Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 25, 2007

Jom Pekena Murtabak......


Nak pekena murtabak di atas ni susah sikit.......jauh tu! Murtabak ni Chetam beli kat Kampung Baru, Medan. Memang tak sangka dapat jumpa Murtabak kat Medan. Rasanya memang tak sama dengan murtabak di Malaysia. Lebih menjurus kepada rasa telur dadar tetapi istimewanya murtabak ni sebab disertakan dengan beberapa biji cili padi. Kelihatan dalam gambar atas sekali tu, di belakang Mamak ialah Chenul dan Buya.

Murtabak Maggi Mama
Sumber : MamaZieza Rnet

6 biji telur
2 bungkus maggi perasa kari
1 cawan isi ayam yang didadu
1/2 cwn udang yang didadu (korang buang laa kulit ekkk...)
Daun bawang dihiris
Bawang besar sebiji dihiris (yang kecil)
Cili merah dihiris
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya
1. Memula masak maggi mee dalam air mendidih selama 2 minit dan toskan. Ketepikan.
2. Isi ayam dan udang itu gorengkan sedikit supaya masak sedikit.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Apabila layu, angkat dan ketepikan.
4. Pecah telur-telur tadi. Masukkan garam, lada sulah dan perencah kari maggi dan kacau. Kemudian masukkan ayam dan udang tadi dan masukkan maggi mee.
5. Siapkan kuali, kalau ada non stick lagi bagus. Goreng bahan-bahan tadi ngan minyak yang sedikit. Biarkan ia jadi seperti murtabak/telur dadar yang tebal. Mama buat kecil-kecil dalam 4 inci radius. Dapat 4 biji tebal.
6. Setelah masak sebelah terbalikkan sebelah lagi. Biarkan ia masak betul-betul. Kemudian hidangkan. Nak sedap lagi makan ngan sos. Isi ayam tu boleh diganti dengan sesuka hatinya.

Murtabak Maggi
Sumbangan: Norehan Yaacob kepada Rnet June 16 2005

2 pack atau lebih mee maggi kari - celur & asingkan
2 atau lebih telur
½ kg nugget ayam
2-3 ulas bwg. putih & merah
1 biji bwg besar - dimayang
mix vege secukupnya - jika suka
kari ayam adabi secukupnya

1. nugget, bwg. putih, merah, kari adabi dan telur diblend (jgn lupa kari yg dlm peket maggi tu pun masukkan sekali
2. lepas tu semua bahan yg diblend tadi dicampurkan dgn maggi, bwg. besar dan mix vege, digaul rata hingga sebati
3. panaskan kuali, isi minyak sikit dan masukkan 1-2 senduk bahan tadi dan
goreng spt. biasa.

Murtabak Singapore.
Sumbangan: Juliana kepada Restoren Pak Amir 15 Jun 2004
Gambar: Chetam rembat dari www.virtualtourist.com (murtabak kedai zam zam)

Murtabak Singapore in biasanya berukuran 4 segi tepat. dan ianya agak famous di johor baharu esp kaw.kg melayu.

Kulit (A)
Tepung Gandum -600 gram.bergantung kepada berapa ramai yg nak makan.
telur-1 biji
mentega- 1 cawan kecil-agak2 sebab nak diuli bersama doh.
garam sedikit.
air- 1/2 cawan

Inti(B)
daging ayam/lembu
bawang merah-4 ulas
bawang putih- 1 ulas
halia-1 inci
rempah kari-adabi- 1/2 peket kecil
garam
gula-sedikit

(C)
telur-2 biji
bawang besar-1 biji(dipotong dadu kecil2)

Caranya.
Bahan A dicampur dan diuli tanpa menggunakan mentega/planta. uli dlm 5-6 mins then calitkan mentega diatas doh dan uli rata2 buat sehingga doh tak meletak di tangan. Asingkan.

Bahan B utk isinya:
Rebus sekejap kisar daging lembu/ayam dan asingkan.Kisarkan(jgn halus sgt).
Kisar bawang merah,putih dan halia kemudian tumis sehinggan naik bau. Minyak
jgn banyak!! kemudian masukkan rempah kari adabi dan kacau rata2 pada daging tadi. Masukkan garam dan gula. Biar sebati dan sejukkan.

Cara membuat nya.
Untuk membuat murtabak spore, adunan doh kena besar sebab saiznya besar, so masa menebar tu pastikan ianya agak lebar dan luas. Pecahkan sebiji telur dan ratakan atas doh kemudian ambil segenggam bawang besar yg telah dipotong dadu dan taburkan atas telur tadi. kemudian ambil segenggam inti daging dan taburkan atas bawang dan taburkan bawang besar sedikit lagi(based on citarasa masing2).

