Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 30, 2007

Hidangan Raya dari Baya - Biskut Dahlia

Biskut Dahlia.

11/2 cawan butter.
1 cawan gula( kalau tak suka manis kurangkan skit)
1biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1 1/2 cawan tepung kastard.

Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh yg boleh diterap. Guna acuan samprit yg berbentuk bunga. Bakat 350f selama 15-17 minute...

Hidangan Raya dari Baya - Apricot Sesame Cookies

Apricot Sesame Cookies

1 cawan butter dilembutkan
1/2 cawan gula
1tsp vanilla asen
2 cawan tepung
1/2 tsp garam
7 tabsp sesame seeds.( baya goreng sekejap)
6 tabsp apricot jam

Campurkan butter dan gula, beat in almond ext.
Masukkan tepung dan garam, gradually add to creamed mixture.
Roll into 1 inc balls,then roll in sesame seeds.
Make an indentation in the center of each ball.Fill with jam.
Bake at 400F for 15 mins. or until lightly browned.

Hidangan Raya dari Baya - Pavlova Kak Roy

PAVLOVA (Austria)

7 telur putih (room temp.)
3/4 cup gula biasa.
2/4 cup gula icing.
2 sudu teh corn starch.
2 drops white vinegar( hanya 2 -4 titik sahaja bukan banyak )
secubit garam.

Cara-cara
Pukul telur sampai kembang (high speed), next masukkan bahan-bahan berikutnya. Pastikan gula betul2 hancur dan sebati. Spray tempat pembakar. Bakar Oven 320o temp selama 1 jam. 175o untuk selama 1/2hr. Jangan buka sampai dah siap. Kalau nak rangup biarkan dalam
oven sampai sejuk.

Atasnya: 2 pek cool whipped cream (kalau rajin buatlah whipped cream sendiri kalau tak beli saja) -nak cantik lagi atasnya .... kiwi, strawberry, blueberry and peaches. Tak ada fresh dalam tin. O.Klah..... pastikan toskan dulu airnya keringkan atas kitchen towel....... kalau berair tak cantik.

Selamat mencuba.

Nota Kaki dari Baya:
Bekas kena betul betul bersih dari grease, dan tak boleh lansung bercampur dengan air or kuning telor walaupun setitik, jika bercampur takkan jadi base meringue nie.. dan masa membakar jangan dibuka langsung oven.

Gulai Terung dengan Kerang Kak Tih

Chetam balik beraya di Tepen weekend lepas. Kak Tih masakkan Gulai Terung dengan Kerang sebab dia tahu adik bongsu dia ni hantu gulai dan juga hantu terung.....hehehehe.....Kerang disauk sendiri oleh suami Kak Tih di Kuala Gula. Satu periuk besar. Ramai-ramai Kak Tih, Kak Ti, Mak Mertua Kak Tih dan Chetam gotong royong kopek kerak yang dah dicelur air panas. Chetam dah lama tak masak gulai sebab Buya tak boleh bau langsung gulai ni.

Masih dalam kuali.

Gulai Terung dengan Kerang Kak Tih

Terung Bulat - Belah 4
Isi Kerang - dibersihkan
Bawang merah ]
Bawang putih ] dihiris halus
Rempah Kari Ikan - 5 hingga 6 sudu besar
Halba campur
Garam secukup rasa
Perasa - Pak Aji naik motor
Santan
Air
Daun Kari Pole
Air asam jawa
2 biji cabai merah

Cara
Panaskan kuali. Masukkan minyak.
Bila panas, masukkan bawang merah dan putih yang dah dihiris.
Masukkan sedikit halba campur dan daun kari. Goreng hingga naik bau.
Masukkan sedikit air dan campurkan rempah kari. Kacau hingga naik minyak. Tutup kuali.
Dah naik minyak, tambah air asam jawa. Tumis lagi hingga naik bau.
Masukkan terung bulat dan tutup kuali supaya terung cepat empuk.
Masukkan kerang dan santan. Bubuh garam secukup rasa dan juga sedikit Pak Haji.
Masukkan cabai merah. Perlahankan api dan biar hingga naik minyak.
Boleh makan ngan nasi putih panas.

