Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 29, 2007

Katalog Baru di Toko Chetam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cadar pengantin, cadar biasa, telekung, perhiasan wanita dan lain-lain barangan, silalah berkenjung ke Toko Chetam. Chetam baru updatekan dengan katalog-katalog yang berwarna warni. Terdapat juga promosi untuk cadar di mana beli 1 cadar dapat percuma lagi 1 cadar atau beli 1 cadar dan dapat percuma 1 comforter.

Terdapat juga koleksi Telekung yang cantik dan berwarna warni khas untuk anak-anak dan wanita dewasa. Ada juga koleksi brooch yang murah-murah serta lain-lain perhiasan diri. Katalog akan ditambah sedikit demi sedikit. Jika berminat untuk melihat katalog ini, sila klik gambar koleksi-koleksi di bawah. Anda boleh juga klik gambar-gambar dalam katalog untuk melihat imej yang lebih besar. Harga barangan terdapat di dalam katalog.

Jika berminat, sila email chetam1@gmail.com

Koleksi Cadar Pengantin
Koleksi Cadar Pengantin

Set Koleksi Cadar Promosi
Set Koleksi Cadar Promosi

Koleksi Alas Peti Ais, Sarung Bakul Sampah dan Saprah
Koleksi Alas Peti Ais, Sarung Bakul Sampah dan Saprah

Koleksi Alas Meja Bulat, Sarung Kusyen dan Langsir
Koleksi Alas Meja Bulat, Sarung Kusyen dan Langsir

Koleksi Telekung
Koleksi Telekung

Koleksi Brooch
Koleksi Brooch

Koleksi Rantai Leher
Koleksi Rantai Leher

November 28, 2007

BERAYA DI MEDAN 2007 - Part 2

Chetam sambung yer.....Raya ke 4, Chetam, Buya, Chenul, Ayah Mertua dan adik2 ipar serta biras ke Sialang Buah untuk melawat anak angkat Ayah di samping tu nak mandi manda di pantai. Dalam kepala Chetam dok ingat pantai ni macam Port Dickson. Rupernya tak. Lebih merupakan perkampungan nelayan. Anak angkat ayah, iaitu Bang Udin yang baju merah di bawah ni merupakan seorang nelayan. Dia yang jadi guide hari tu.

Ayah sebenarnya tak berapa sihat. Jalan kena berpimpin tapi bersemangat nak jumpa Bang Udin.

Tempat sampan berlabuh.

Ramai-ramai punggah barang. Nak kena naik sampan ke lokasi perkelahan kerana jambatan putus.

4 orang pimpin Ayah untuk masuk dalam sampan. Sampan putih khas untuk kami sekeluarga. Free wei......sebab advantage ada guide.

Adik Ipar, Amri dan anak beliau, Suhaila di bahagian depan sampan.

Yang pegang hailer tu dok kawal trafik. Bukan lapangan terbang ajer ada pengawal trafik. Sebenarnya banyak sampan dan perahu yang dok masuk ke jeti yang sempit untuk ambil penumpang.

Sebenarnya, kawasan putih di belakang tu la tempat berkelah. Sebenarnya jarak dekat sesangat tetapi terpaksa gunakan sampan untuk menyeberang setelah jambatan rosak. At least nelayan dapat mata pencarian tambahan.

Bang Udin yang arrange makan seafood ni. Fresh dari nelayan yang baru balik dari laut. Ada ikan besar yang diberi oleh Bang Udin yang merupakan hasil tangkapan hari-hari sebelumnya. Dalam talam adalah campuran kerang dan kepah.

Dalam pinggan tu udang mantis.....udang yang macam ulat bulu tu...hehehehe. Sambal dalam piring kecil tu memang mengancam. Selain tu ikan bakar juga ketam rebus. Ketam atau kepiting fresh sebanyak 4 kilo cuma berharga RP75000. Memang puas hati makan ketam.

Ayah sedang menikmati hidangan tengahari di samping Adi, adik ipar yang paling bongsu. Bang Udin melayan Ayah makan. Siap dikopeknya isi ketam dan disuapkan ke mulut Ayah. Bang Udin rasa terharu sebab Ayah sudi datang melawat beliau.

Sesi makan lagi.....Amri pulak isi perut selepas puas mandi di laut.

Budi dan anak-anak sedang mandi. Air tak cantik. Chetam pun tak pi mandi.

Sedang bersiap nak naik sampan...dah senja. Di belakang tu la jambatan yang rosak tu. Masa Chetam nak naik sampan, kedua-dua tangan Chetam dipegang oleh Adi dan anak Bang Udin. Chetam rasa segan la pulak so Chetam cakap...."Relax....relax la....". So depa berdua terus lepaskan tangan Chetam. Chetam panjat masuk sampan dan terus meluncur ke lantai sampan....heheheh......silap Chetam sebab pakai sandal yang licin. Walaupun meluncur jatuh, tak rasa sakit pun. Macam naik gelongsor jer...hehehehe


Adik-adik ipar Chetam iaitu Lilah, Lidah dan Runi. Chenul terselit di tengah-tengah.


