Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 27, 2007

Juadah Berbuka Semasa di Kampung......

Minggu lepas Chetam balik kampung selepas hantar Buya dan Chenul ke LCCT. Buya dan Chenul balik ke Medan, so Chetam bawa diri untuk bermanja-manja dengan kakak-kakak di kampung.

Ini dia juadah berbuka hari Sabtu lepas. Resepi jangan tanya yer......Chetam makan jer...hehehehe.Sup Ayam ngan ubi kentang, Serawa Ubi Keledek ngan sagu, ikan goreng, sayur campur ngan telur dan kerabu kacang botol/kelisa. Air pulak teh o panas dan juga teh bunga sejuk.

Tak lupa juga Kari Ikan Siakap.......SODAP!!! dan juga kuih Serimuka, Talam Keladi dan Talam Ubi Kayu. Kuih ni dibeli di pasar Ramadhan Simpang dengan harga RM1 untuk 4 keping. Sedap giler....kuih talam ni penah di tempah semasa kenduri tahlil bulan Julai lepas.

Sebenarnya ada kerang bakar cicah sos cili cap arnab tapi masa gambar diambil, kerang belum masuk rumah. Kerang ni disauk di Kuala Gula, kebetulan abang ipar ada keje kontrak di sana.

Hari Ahad berbuka ngan Nasi Ulam. Chetam buat sendiri. Dah ambil gambar2nya tapi tak jadi la pulak. Rencah nasi ulam dibeli dari Pekan Sabtu di Changkat Jering. Ulam2 dah disiapkan, cuma perlu basuh dan hiris halus-halus. Setiap bungkus ulam berharga hanya RM1.00. Nasi dimasak sedikit keras, kemudian disejukkan. Hiris petai kecil2 dan goreng ikan masin tenggiri beberapa keping. Gaul ke semua bahan dan jangan lupa ramas ikan masin hingga hancur dan juga masukkan kerisik. Sodap.

Lagi resepi dan gambar sumbangan Baya RNET

BISKUT SNOW ALMOND
Resipi - Zubaidah Che Pa
Sumber Majalah Jelita Sept. 2007

BAHAN A

110 gm mentega
1/2 sudu besar shorteing
50 gm kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 biji kuning telur

BAHAN B

110 gm tepung gandum
25 gm nestum (kisar)
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

HIASAN

Serbuk roti putih
coklat masakan

PENYEDIAAN

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaul rata
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan
4. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit
5. Dah sejuk celupkan ke dalam coklat masakan dan golekkan ke dalam serbuk roti.

Snowball Cookies.

Bahan bahan
2 cawan tepung
2 cawan finely chopped nuts (walnuts or pecan) selalunya baya guna walnut.
1/4 cawan gula halus.
1 cawan butter (softened)
1 tsp vanilla
gula icing for rolling.

Method:
1. Panaskan oven 325F
2. Campurkan tepung, nuts, gula, butter and vanilla
3. Putar dengan mengunakan speed yg rendah, sehingga sebati ( 3-4 minute)
4. Dengan mengunakan teaspoon, sudu dan bulatkan dough 1 inci bola
5. Letak diatas ungreased cookie sheet dalam1 inch apart.
6. Bakar selama 18-23 minute atau sehinnga warna tukar menjadi light brown. Keluarkan secepat yg mungkin dari cookies sheet.
7. Roll dalam gula icing semasa tengah panas dan sekali lagi bila sudah sejuk.

Cornflakes madu.

90 gram sugar halus,
110 gram butter.
6 sudu besar madu/golden syrup

Untuk cornflakes pula.
120 gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)
100 gram kacang/badam.

( bakar dulu skit badam tu) kalau kacang
selalunya baya guna kacang yg dalam tin saja.

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja masaknya. Kemudian tuangkan campuran cornflakes, Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar 350F selama 11-12 minute.. :))..

Nota Kaki Chetam : Selalunya Chetam tak masukkan bubble rice. Kacang dan badam hendaklah dipanggang terlebih dahulu. Baru sedap nak mengunyah.

September 20, 2007

Berita Terkini dari Berita Harian Online - Mayat dalam beg sah Nurin Jazlin

POLIS hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di Kuala Lumpur, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

"Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang.

Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.



Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

"Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

"Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak.