Nota Kaki Kak Tih:
- Untuk gulai kerang, perlu lebihkan rempah karinya.
- Gulai akan bertambah sedap dan umph selepas 2 hari.....tapi kena peragat la

October 29, 2007

Kek Keju Versi Chetam

Kek keju ni diadaptasi dari resepi yang pernah diberikan oleh Mama Roz. Kek Keju versi Mama Roz guna biskut sebagai base atau dasar tapi Chetam guna sponge cake yang dibeli dari Tesco Tepeng. Sebiji kek sepan perasa oren dan sebiji lagi perasa coklat.

Kak Ti ngan Kak Tih suka yang perasa Oren dengan buah Pic. Makan sampai tak hingat dunia.....hehehehe....bebudak pulak suka yang perasa coklat tu tapi sebenarnya depa lebih teruja ngan biskut Cream-o tu sebenarnya.

Kek Keju Versi Chetam

Kek Sepan

I
nti (Filling)
a)
2 biji kuning telur
150 gram gula
160 gram susu
Masak gunakan cara double boiler

b)
2 1/2 sudu besar gelatin dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih

c)
250 gram krim keju
250 gram double krim - pukul sedikit

d)
1/2 sude besar jus lemon

Cara membuatnya
Campurkan serbuk biskut hancur dengan mentega cair dan bentukkan di dalam acuan bulan 9" (loose base) - sejukkan
Pukul krim keju sehingga licin, masukkan a, b, d dan double krim.
Tuangkan ke dalam biskut hancur yang sudah dibentuk dan sejukkan selama 2- 3 jam


Kek Keju Perisa Oren
Chetam tambah buah pic dalam tin yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam adunan filing . Bahagian atas di hias dengan susunan potongan buah pin.

Kek Keju Perisa Coklat
Chetam masukkan biskut Cream-O yang dipotong 4 ke dalam adunan filling.

Kek Lapis India - Sumber Kak Deeyanas Rnet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kek Lapis India ni merupakan salah satu dari resepi Kek Lapis Sarawak yang tengah heboh di Rnet. Resepi disumbangkan oleh Kak Deeyanas (orang Sarawak - tokeh kek lapis) semenjak tahun lepas tapi cuma menjadi sebutan apabila Kak Rodziah mencuba resepi ini dan menayangkan gambarnya minggu lepas. Satu Rnet kecoh dan teruja ngan gambar yang ditayangkan termasuklah Chetam...hehehehe

Chetam cuba kek ni di Tepen semalam (hari ahad). Kek kureng menjadi kerana bahagian tengah sedikit lembik tapi rasanya memang sedap. Penimbang kakak Chetam dah rosak so Chetam hentam jer bahan-bahan yang perlu timbangan.

Versi Chetam - Kek lembik di bahagian tengah tapi sedap giler.

Versi Kak Rodziah Rnet - Cantik giler

Kek Lapis India
Sumber : Kak Deeyanas Rnet
Gambar Yang tak Jadi : Chetam
Gambar Kek yang Cun : Kak Rodziah Rnet

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi) - Chetam ganti ngan nestum untuk famili (dikisar halus)
300 gm gula - Chetam blend halus
100 gm tepung biskut marie - Hancurkan biskut marie ngan blender baru ditimbang

1 peket santan serbuk (50gm) -optional
397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya - perasa strawberry yoghurt

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Nota Kaki Kak Deeyanas:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi.
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop

October 24, 2007

AL FATIHAH BUAT DI ATAS PEMERGIAN IBU MERTUA DI KOTA MEDAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Genap setahun selepas Arwah Bapak meninggal dunia, Ibu Mertua pula meninggalkan dunia yang fana' ini pada petang Isnin, 22 Oktober 2007 bersamaan 10 Syawal 1428H. Arwah Ibu Mertua merupakan ibu tiri Buya. Walaupun ibu tiri, Arwah telah menjaga Buya semenjak Buya kecil lagi. Kalau Buya balik kampung, Arwah Ibu akan menyediakan masakan kegemaran Buya ialah Gulai Lemak Kentang.

