreng (best...kriuk..kriuk....Buya suka sangat), ayam goreng kunyit tak cukup, telur dadar dan kentang goreng.

Nasi Lemak Sambal Sardin Chetam
Sumber : Chetam

Nasi Lemak
Santan dalam pek plastik
Air secukupnya
Beras
Daun Pandan
Garam
Halia
Bawang merah

Basuh beras, tambah santan segera dan air secukupnya. Masukkan daun pandan yang sudah dibasuh, dikoyak dan diikat. Masukkan bawang merah yang telah dihiris dan halia yang diketuk. Tambah garam secukup rasa. Masak guna periuk letrik.

Sambal Tumis Ikan Sardin
1 tin ikan sardin (Chetam guna jenama Marina)
Cili boh
sedikit belacan
Ubi kentang yang dah digoreng (potong style wedges)
Sedikit air
Minyak masak
Sedikit garam dan gula

Panaskan minyak dalam kuali. Tambah cili boh dan belacan. Tekan belacan dengan sudip supaya hancur. Tambah sedikit air. Biar hingga naik minyak.

Masukkan kuah sardin dari tin, biarkan sekejap. Tuangkan ikan sardin dan gaul perlahan. Masukkan gula dan garam secukupnya. Bila dah siap, masukkan kentang yang telah digoreng.

Nota Kaki Chetam : Sepatutnya buat sambal tumis kena masukkan air asam jawa atau asam keping tapi Chetam tak buat begitu. Buya sensitif bila bab asam ni. Buya tak suka. Belacan pun Chetam tambah sikit jer.

December 14, 2007

Berita Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam minta maaf sebab tak dapat nak mengemaskini Teratak Chetam sekerap sebelum ini. Chetam buat masa ni keje di projek ofis so jarang dapat mengakses internet untuk sapu sampah kat teratak chetam ni.

Anda masih lagi boleh tinggalkan mesej di Jom Sembang atau email chetam1@gmail.com. Kalau nak order apa-apa dari Toko Chetam, sila sms 014-6618250.

Sebelum tu, Chetam ambik kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada anda semua yang beragama Islam. InsyaAllah, Chetam akan balik ke Tepen malam raya ngn ngan keretapi. Kalau anda pun balik beraya atau singgah di sekitar kawasan Changkat Jering atau Pekan Simpang, jangan segan silu singgah ke Teratak Famili Chetam.

Salam Manis dari Chetam

December 07, 2007

Gelang Tangan Fesyen Terkini - 3 pilihan warna




Kuih Siput

Kuih Siput
Sumber : Kuali Bersama Norzailina Nordin, Kosmo 7/12/2007

600gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
160gm marjerin
20gm lemak sayuran
1 biji telur
200 - 220 ml air
Minyak masak

Cara
1. Ayak tepung bersama garam
2. Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung
3. Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit air
4. Uli menjadi doh yang lembut
5. Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis
6. Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput
7. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan
8. Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara

Kuih Siput
Sumber : Sifu Suria Rnet
Dimodified oleh : Sifu Anis Rnet (yang kaler biru)

Kuih siput
1 cmt tepung beras
3 cups tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cmt baking powder
1 cmt serbuk cili
1 cmt serbuk jintan manis
1 cmt serbuk jintan putih
1/4 kiub pati ikan bilis (saya guna jenama maggi)
8 ulas bawang merah + 10 helai daun kari= blend
1 cmt garam
1/4 cup air - ikut sesuaii

Gaul semua bahan dan uli
Terap atas acuan kuih siput, pas tu goreng

December 06, 2007

IKLAN : Produk dari Kristal dan Mutiara Swarovski

Jam Kristal Spacer LIPs dan Rantai Tangan Flower

Ready stock. Jika berminat sila email chetam1@gmail.com atau sms 014-6618250. Anda juga boleh membuat tempahan untuk warna kegemaran anda.