September 19, 2007

Cuci Mata.....Rantai FreshWater Pearls - Peach

Ketupat Daun Palas Versi Kelantan - Cik Na

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam tadi Chetam jadi reporter, siap ngan kamera dan buku kecik. Cik Na tengah dok balut ketupat. Setiap malam dari Isnin hingga Jumaat, Chetam melepak di gerai Cik Na sementara menunggu Buya datang ambil. Kadang-kadang melepak sampai dua jam baru Buya sampai. Penah lepak sampai tengah malam sebab hari hujan. Kena tunggu hujan stop baru Buya dapat ambil.

Chetam pun terror buat ketupat daun palas tapi versi kelantan ni ada gula . Lagipun versi Chetam, ketupat dikukus tapi versi ini, ketupatnya direbus. Nak belajar cara bungkus ketupat? Tengok gambar-gambar di bawah. Membalut ketupat daun palas versi Chetam pun tak sama dengan versi Kelantan ni. Dalam famili, cuma Chetam yang pandai balut ketupat palas, Arwah Emak yang ajar. Resepinya di bawah sekali yer.

Pulut dah ditanak.

Ketupat Daun Palas yang dah siap dibalut.

Ini dia Cik Na.......yang membalut ketupat di atas.

Cik Na tengah membalut. Yang posing sebelah tu anak pelanggan tetap.

Cik Na ni tukang masak sementara yang bancuh air ialah Cik Ju. Kalau poket tak kembung tapi nak makan di luar dan kebetulan anda berada di Bandar Teknologi Kajang...jemput simggah ke gerai ni......VERY THE MURAH! Macam-macam Cik Na boleh masak cuma pilihan utama di gerai ni ialah ayam dan daging. Udang jarang ada. Tapi kalau anda bawa sendiri ikan atau udang, Cik Na tak keberatan untuk tolong masak.

Ketupat Daun Palas Versi Kelantan

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu.

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.

Nota Kaki Chetam : Ketupat yang selalu Arwah Emak buat, ditanak macam nasi. Lepas di balut, ketupat akan di masukkan dalam periuk kukus.

September 18, 2007

Telur Masak Kicap Chenul...

Resepi paling sempoi untuk anak-anak. Favourite dish Chenul ialah Telur. Kalau tak kontrol, tak cukup sebiji sekali makan....hehehehe

Telur Masak Kicap Chenul
Sumber : Chetam

Telur ayam
Bawang merah dan putih
Sos Tomato
Sos Tiram
Air
Kicap manis cap kipas udang

Cara
Telur digoreng mata kerbau.
Panaskan minyak, masuk bawang merah dan bawang putihh. Goreng hingga kuning. Masuk kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. Lepas tu masukkan sedikit air. Kacau rata, Masukkan telur mata kerbau. Kacau lagi supaya telur diselaputi kuah kicap. Tutup api. Hidang ngan nasi.

Spring Roll Caca Marba

Masa dok berlegar dalam Billion Supermarket, Buya cakap dah lama tak makan benda ni. Dulu-dulu, awek Buya selalu buat. Bila tengok dalam freezer...rupernya kulit popiah. Tak sampai hati hampakan harapan Buya sebab Buya jarang minta masakkan kuih. Yang Buya tahu, suruh buat Masak Lemak. So Ahad lepas, berbuka puasa ngan Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak dan Spring Roll ni.

Spring Roll Caca Marba
Sumber : Chetam

Kulit popiah yang kecil. (kalau beli yang besar, potong 4)
Sayur Campur
Udang kecil - buang kepala dan ekor
Bawang putih dan merah - dihiris
Serbuk Maggi Cukup Rasa - sikit jer
Minyak Masak
Optional : Telur Ayam - buat dadar (cincang)

Cara
Panaskan kuali. Masuk sikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuning. Masuk udang dan sayur campur. Goreng sampai layu. Masuk serbuk Maggi Cukup rasa. Kacau hingga masak. Tutup api.

Ambil selapis kulit popiah, letak sayur campur. Pastikan ada sekor udang. Letak sikit telur dadar. Gulung kulit popiah. Calitkan sedikit air di hujung kulit popiah, gulung lagi hingga habis.

Goreng spring roll dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Boleh dihidang bersama sos cili segera atau buat sendiri.

Sos Cili
Sumber : Chetam (belajar dari Arwah Emak)

Cili Merah
Cuka
Bawang putih
Gula
Garam

Cara
Tumbuk cili merah dan bawang putih hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumbuk lagi. Masuk sedikit cuka. Campur air suam. Gaul rata. Boleh juga dijadikan kuah cucur udang.

Chenul Buka Posa......