Sepanjang bulan puasa, Arwah tidak sihat dan dimasukkan ke rumah sakit kerana sakit buah pinggang. Buah pinggang di sebelah kiri telah mengecut sementara yang di sebelah kanan terdapat batu karang. Dua hari sebelum raya, Arwah telah dibenarkan keluar dari rumah sakit. Semasa Chetam sampai ke rumah, hari Jumaat 12 Okt 2007, Chetam sempat berikan rantai tangan kristal untuk Arwah. Arwah telah memakai rantai tangan tersebut di Hari Raya. Tetapi Arwah amat lemah dan hanya berbaring di kamar sehingga hari Khamis lepas apabila sekali lagi dimasukkan ke rumah sakit. Chetam, Buya dan Chenul kembali ke Malaysia pada hari Jumaat sebelah malam.

Pagi tadi, Buya dan Chenul sekali lagi terbang meninggalkan Chetam untuk pulang ke Kota Medan. Ayah dan Adik-adik Buya amat memerlukan kehadiran beliau. Semalam, sepanjang hari kami mencari tiket tapi semuanya habis. Kalau Buya dapat tiket pukul 1 petang semalam, sudah pasti Buya sempat menziarahi jenazah Arwah Ibu tapi nak buat macam mana.

Salam Takziah buat adik-adik ipar. Semoga tabah menghadapi dugaan yang maha besar ini.

Semoga Arwah Ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan di samping orang-orang yang beriman dan beramal.

Al Fatihah.

Chetam
24 Oktober 2007

October 11, 2007

SALAM LEBARAN DARI CHETAM SEKELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam ambil kesempatan ini untuk menyusun jari sepuluh momohon maaf sekiranya selama Chetam bersiaran dari Teratak Chetam, ada kesilapan atau kesalahan yang telah Chetam lakukan.

InsyaAllah malam raya nanti Chetam akan berlepas dari LCCT menuju ke Kota Medan untuk berhari raya bersama Buya dan Chenul serta keluarga mertua di sana. Dah 3 minggu tak tengok muka Chenul....rindu banget. Chetam akan bercuti selama seminggu di sana so tiada sebarang aktiviti di Teratak Chetam nanti.

Semasa balik ke kampung minggu lepas, Chetam berkesempatan untuk menziarahi pusara kedua-dua Arwah Bapak dan Emak dan bersedekeh Surah Yassin kepada mereka berdua. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh mereka berdua.

Di atas ni pusara Arwah Emak Chetam yang meninggal dunia pada bulan Februari 2006. Bila pegang batu nesan, rasa sebak di dada. Chetam baca Surah Yassin di pusara Emak sementara Kak Ti baca di pusara Bapak. Pusara mereka berdekatan sahaja.

Selesai membaca Yassin di pusara Emak, Chetam terus ke pusara Bapak. Pegang jer batu nesan, air mata menderu mengalir. Pemergian Arwah Bapak memberi kesan yang amat mendalam pada diri Chetam. Selepas Arwah Emak meninggal dunia, Chetam ingatkan Chetam punya waktu yang panjang untuk berbakti kepada Arwah Bapa. Bila Chetam bersetuju untuk beraya di Kota Medan buat pertama kali tahun lepas, Chetam tahu Arwah Bapak sedikit kecewa kerana beliau sudah merancang untuk beramai-ramai menziarahi pusara Arwah Emak di pagi raya. Beliau mengharapkan Buya untuk mengetuai acara membaca Yassin dan Doa tapi beliau redha dengan keputusan Chetam.