Lipatkan ikut saiz 4 segi tepat...dan letakkan atas kuali leper. Terbalikkan dan pecahkan sebiji telur dan seletkan atas lapisan atas murtabak tersebut(1 side saja) kemudian terbalikkan. then bila dua2 bahagian dah masak, bahagi 2 dan lipatkan murtabak tersebut. Sentiasa pastikan lapisan yg diselitkan dgn telur tadi mestilah di bahagian luar.

MURTABAK KRACKERS
Sumber: Mami Asmah Laili
Sumbangan: Diana kepada Rnet 21 Sep 2005
Gambar: Chetam rembat dari Kornerasa, Puspanita

Bahan-bahannya
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan
lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas
kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam

Cara-caranya

CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.

CARA MELAPIS MURTABAK
Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap
supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama
berisi penuh dengan biskut.

Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur
pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan
bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya
sedikit telur.

Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan
pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi
untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur
diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah
dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah
masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang
dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato.

MURTABAK PERANTAU - anggaran 12 keping murtabak
Sumber: NoorMasri
Sumbangan: Diana kepada Rnet 12 Sep 2005

Bahan-bahan :
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak
Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..

Moist Chocolate Brownies Sumbangan Mummy Roz


Moist Chocolate Brownies - Menghasilkan 36 keping
Sumbangan: Mummy Roz kepada Rnet 10 Sep 2005


1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) "macadamia nuts" – dicincang
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) "sour cream"

Chocolate topping
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan "sour cream"

Caranya:
Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan 1 cawan "macadamia nuts" dan buatkan lubang di tengah-tengah.
Cairkan butter dan coklat dengan cara "double boiling" (pastikan air tidak termasuk ke dalam butter dan coklat).
Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan "sour cream".
Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
Cairkan coklat dengan cara "double boiling" (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
Masukkan "sour cream" dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan "macadamia nuts" yang berlebihan.
Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:
Boleh gunakan "pecans" atau "walnut"* untuk menggantikan "macadamia nuts"

Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim.

Marble Cream Cheese Cake - Sumbangan Diana Restoren Pak Amir


MARBLE CREAM CHEESE CAKE
Sumbangan: Diana kepada Restoren Pak Amir 13 Okt 2005

Sediakan kek span coklat bulat 9"
(sila rujuk kepada resipi yang di bawah sekali)

(A)
500 gram krim keju
80 gram gula

(B)
300 gram susu segar
70 gram gula

(C)
3 biji kuning telur

(D)
3 sudu besar serbuk gelatin
150 gram air
* gelatin dan air disebatikan

(E)
250 gram krim putar

(F)
60 gram coklat hitam, dicairkan

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Didihkan (B) dan tuang ke dalam (C) dengan perlahan. Kacau sehingga rata. Tapiskan dan masak di bawah api yang kecil dan kacau sentiasa. Masak selama 2 minit dan alihkan dari api.
3. Reneh (D) di atas air panas sehingga bahan larut. Tuang ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati.
4. Letakkan adunan di dalam air sejuk dan kacau sentiasa hingga sejuk (hampir 25 darjah C). Campurkan ke dalam (A) dan sebatikan.
5. Kaup dan balikkan (E) dan kacau hingga rata. Ambil 200 gram adunan dan campurkan dengan (F).
6. Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Letak 1 lapisan kek di dasar acuan bulat berukuran 9".
7. Tuang 1/2 bahagian inti keju biasa (seperti di gambar) dan 3/4 bahagian inti keju coklat ke atas kek.
8. Letak lapisan kek kedua di atas (seperti di gambar 3).
9. Tuangkan baki 1/2 bahagian inti keju biasa ke atas (gambar 4) dan ratakan. Kemudian masukkan inti keju coklat dalam beg piping. Paipkan lingkaran ke atas kek (gambar 5). Gunakan lidi untuk membuat corak marmar (gambar 6). Dinginkan semalaman.
10. Keluarkan kek dari lingkaran acuan dan sapu sedikit glis diatas. Sadurkan tepi kek dengan satu dengan satu lapisan krim putar yang nipis dan selaput dengan kepingan kacang badam goreng.

SPONGE CAKE

Bahan-bahannya

(A)
160 gram gula
15 gram ovalette

(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder

(C)
40 ml air

(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara-caranya
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.

Nota: Untuk kek span coklat, campurkan 2 sudu besar serbuk koko denga 40 ml air dalam resipi untuk menghasilkan pes. Kemudian campurkan ke dalam adunan. Pukul sehingga rata.