Acah jer.......Chenul tak posa pun. Tapi dah lama tak letak gambar Chenul di sini....hehehe...Oh Ya....Jumaat ni Buya dan Chenul akan berangkat balik berposa ke Kota Medan. Tinggal la Chetam sorang-sorang sehingga malam raya. Malam raya nanti baru Chetam berangkat ke Medan. Maknanya 3 minggu Chetam tak ada kawan.....

Chetam manyak susah hati sebab tak der orang nak jemput Chetam balik ke rumah tiap malam. Selalunya Buya jemput di gerai selepas abis ajar mengaji. Nak masuk kawasan rumah Chetam kena jalan kaki hampir 25 minit. Masalah pertama Chetam sampai tepi jalan besar selepas pukul 8 malam. Masalah kedua....Chetam sakit lutut.....huwa........huwa......

Ada sesapa yang dok Bandar Teknologi Kajang yang sudi jemput Chetam? hehehehe...tapi rasanya kalau sampai awal dan tak berapa gelap, Chetam jalan kaki jer la. Kalau dah lewat dan kaki sakit sakit...naik teksi dari Kajang ajer la...tapi tambang RM10 wei.....kalu hari2 RM10, bangkrap tu.....hehehehe

Kacang Buncis Bercili

Lagi resepi mudah.....ni belajar ngan Arwah Emak.
Kacang Buncis Bercili
Sumber : Chetam

Kacang buncis - dibelah dua baru potong menyerong
Cili Merah
Bawang putih
Ikan bilis - boleh ganti ngan udang kering
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara
Cili merah, bawang putih, ikan bilis diblender kering.
Panaskan kuali, tuang minyak masak. Masukkan ramuan yang telah dimesin kering. Kacau sampai naik minyak. Masukkan kacang buncis yang telah dibasuh. Kacau hingga cili rata. Letak garam sikit jer. Kacau lagi.....tutup api. Boleh dihidang, makan ngan nasi putih.

September 14, 2007

Koleksi Biskut Raya dari Baya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak resepi biskut raya? Resepi-resepi berikut disumbangkan berserta dengan gambar oleh Baya kepada Rnet. Sumber resepi ini diperolehi dari pelbagai pihak. Baya dah beri keizinan kepada Chetam untuk paparkan resepi dan gambar di Teratak Chetam....Thanks Baya. Sebenarnya Baya berada di US dan memang rajin mencuba resepi. Tabiks Spring...tooi..tooi...toi.....untuk Baya. Rajin betul.

ICED ALMOND BISCUITS
Sumber - RossyaBakes

7oz plain flour sieved
1oz cornflour sieved
4oz castor sugar
4oz butter
2oz ground almonds light roasted
1 egg yolk mixed with 2 tablespoons of iced water
1 tsp vanilla essence

For the topping:
1 egg white
4oz icing sugar sieved
1 tsp cornflour sieved
chopped almonds (you may also use chopped pistachios)

Combine plain flour, castor sugar and butter into a bowl. Beat lightly to form breadcrumbs. Add ground almonds. Then finally pour egg/water mixture bit by bit. Knead to form a soft dough. Roll onto your working board 4mm thickness. Using a sharp knife .. cut into leen rectangular
logs. Top a teaspoon of egg white mixture. Smooth its edges (I used a small butter knife) and top with chopped nuts. Bake in 160C pre-heated oven until done.

To make the meringue topping:
Whisk egg whites until bubbly and add in icing sugar bit by beat to form a smooth icing. Add cornflour and whisk until a 'near stiff' consistency'. Make sure the topping is not too 'watery' or it will drip to sides of cookies before baking.. Get a nice consistency so it can spread easily onto cookies without too much dripping.

Biskut Makmur
Sumber - Norhaslinda Zainal Abidin (RNET)

1 kati tepung gandum (tepung hendaklah di goreng dulu pas tu ayak). kalau
org dulu2 dia jemur.
marjerin - ikut basah
icing sugar
gula kasar
kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
kacang yg telah tumbuk tu gaul dgn gula kasar (bkn gula icing ek)

Gaul marjerin dgn tepung sampai doh licin dan tak melekat kat tgn. tapi jgn la keras sgt. kira kelembutan tu masih ada la. kalau melekat sikit2 pun tak pe.