Muka jam dan spacer LIPs dihiasi rhinestone warna hijau. Kombinasi kristal bulat 6mm - Crystal AB dan Peridot.
Harga : RM120.00



Muka jam dengan jenama CHANEL. Spacer LIPs dihiasi rhinestone warna putih. Kombinasi kristal bicone 6mm - Jet AB dan Black Diamond.
Harga : RM100.00


Rantai tangan Flower.
Kombinasi kristal bicone 8mm dan 4mm warna Ruby, kristal UFO warna putih, bola emas 14K. Diikat dengan dawai 14K.
Harga : RM85.00


Gabungan Kristal Swarovski dan Mutiara Kristal Swarovski


Kombinasi Kristal AB warna hitam 8mm dan Mutiara Kristal warna putih 8mm

Kombinasi Kristal AB warna putih 8mm dan Mutiara Kristal warna hitam 8mm

Kombinasi Kristal AB warna merah 8mm dan Mutiara Kristal warna putih 8mm

December 05, 2007

Kelas Mengaji Dengan Buya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekiranya anda berada di kawasan Kajang seperti Bandar Teknologi Kajang, Kajang Prima, Taman Jasmin, Taman Maju, Taman Asa Jaya, Bukit Mewah dan memerlukan Guru Agama untuk anak-anak anda, boleh minta Buya tolong ajarkan.

Kelas mengaji sebanyak 2 kali seminggu boleh diadakan di rumah anda. Kelas mengaji 1 jam untuk seorang anak atau anda boleh kumpul 5 orang anak untuk kelas selama 2 jam.

Sila email chetam1@gmail.com sekiranya anda berminat.
Chenul tengah belajar Iqra' dengan Buya. Chenul baru umur 3 tahun ++ dan sekarang dah masuk Iqra' 2. Itupun selepas bercuti balik Medan selama sebulan lebih, Chenul kena turun semula ke Iqra' 1. Sekarang dah naik semula ke Iqra' 2.

Atas Permintaan - Pandan Layer Cake

Minta maaf sebab bahasa orang susah. InsyaAllah, Chetam akan cuba dapatkan satu lagi resepi dari majalah.

Resepi dari Mas Rnet
Gambar dari Arlina Rnet

PANDAN LAYER CAKE
Chiffon Cake

A/
4 yolks
70gm caster sugar
¼ tsp salt
80 gm oil
115gm pandan juice

B/
150gm superfine flour
1tsp baking powder

C/
4 egg whites
60gm caster sugar
1tsp cream of tartar

D/Custard
1050gm santan cair
225gm caster sugar
75ml pandan juice/extract
3/4tsp pandan essence
90gm green hoen kwoe
1 1/2 Tb agar2 powder

E/
Dessicated coconut

Method

1. Preheat oven 180C.
2. Beat A by using hand whisk until sugar dissolve.
3. Add in sifted B, stir until combined.
4. Beat egg whites and cream of tartar until foamy, add in caster sugar and continue to beat until stiff (meringue).
5. Fold C into AB mixture in 3 batches (3 times) using hand whisk, each time stir SLOWLY.
6. Pour into a lined 10 x 10 inch tin.
7. Baked for around 45-50 minutes or until top is brown. Once baked, straight away invert tin on to wire rack and let it cool for 1 hour.
8. After 1 hour, turnover, remove from tin and rid off crust or skin from top of cake.
9. Slice into 4 layers. Put aside and prepare for custard.

Custard
10. Combine D in a non stick wok or saucepan.
11. Cook under low flame, stir constantly until thicken and bubble appeared. Off flame.

Assembling
12. Use back the tin. Pour around 1 ½ cup of custard into tin and level it out. Let it set a little while (not too long)
13. Take a layer of cake and lay it on the custard. Pour custard onto the cake and make sure to fill the gap at the sides. (In the case where there is too little gap in between cake and tin, cut off the sides beforehand)
14. Repeat same for next layer and the last layer will be the cake layer. NEVER POUR CUSTARD on top of the layer as that will be the base of the cake.
15. Cover the top with cling wrap or aluminum foil and chill cake for 3-4 hours but overnight better.
16. Once chilled, use knife to loosen custard at the sides (please be careful you might cut the custard),
17. Turn the cake over gently on to a board and sprinkle with dessicated coconut on top and to the sides of the cake and voila, it’s ready to be eaten….

Note: Can use sponge cake instead of chiffon