Chetam pegi beraya ke Medan dengan harapan yang sebaik sahaja pulang nanti, Chetam akan terus pulang ke kampung untuk bersalam dengan Arwah Bapak. Tapi takdir telah menentukan yang Arwah Bapak meninggalkan kami semua pada 10 Syawal. Chetam cuma sempat mengenggam tangan Arwah Bapak semasa beliau sedang nazak di Hospital Taiping. Namun Chetam tahu yang beliau telah bertahan selama 3 hari selepas kemalangan jalanraya semata-mata kerana menunggu kepulangan Chetam dari Medan.

Chetam ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kesemua abang-abang, kakak-kakak, abang-ipar ipar, kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara. Selamat berkumpul di Raya Kedua nanti.

Berikut ialah adik beradik dan anak sedara Chetam :
  1. Abang Chak, Kak Chak, Eda dan Daud, Mamat, Ema dan Adi
  2. Abang Chik, Kak Chik, Nazri, Nazir, Ayu dan Haziq
  3. Abang Lang, Kak Ani, Asmeda, Shukri, Aishah, Ekin dan Sahir
  4. Kak Nah, Pak Su, Suhaila, Suhaili, Suhaimi, Suffian, Suhana, Fiza, Shamimi, Syarizal, Eddy, Aliff
  5. Kak Ti, Abang Shamsul, Hazman dan Biha
  6. Kak Jang, Abang Saipul, Adibah, Satirah dan Zahid
  7. Kak Tih, Abang Usop, Aqila dan Nani
Salam Lebaran
Chetam

October 10, 2007

Jamu Mata Ajer yer......Resepi tarak

Kari ikan ni Kak Tih yang masak. Kak Tih ni yang jaga kedua-dua Arwah Emak dan Bapak Chetam dulu. Kari ikan ni tanpa santan.......sodap....resepi tarak. Lagi satu resepi sedap yang Kak Tih masak untuk berbuka Ahad lepas ialah Masak Asam Ikan. Gambar tak der tapi sedap giler. Cukup masamnya. Chetam sempat bawa bekal untuk bersahur dalam keretapi semasa balik ke Kuala Lumpur.

Kerabu Kerang ni mak mertua Kak Tih yang buat. Ada pucuk paku, jantung pisang, taugeh....SODAP. Tak sempat minta resepi...hehehehe

Lepat Labu

Masa kat kampung minggu lepas, sempat juga buat lepat labu. Asalnya kakak suruh Chetam buat tapi bila masuk bab membalut, Kak Ti (yang dok Bangi dulu) yang siap sedia dengan talam besar.

Lepat Labu

1 biji labu kuning - buang kulit
Kelapa parut - yang putih jer. Jangan lupa gaul ngan sikit garam.
Sikit garam
Sikit gula
Daun pisang yang dah dilayor

Potong labu kecik-kecik trus rebus sampai lembut. Dah lembut, buang air trus capai botol kicap untuk lenyekkan labu ni. Dah hancur, boleh tambah sikit garam dan gula.

Basuh daun pisang yang dilayor dan lap ngan kain.

Letak sesudu aduan atas daun pisang.

Letakkan inti kelapa di tengah-tengah.

Balut daut pisang. Masuk dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

Disebabkan kami lewat mula keje melepat ni, lepat ni masak ngam-ngam time berbuka. So masa berbuka, kami makan lepat panas giler.....Sedap giler....bila panas, lepat ni masih lembut so kena makan ngan sudu.

October 09, 2007

ES KOKTEL CHETAM

Sedap giler air ni.......hehehehe

ES KOKTEL CHETAM

1 tin buah-buahan koktel - Chetam guna yang siap ngan Nata de Coco
2 kotak Jelly perisa Lime - Didihkan air dan bancuh jelly ni. Ikut keterangan di belakang kotak
Pencelup Merah
Gula - ikut tekak sendiri
Ais secukupnya

Cara
Didihkan air dan bancuh jelly ni. Ikut keterangan di belakang kotak. Bekukankan dalam peti sejuk dulu. Dah keras, boleh dipotong kiub atau dicincang. Tuang buah-buahan koktel dalam bekas. Masukkan juga jeli perisa lime. Bancuh air gula yang dicampur sedikit pencelup merah. Tuang air gula ke dalam bekas. Akhirkan sekali masukkan air batu.