Lepas tu ambik sikit, leperkan letak inti kat tgh2. tutup balik, buat bentuk bujur (nie bentuk asal biskut nie). kdg2 malas nak buat bujur ada buat bulat je. saya masih mengekalkan cara lama. Pas tu bakar la. lupa nak ckp masa goreng/bakar kacang tanah tu, biar dia
hangit2 sikit tapi jangan la sampai rentung lak...bila dah masak gaul dgn icing sugar.

Putu Kacang:
Bahan2.
1 kilo tepung kacang hijau yg siap digoreng dan dimesin.
1 kilo gula halus( Gula biasa dimesin)...( baya guna icing sugar aja)..

cara cara.
1. Campurkan 2 bahan tersebut. Gaul sebati. ..
2. Di percik air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Percik sehingga
adunan tadi agak lembab, tapi masih lagi seroi dan adunan mesti tidak
berketul, baya ambik tapis tekan tekan aja campuran dengan tangan hasilnya dia tidak berketul dan seroi.
3. Kemudian tekan adunan dalam acuan putu kacang ( tekan kuatskit), guna pisau untuk sekatakan adunan...hujung pisau diketuk
ketuk acuan tersebut supaya mudah adunan tu keluar bila diterbalikkan.
4. Jemur kuih tadi supaya dia kering dalam 15 minit.( jangan
terlalu lama kalau lama akan jadi kerasitu petuanya)

NOTE: kalau nak mudah mengaul buat sedikit sedikit contohnya 2 cawan tepung +2 cawan gula mudah gaul jadi campuran tidak berketul ketul

Lemon Dreams
Sumber : Taste of home.

1 cawan butter dilembutkkan
1/3 cawan gula halus.
1 teaspoon esen vanilla.
1 1/2 cawan tepung serbaguna.

Filling.
2/3 cawan gula
1 1/2 camca teh cornstarch.
1 camca teh grated kulit lemon.
1/4 sudu teh garam.
1 biji di pukul.
3 sudu besar lemon juice.
1 sudu besar butter.

Icing sugar optional.

* butter, gula disatukan didalam mangkuk sebatikan + vanilla dan masukkan sedikit demi sedikit tepung ( campurkan bahan hingga sebati)
*** adunan nie lembut **
tutup adunan dan diletak dalam peti ais selama 30 minute.

* keluarkan dan bulat bulatkan to 1 inc ball. Buatkan lubang ditengah setiap ball tersebut. bakar 350 selama 12-14 minute.
* untuk filling satukan gula, cornstarch , kulit lemon, dan garam.
Stir in egg,lemon juice dan butter sehingga smooth. Masak diatas api perlahan sehingga pekat. pelahankan api masak selama 2 minute , sejukkan.. sudukan filling nie keatas setiap cookies. Dust with gula halus kalau suka.

MILKY MILK CHOCOLATE COOKIES

225 GM BUTTER
125 GM GULA CASTOR
1 BIJI KUNING TELUR
1 STEH VANILLAB.
20 GM TEPUNG KASTAD
250 GM TEPUNG GANDUM
75 GM TEPUNG JAGUNG
100 GM QUEKER OAT ATAU ROLL OAT
2 SUDU MAKAN KOKO
HIASAN: 100 GM SUSU TEPUNG + 20 GM ICING SUGAR (ayakkan utk bersatu)

PUTAR GULA DENGAN BUTTER HINGGA SEBATI.
AYAK BERSAMA KESEMUA JENIS TEPUNG DAN SERBUK KOKO, MASUKKAN OAT.
MASUKKAN TELUR KUNING DAN VANILA KEDALAM ADUNAN BUTTER TADI. GAUL
RATA DAN MASUKKAN TEPUNG TADI DAN ULI HINGGA SEBATI.
CANAI ADUNAN MENGIKUT ACUAN KESUKAAN DAN BAKAR.
SETELAH BISKUT SEJUK BARULAH DI SALUT DENGAN SUSU TEPUNG TADI.

Nota:
Quaker oat @ roll oat..dlm tin merah, di bakar dahaulu sekejap agak2 perang
100gm susu tepung + 20gm icing sugar, campur & ayak dahulu.

TEKNIK HIAS: Atas biskut di dzrill dgn coklat cair & diayak dgn susu + icing sugar

Note tambahan dari baya untuk choc drizzle : cairkan 1/2 cup of semisweetchocolate + 1 teaspoon shortening didalam microwave at high temp for 1 minute untuil chips are melted, stir until smooth. Drizzle over cookies. Let stand for 30 minute until chocolate is set.. store
in airtight container.

CHOCOLATE CHIP SQUARE.