June 21, 2007

Susah Nak Cari Gelatin Yang Halal?

Sekarang tak susah lagi. Tak payah ke kedai, anda boleh tunggu di rumah saja.

Chetam jumpa laman web HALALGELATIN.com dan web ni menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian 500g serbuk gelatin. Harga???? Rujuk di bawah:

"PAKEJ POS PERCUMA"

- 500G -

rightarrowRM29.00leftarrow

SATU PAKEJ POS PERCUMA HANYA KHAS UNTUK :
500G yang SANGAT JIMAT & MURAH!!!
  • 50g = RM4.90 x 10(500g) = Rm49.00
  • 500g = RM 29.00
  • ANDA JIMAT RM 20.00!!!

"Beli Gelatin Halal 500g hari ini, dapatkan harga yang terlampau murah RM29.00 untuk 1 pek pakej Pos Percuma dan penghantaran, PERCUMA terus ke pintu rumah anda!"

Sila ke laman web ini untuk membuat tempahan secara online : http://www.halalgelatine.com/Pospercuma.html. Terdapat juga beberapa resepi puding dan jelly.

June 19, 2007

Koleksi Resepi Chef Wan dari Laman Web Malaysian Tourism


Koleksi ni sebenarnya dalam bentuk PDF files. Chetam dapat dari laman web Malaysia Tourism. Chetam dah emailkan koleksi ini kepada pengunjung-pengunjung yang sudah berdaftar dengan Teratak Chetam untuk dijadikan koleksi peribadi.

Kepada yang tidak berdaftar tetapi inginkan koleksi ini, anda mungkin boleh melawat laman web Malaysian Tourism untuk mendapatkannya.

Atau jalan mudah just email Chetam ni chetam1@gmail.com atau nalisacrystal@gmail.com.

Take Care.
Chetam

Koleksi Terbaru Jam Tangan Kristal

JM09 - Kristal Bicone 6mm Pelbagai Warna
Harga - RM65 (tanpa kos penghantaran)

JM08 - Kristal Bulat dan Bicone 6mm Light Rose dan Crystal Clear, dihiasi space berbatu pink.
Harga - RM70.00 (tanpa kos penghantaran)

JM07 - Kristal Bicone 6 Peridot dan Crystal Clear, dihiasi dengan spacer berbatu hijau.
Harga - RM70.00 (tanpa kos penghantaran)

JM06 - Kristal Bicone Jet dan Black Diamond
Harga - RM65.00 (tanpa kos penghantaran)

JM05 - Kristal Bicone 6 Light Siam dan Crystal Clear, dihiasi dengan spacer berbatu jernih.
Harga - RM70.00 (tanpa kos penghantaran)

JM10 - Kristal Pendant Bicone 6 Light Rose dan Crystal Clear AB.
Harga - RM75.00 (tanpa kos penghantaran)

Sila email chetam1@gmail.com untuk maklumat lanjut.

June 15, 2007

Mayonis Buatan Sendiri.....atas permintaan pengunjung Teratak Chetam.


MAYONIS
Sumber : Chef Alan Ooi
Penyumbang : Kak Rozi (Rnet) dan Suzana Rnet
Gambar : Chetam rembat dari ALL RECIPE.com

Bahan2nya
1 biji telur
1/2 tsp garam
1 tbs gula caster
1 1/2 tbs lemon juice
100 ml sunflower or corn oil
Lada Hitam (optional)

1. Masukkan telur, garam, lemon jus, pepper dalam bowl.
2. Pukul guna whisk sampai putih
3. masukkan minyak sedikit sedikit...jgn masuk banyak2 nanti tak jadi...
4. pukul lagi hingga jadi seperti mayonis.

Resepi nie untuk jumlah yg sedikit sahaja sebab dia tak tahan lama....

Macam Mana Rupa Rosemary ni???

Ada yang hantar email tanya ruper cik rosemary ni.....hehehehe....bawah ni ruper dia.

Boleh dibeli di supermarket. Brand popular ialah Mc Cormick tapi harga memang mahal. Kalau nak yang murah.....senang jer......Pi beli kat kedai-kedai yang supply bahan-bahan membuat kuih, kek, roti dan pelbagai. Chetam beli kat Bagus Kajang harganya 90 sen untuk satu bekas pil/ubat yang jernih tu.



Yang ini yang segar. Selalunya kat Malaysia, kita boleh dapat yang dah dikeringkan.
Yang ini yang kering.

PEMBERITAHUAN : NALISA CRYSTAL...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kepada pengunjung yang telah berdaftar dengan Teratak Chetam, harap anda tidak terperanjat apabila menerima email dari Nalisa Crystal. Email berkenaan adalah daripada Chetam sendiri.