Nota Kaki Chetam : Pada mulanya air ni berwarna merah tetapi selepas dicampur jeli yang berwarna hijau, warna air bertukar seakan-akan air oren.

Nasi Ulam

Hari tu buat di kampung takder gambar sebab bateri kamera weak. Minggu lepas Chetam balik kampung lagi sekali dan kakak minta buatkan nasi ulam sekali lagi.

Ini ulam yang dibeli di Pekan Changkat Jering.

Ada daun kari, daun silon, daun kadok, ulam raja, serai, lengkuas, daun kunyit, daun kesum, daun limau purut dan banyak lagi daun2 yang Chetam tak kenal.

Seeloknya guna pisau lipat untuk potong ulam-ulam ni supaya lebih halus. Chetam pakai jer pisau yang ada di rumah. Tak lupa juga untuk hiris petai nipis-nipis. Lepas siap dihiris semua daun dan ulam, jemurkan seketika untuk ringankannya.

Ini pula kerisik dari sebiji kelapa dicampur dengan ikan masin yang telah digoreng dan ditumbuk halus. Seeloknya guna ikan tenggiri masin. Tak payah tumbuk, cuma picit untuk hancurkan ikan. Tapi sayang ikan tenggiri dah habis so Chetam gantikan ikan lain.

Tanak nasi terlebih dahulu kerana nasi perlu disejukkan terlebih dahulu. Bila sejuk, gaulkan nasi dengan ulam-ulam yang telah dihiris halus dan jua kerisik dan ikan masin.

Siap untuk di makan.

Lagi Resepi Biskut Raya Sumbangan Baya

SWEET MELON COOKIES

A.
160 GM BUTTER
20 GM SHORTENING
100 GM GULA KASTOR
1 BIJI KUNING TELUR
½ STEH ESEN VANILA

B.
200 GM TEPUNG SUPERFINE
40 GM TEPUNG GANDUM
50 GM TEPUNG HONKWEE
30 GM TEPUNG KASTAD
100 GM BISKUT CHEESE JULIES (KISAR HALUS)
½ SBESAR BLUE POPPY SEED

HIASAN: KUNING TELUR & KUACI LABU

SEBATIKAN SEMUA BAHAN A.
MASUKKAN BAHAN B DAN ULI LEMBUT
TERAP DAN SAPUKAN DENGAN KUNING TELUR DAN LETAKKAN KUACI DI TENGAH NYA.

Nota: 100gm cheese cracker-kisar (guna biskut julies cheese; kisar & ayak.
Blue Popy seed @ kas-kas.


PRUNE OAT DELIGHT

A.
150 GM BUTTER
1 SBESAR SHORTENING
60 GM GULA KASTOR
1 BIJI KUNING TELUR
1 STEH ESEN VANILLA

B.
50 GM OAT, BAKAR,KISAR
20 GM COFFEE MATE/SUSU TEPUNG
1 SBESAR TEPUNG BERAS
50 GM TEPUNG JAGUNG
190 GM TEPUNG GANDUM
½ STEH EMPLEX

HIASAN: KUNING TELUR/PRUNE/BIJAN HITAM.

1. SATUKAN SEMUA BAHAN A.
2. MASUKKAN BAHAN B. ULI LEMBUT.
3. CANAI NIPIS DAN TERAP. LETAK INTI DAN GULUNG.
4. SAPU KUNING TELUR DAN TABUR BIJAN.