A.
100 GM BUTER
160 GM SHORTENING
140 GM GULA KASTOR
½ STEH ESEN VANILLA

B.
230 GM TEPUNG GANDUM
90 GM TEPUNG BERAS
30 GM KOKO POWDER
¼ STEH GARAM
60 GM GAJUS (KISAR)
80 GM KELAPA KERING

HIASAN: PUTIH TELUR, CHOCOLATE RICE

SEBATIKAN SEMUA BAHAN A.
MASUKKAN SEMUA BAHAN B. GAUL2 TEXTURE ALA2 BREAD CRUMB
TAMBAHKAN BUTTER DAN ULIHINGGA MENJADI DOH YANG LEMBUT.
CANAI DAN TERAP, SAPU DENGAN PUTIH TELUR DAN TABURKAN DENGAN CHOCOLATE RICE.

CHOCOLATE LANZA
A.
125 GM BUTTER
50 GM GULA ICING
1 BUTIR KUNING TELUR
¼ STEH OVALETTE
½ STEH COFFEE EMULCO
½ STEH VANILA ESSEN

B.
130 GM TEPUNG GANDUM
60 GM TEPUNG KASTAD
30 GM GAJUS KISAR
50 GM KACANG TUMBUK
30 GM CHOCOLATE RICE
HIASAN: CHOCOLATE RICE & KACANG TUMBUK

SEBATIKAN SEMUA BAHAN A.
MASUKKAN BAHAN B DAN ULI LEMBUT
TERAP DAN SAPUKAN DENGAN KUNING TELUR DAN LETAKKAN KUACI DI TENGAH NYA .

September 13, 2007

Sagu Keju - Resepi dari NCC-Indonesia

Chetam berkenan sangat tengok biskut ni....ala-ala samprit tapi berkeju. Chetam belum cuba tapi nak kongsi resepinya di sini sebab Chetam perhatikan dalam internet, ramai yang dah cuba resepi ni. Sebelum tu, nak minta maaf sebab resepi dalam bahasa indonesia.

Sagu Keju - Sumber Fatmah Bahalwan (NCC-Indonesia)

Bahan:
300gr tepung sagu (sagu tani)
2 lbr daun pandan
100 gr margarine
50gr mentega (butter)
150gr gula halus
1 btr kuning telur
100gr keju edam, parut (Sila lihat nota kaki di bawah untuk penerangan)
50ml santan kental Misal kara (santan kotak)

Cara membuat:

  • Sangrai tepung sagu dan daun pandan dengan api kecil hingga daun pandan kering. Angkat,dinginkan.
  • Kocok margarine dan mentega hingga putih dan lembut masukkan gula, kocok rata, tambahkan kuning telur, kocok rata.
  • Campur tepung sagu dan keju parut, tuang bertahap kedalam adonan mentega, aduk rata. Tambahkan santan, aduk lagi hingga rata.
  • Masukkan adonan kedalam plastik conthong (segitiga), kasih spuit bintang, semprotkan kedalam loyang tipis yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung. (Guna nozzle bintang, masukkan adunan dalam piping bag dan picit adunan atas loyang yang disapu mentega)
  • Oven selama lk. 40menit....(ingat kenali oven masing-masing, wkt dan suhu yg diperlukan, selalu lakukan test) (lk. tu maknanya lebih kurang)
Nota Kaki Chetam 1:
Apa itu keju edam?
Keju Belanda ini termasuk jenis keras dengan kandungan lemak 40 persen. Biasanya keju edam yang dibuat untuk ekspor, dikemas dalam kemasan lilin. Teksturnya cukup elastis sementara keharumannya cukup tajam. Keju edam di Indonesia sangat terkenal, sering digunakan untuk membuat kue kering keju (kaastengel), makaroni, atau penganan lain yang membutuhkan keharuman keju yang agak menyengat.

Nota Kaki Chetam 2:
Keju Edam tu ada yang ganti ngan keju cheddar

September 12, 2007

SALAM RAMADHAN DARI CHETAM SEKELUARGA

Cuci mata lagi.....

Brooch Pin Lampin Batu Akid

Pembantu kedai supplier kata ni Batu Akid. Chetam tak pasti tapi ceria jer design pada batu-batu ni. Saiz pin adalah medium, kecil sedikit dari pin yang sebelum ni.