Dah sampai jeti. Siap-siap untuk turun.

Traffic controller masih setia ngan hailer beliau.

November 27, 2007

Minum Petang Paling Sempoi



Sempoi tapi menyelerakan.

Roti Paratha jenama Karts memang sedap. Makan ngan susu pekat jer.

Milo pulak dapat idea bila tengok Channel 703 - AFC. Lupa nama rancangan tapi dari Singapore. Ada restoren mamak yang menyediakan sampai 15 jenis minuman MILO. Salah satu macam yang Chetam buat tu.

MILO MAMAK AFC

Air Milo
Ais Batu
Serbuk Milo
Ais Krim

Bubuh ais batu dalam minuman Milo. Letak ais krim vanila di atas sekali. Taburkan serbuk Milo. Dah siap.....memang UUMPH!!!

Macam Mana Nak Cari Resepi kat Teratak Chetam?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang tidak tahu macam mana nak cari resepi-resepi yang pernah Chetam postkan di Teratak Chetam. Sonang jer. Chetam tak payah tambah enjin pencarian sebab Blogger memang dah sediakan kemudahan ini. Selalu Chetam tulis di ruangan Jom Sembang......sila guna Search function di atas sekali. Kalau anda masih tercari-cari mana search yang Chetam cakap ni, sila rujuk gambar-gambar di atas.

Search function ni terletak di bahagian atas sekali page Teratak Chetam ni. Anda cuma perlu masukkan keywords atau nama resepi yang anda inginikan dan klik butang "Search Blog". Jika carian anda berjaya, resepi tersebut akan dilistkan di dalam page berikutnya. Carian hanya akan dilakukan di dalam blog Teratak Chetam sahaja.

Sebagai contoh, Chetam nak cari Kek Kukus Badariah. Selepas Chetam klik butang "Search Blog", semua posting terdahulu yang mengandungi perkataan Kek Kukus Badariah akan dipamerkan. MUDAH KAN!

Chetam

November 23, 2007

SOTONG OH SOTONG!

Sotong Garing
Sumbangan : Tinjau Lihat dr OnTheMenus

Bahan
4 ekor sotong dibersihkan dan potong bulat tebal
2 keping roti bakar dan kisar jadi sebuk
4 sudu besar tepung jagung
2 biji telur dipukul dgn. garam & lada sulah
minyak untuk menggoreng
Taburkan tepung jagung ke atas sotong dan ratakan.
Golekkan ke dalam telur dan ke dalam serbuk roti
Panaskan minyak dan goreng sotong hingga garing & toskan. Hias dan hidang.

SOTONG GORENG BETAWI
Sumber: Siti Latifah Yusop
Sumbangan: Diana

Bahan A
1 kg sotong
1/2 kg daging cincang
2 biji bawang besar, dipotong dadu dan digoreng
1/2 tin kacang peas
1 batang lobak, dipotong dadu
2 biji kentang, dipotong dadu
1 sudu teh rempah ketumbar jintan
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada serbuk
garam secukup rasa
(bahan dibawah dikisar halus)
10 batang lada kering
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit belacan

Bahan B - Sambalnya
2 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji tomato, dibelah 4
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi
(bahan dibawah dikisar halus)
10 batang lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 sudu teh kunyit serbuk

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak, tumis rempah kisar hingga wangi. Masukkan daging, lada serbuk, kunyit, rempah ketumbar jintan dan garam. Bila sudah masak masukkan bawang dan kentang. Sejukkan dan sumbat dalam sotong, jahit dan goreng.

Cara untuk Bahan B
Panaskan minyak, tumis rempah kisar sehingga wangi. Masukkan tomato sos, cili sos, cuka atau air limau kasturi, bawang dan tomato. Kemudian masukkan garam. Gaul rata. Tuangkan sambal keatas sotong bila menghidang.

SOTONG GORENG PEDAS
Sumbangan : Ariza dr OnTheMenus

Bahan-bahan:-
600gm sotong segar (dibersihkan dan dipotong gegelang atau kepingan)
2 camca besar minyak masak
2 biji bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah dicincang
2 pucuk daun bawang dihiris halus
3 camca teh Sos Malaysian Stir-Fry Chef Wan
Sedikit serbuk lada hitam
1 pucuk daun ketumbar dihiris halus
Rebus sotong didalam air panas sehinggs separuh masak. Kemudian sejat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili merah, daun bawang, sotong dan Sos Malaysian Stir-Fry Chef Wan dan goreng 2 hingga 3 minit.
Bubuh sedikit serbuk lada hitam dan daun ketumbar yang dihiris tadi. Gaul rata-rata sehingga sebati dan tutup api.
Hidangkan panas-panas bersama nasi.