BISKUT SUJI BERKACANG

A.
150 GM BUTTER
100 GM MINYAK SAPI
120 GM GULA KASTOR
1 SBESAR MENTEGA KACANG

B.
200 GM TEPUNG SUJI /SOMALINA (KISAR HALUS)
200 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
100 GM TEPUNG GANDUM
½ STEH GARAM

HIASAN: KUNING TELUR, KACANG TANAH KISAR

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A.
2. MASUKKAN SEMUA BAHAN B. DAN ULI LEMBUT.
3. CANAI DAN TERAP, SAPU KUNING TELUR DAN TABUR KAN KACANG.

BISKUT SANDY KEJU

A.
120 GM BUTTER
80 GM GULA KASTOR
¼ STEH GARAM
40 GM CHEEDAR CHEESE, - PARUT HALUS
1 SBESAR BAWANG GORENG- RAMAS

B.
100 GM TEPUNG GANDUM
60 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
¼ STEH SODA BICARBONAT
40 GM TEPUNG JAGUNG
40 GM CHEESE CRACKER KISAR
(BRAND :PRINGLES)

HIASAN: MERAH TELUR / BADAM CINCANG / KEJU CHEEDAR

1. SEBATIKAN BUTTER, GULA KASOR, GARAM.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN CHEESE CRACKER.
3. MASUKKAN KEJU PARUT DAN BAWANG GORENG, KACAU SEBENTAR.
4. CANAI DAN TERAP DENGAN ACUAN.

Nota: Optional: boleh letak ¼ paprika..jika suka
Hiasan: baya letak cheese diatas cookies :).


IRISH COOKIES.

A.
180 GM BUTTER
130 GM GULA KASTOR
20 GM SHORTENING
1 BIJI KUNING TELUR
1 STEH NESCAFE
1 STEH ESEN COFFEE
½ STEH BAKING POWDER

B.
200 GM TEPUNG GANDUM
100 GM TEPUNG UBI
40 GM NESTUM (kisar kasar)

HIASAN: PUTIH TELUR – SAPUAN, BADAM FLAKE DIHANCURKAN DAN CHOC RICE

P/s= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

SEBATIKAN SEMUA BAHAN A LALU MASUKKAN BAHAN B.
CANAI DAN TERAP. SAPUKAN DENGAN PUTIH TELUR DAN TABURKAN BADAM FLAKE
DAN CHOC RICE.

Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar

PUDING KARAMEL (Bukan biskut tapi juadah berbuka)

BAHAN-BAHAN:
6 Keping Roti dibuang tepinya.
1tin( 354ml) susu sejat.
4 biji telor ayam saiz sederhana
2/3 cawan gula.
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air.

CARA MEMBUATNYA:
1-Rendam roti di dalam air suam dan tos kan.
2-Pukul telur bersama dengan gula sehingga kembang. Campurkan esen vanila ,susu sejat dan air.
3-Setelah sebati semuanya, masukkan roti yang telah direndam tadi dan pukul sehingga sebati( pukul lama skit 5-10 minute speed 4-6, Ini akan buatkan adunan smooth setelah sejuk).
4-Ambil loyang atau sebarang bekas yang sesuai( bekas nie nak digunakan untuk terus mengukus), Masukan 10 sudu besar gula dan masak bersama api yang sederhana sehingga gula tersebut agak hangus atau sedikit kehitaman.Biar sejuk seketika. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dipukul tadi kedalam loyang tersebut.
5-Tutup bekas dengan foil,untuk elak dari air kukusan jatuh kedalam adunan. Akhir sekali, kukus bahan tersebut selama 45-55minute. Sejukkan dalam petiais( kena sejuk betul baru boleh diterbalikkan, kalau terbalik masa panas adunan akan pecah),
6-Bila nak dihidangkan, ambil pisau lorekan tepinya supaya berpisah puding dan dinding bekas puding... terbalikkan puding tersebut, Gunakan bekas yg besar sedikit, sebab dia akan sedikit berkuah( dari gula hangus tadi)..