Harga : RM6.00 tanpa kos penghantaran
Harga : RM8.50 dengan kos penghantaran(Chetam akan hantar guna sampul surat Pos Ekspress RM2.50. Kotak tidak akan disediakan).
Pembelian lebih dari satu, kos penghantaran masih RM2.50

Set Fresh Water Pearls - Rantai Leher, Gelang Tangan dan Anting-Anting


Set Freshwater Pearls terdiri dari rantai leher (80cm), rantai tangan dan anting-anting 925 Silver.
Harga rantai leher - RM105.00

Close up Anting-anting - Kombinasi Pearls, 8mm kristal bulat dan rodelles
Harga Anting-anting = RM20.00

Close up rantai tangan. Pilihan sama ada tali tigertail dengan cangkuk atau diikat dengan getah. Chetam lebih suka tigertail sebab tahan lama.
Harga Gelang (bercangkuk) = RM30.00
Harga Gelang (bergetah) RM25.00
Harga gelang 2 lapis = RM45.00

September 11, 2007

Puding Roti Berjem Stroberi

Puding Roti Berjem Stroberi
Sumber : Chetam

Bahan
Roti - 1 buku
Jem Stroberi
Susu Kotak - 1 1/2 cawan
Butter/Mentega
Sultana/Kismis
Gula 1 sudu

Cara
Panaskan susu dengan sedikit gula. Jangan bagi mendidih. Cukup sekadar untuk gula larut.

Potong kulit roti tapi jangan buang. Kulit roti diramas taua digunting halus-halus. Sapu butter/mentega atas permukaan roti. Sapu jem stroberi di permukaan roti yang lagi satu. Susun atas loyang dengan meletakkan permukaan yang disapu butter/mentega ke atas loyang. Tabur kismis/sultana dan tuang susu suam sekadar untuk membasahkan roti. Ulang proses yang sama dan lapiskan atas lapisan pertama tadi. Ulang sehingga roti habis.

Di permukaan atas sekali, taburkan kismis/sultana, tabur kulit roti dan tuang susu suam.

Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 celsius. Bakar api atas bawah selama lebih kurang 25 minit...ikut oven masing-masing yer.

Dah masuk, boleh makan.....

Masak Lemak Jantung Pisang ngan Anak Bawal


Masak Lemak Jantung Pisang ngan Anak Bawal
Sumber : Chetam

Bahan
Jantung Pisang
Anak Ikan Bawal (boleh ganti ngan ikan bilis)
Serai dititik
Cili Padi Hijau
Kunyit Hidup
Garam secukup rasa
Santan (Chetam pakai santan kotak)
Sebiji bawang merah

Cara
Potong jantung pisang ikut suka. Lepas tu masuk dalam periuk dan tambah air. Rebus jantung pisang untuk buang getah. Bila dah lembut, tutup api dan buang air rebusan. Masukkan semua jantung pisang dalam periuk.

Blend bawang merah, cili padi dan kunyit hidup sampai halus. Masuk dalam periuk. Masuk serai, anak ikan bawal dan santan. Nyalakan api. Masak sehingga mendidih sambil kacau kuah supaya tak pecah minyak. Masuk garam. Tutup api. Dah boleh dihidang dengan nasi putih.

September 10, 2007

Cuci Mata Lagi.......







Kalau berkenan, sila email chetam1@gmail.com. Ready stock - warna merah, aquamarine dan hijau. Merah dan Aquamarine mempunyai design yang sama.

Saiz mutiara ialah dalam 6mm, berbentuk bujur. Dicantikkan dengan kristal bicone 6mm dan spacer yang berbatu hiasan.


Rantai leher untuk baby umur 10 bulan. Kombinasi warna fuhsia dan light pink. Siap ngan extension chain dihiasi kristal bunga.


Rantai kaki sedondon. Loceng disekeliling rantai. Masih dengan kristal butterfly.

Bicone warna Light Amethyst dan Heart pula warna Amethyst AB. Dihiaskan dengan bebola 14K dan bunga Daisy

Set terdiri daripada pin tudung kecik, brooch dan anting-anting. Semuanya warna Amethyst. Anting-anting ni sangat istimewa sebab hook diperbuat dari wayar 14K oleh Chetam sendiri. Selalunya Chetam guna hook Silver.

Kombinasi kristal butterfly dan bunga. Warna fuhsia dan light rose. Dihiaskan dengan loceng 14K.

Kombinasi kristal butterfly dan bunga. Warna violet dan crystal AB. Dihiaskan dengan loceng 14K.


Gelang LIPS....spacer LIPS tu batunya pun warna Amethyst.