SOTONG GORENG THAI
Sumber: Chef Tan, Sakura Restaurant
Sumbangan: Diana

Bahan-Bahan
200g Sotong
150g Serbuk roti
1 biji Telur
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil Minyak bijan
5 sudu besar Tepung jagung
Secukup rasa Gula merah
Secukup rasa Garam
30g Tepung naik sendiri
15g Tepung custard
700ml Minyak
1 sudu kecil Serbuk lada putih

1. Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dicuci dan ditos.
2. Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata dan golekkan dalam serbuk roti. Goreng hingga sebati.

SOTONG GORENG TOMYAM
Sumbangan: Kak Liza

Bahan-bahannya
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Sotong Pesemol
Sumbangan : Audah dr OnTheMenus

Bahan-bahan
1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cilimerah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua
2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin:)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas
1 helai daun kunyit dihiris nipis
2 camca kecil Gula Jawa
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya:)
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan
bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.
2. Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat.
3. Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit.
Sajikan.

SOTONG RANGGUP MADU
Sumbangan: Diana

Bahan Bahan A (Ditumbuk):
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1½ cm halia
4 cm akar ketumbar

Bahan-bahan B:
1 sudu besar serbuk ketumbar
¼ sudu kecil garam
¾ sudu kecil serbuk ikan bilis
¼ sudu kecil gula
1 biji telur - diambil putih sahaja, dipukul sedikit

Bahan-bahan lain:
1½ sudu kecil bawang putih tumbuk
10 biji cili padi - dihiris
Bahan-Bahan Saduran:
120 gm tepung beras
120 gm tepung ubi

Bahan-Bahan Sos Madu:
5 sudu besar gula maltose }
2½ besar madu } masak
2 besar sos tiram } sehingga
½ kecil minyak bijan } sebati
1 sudu besar air }

Bahan-Bahan Hiasan
Daun bawang
Daun ketumbar
Cili merah
Lobak merah

Cara Memasak:
1. Sotong dipotong bulat setebal 3 mm, toskan airnya.
2. Gaulkan sotong bersama bahan A dan B, perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak. Sadurkan sotong dengan campuran tepung hingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain.
4. Goreng sotong sehingga kekuningan dan keluarkan.
5. Tinggalkan 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih sampai wangi. Masukkan cili padi. Gorengkan sebentar. Masukkan gula 6 sudu besar sos madu. Kacau hingga sebati. Masukkan sotong dan gaulkan sekali hingga sebati. Keluarkan
6. Hiaskan dan hidang panas panas.

November 19, 2007

BERAYA DI MEDAN 2007 - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak citer serba sedikit tentang sambutan hari raya di Medan tahun 2007 ni. Mula-mula kita tengok juadah di pagi raya. Masa raya ni, Arwah Ibu Mertua sedang sakit dan terlantar dalam bilik. So juadah raya ada yang adik ipar masak sendiri dan ada yang ditempah.

Ni serunding kelapa yang adik ipar masak. Sedap sangat. Ada cebisan daging di dalamnya.

Ni pula lontong yang ditempah. Dibungkus dalam daun pisang jer.

Sambal taucu udang agaknya ni. Memang selalu lauk ni dimasak.

Sambal tumis ikan bilis ngan kacang. Kalau tak silap ada hirisan tempe.

Sambal kacang. Kacang dimesin halus. Sedap dan pedas.

Pisang salai dari Acheh dibawa oleh abang ipar.

Tapai pulut hitam. Memang manis.

Biskut Tat. Sebenarnya banyak lagi biskut tapi cuma ambil gambar tat jer.

Sesi bermaafan dalam bilik tidur Ayah. Arwah Ibu Mertua sedang duduk dikatil dibelakang Ayah. Buya menang dalam pertandingan menangis.....hehehehe.....tersenyum Chetam tengok sesi ni.

Chenul terpaksa diangkat untuk bersalam ngan Atuk. Chenul malu-malu kucing pulak bila disuruh bersalam.

Dalam perjalanan ke Sidebuk-Debuk. Accident tepi jalan. Sebenarnya dalam semak tu ada sebuah lagi van yang remuk.

Sempat singgah makan jagung di tepi jalan yang berbukit-bukit.

Buya dan Chenul beli jagung bakar.

Buya dan adik-adik, Lidah dan Lilah.

Ini pulak adik ipar dan anak-anak sedara. Tengah menikmati mee dalam cawan. Cuaca memang sejuk sampai keluar wap dari mulut.

Rupernya Sidebuk-debuk ni sebenarnya di kaki gunung berapi. Ada banyak kolam air belerang di sini. Punya la penuh kolam-ni semua. Setiap kolam ada tahap kepanasan yang berbeza.

Tak tahu apa ni tapi kecik jer kolam ni. Sebesar telaga tapi cetek. Rasanya air kolam ni gerenti panas sebab tak der orang berani celup kaki...hehehe

Air kolam warna putih. Kolam ni tak panas sebab tu anak-anak kecil boleh mandi.

Ini gambar gunung berapi. Berasap jer.