Oleh kerana pengunjung berdaftar telah melebihi 500 orang, Chetam mengalami kesukaran untuk menghantar email. GMAIL menghadkan hanya 500 orang boleh dihantar sekali gus. Disebabkan Chetam menghantar email yang sama beberapa kali, penggunaan akaun email Chetam akan digantung beberapa hari.

Jalan mudah....Chetam telah bahagikan pengunjung Teratak Chetam kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menerima email dari CHETAM1 dan satu lagi akan menerima dari NALISACRYSTAL.

Harap maklum.
Chetam

June 14, 2007

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED - dipopularkan di Rnet oleh Jeni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab Chetam tak dapat nak mencuba resepi.......Buya tak makan ayam. Nanti Chetam yang kena habiskan seekor ayam.....hehehehe......resepi asal oleh Jamie Oliver. Kalau rajin tengok Channel 11 kat Astro tu....memang selalula mamat Oliver ni kuar TV. Seronok tengok dia memasak. Siap pakai lesung batu lagi....hehehe.....

Resepi ni ada 2 versi. Versi asal dikirim ke Rnet oleh Pn Rosyanti dan satu lagi versi yang dicantik molekkan lgi oleh pengasas Rnet, Puan Jeni yang sekarang berada di Riyadh. Resepi ni tengah meletup-letup macam gunung berapi krakatoa di Rnet.

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Kiriman : Rosyanti

1 ekor ayam sederhana besar
2 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
20 gm Rosemarry Kering (kalau beli kat BWY RM0.90 jer,beli kat pasaraya..tu yg jadi sebotol RM7.00 lebih tu)

Cara:

Lemon direbus sehingga empuk..agak agak lembut gitu dalam 15 minit.
Tumbuk bawang putih dan rosemarry sehingga lumat
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu..dan disumbat kedalam perut ayam
Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow pergghhh....



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni
Gambar juga dari Jeni.

1kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit.
Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu..makan dengan Coleslow.

June 08, 2007

Jam Tangan Kristal Anggun Lagi Menawan

Muka jam dikelilingi dengan Rhinestones berwarna pink.
Diserlahkan lagi dengan kombinasi kristal bicone 6mm berwarna pink dan crystal clear AB. Diperindahkan pula dengan spacer rhinestone bewarna pink. No Kod JM01.

Muka jam dikelilingi dengan Rhinestone putih dan hitam.
Diikat menggunakan kombinasi kristal bulat 6mm berwarna hitam dan putih. Dilengkapkan dengan spacer Rhinestone yang anggun. No Kod JM02.

Muka jam dikelilingi dengan Rhinestones pelbagai warna. Diserikan lagi dengan kombinasi pelbagai warna Kristal bulat 6mm. Dikemaskan lagi dengan spacer Rhinestone berbentuk rama-rama. No Kod JM03.

Muka jam dikelilingi dengan Rhinestones pelbagai warna. Diserikan lagi dengan kombinasi pelbagai warna Kristal bicone 6mm.No Kod JM04.

Untuk Maklumat lanjut serta pertanyaan tentang harga....sila email chetam1@gmail.com atau lawat http://tokochetam.blogspot.com/

June 05, 2007

Resepi dari Majalah Saji Bulan Mei 2007

Chetam buat kacang karamel ni bulan lepas. Memang sedap tapi gagal bab memotong. So lepas sejuk jer, Chetam patah-patahkan kepingan kacang ni. Sori bebanyak sebab gambar lambat diambil. Kacang dah habis baru teringat nak ambil foto.....hehehehe

Kek Suji ni pulak baru jer Chetam buat hari Sabtu lepas. Memang sedap tapi bahagian bawahnya sedikit rentung.......guna oven lama.....payah nak kontrol sikit. Tak letak cip pun dah sedap. Cuma gula terlalu banyak. Chetam kurangkan 50 gm tapi masih lagi manis.

Resepi-resepi di bawah yer......

Kacang Karamel
1 cawan gula
1/2 cawan corn syrup
Secubit garam
1 1/2 cawan kacang tanah (goreng tanpa kulit)
1 sudu besar mentega
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara
1. Sapu dulang pembakar dengan shortening.
2. Dalam periuk satukan gula, esen vanila, mentega, soda bikarbonat, corn syrup dan garam.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan kacang.
4. Kacau sehingga likat dan tuangkan atas dulang.
5. Biarkan sejuk dan potong.

Kek Suji
350 gm gula kastor
200 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung suji
150 ml minyak jagung
160 gm mentega
3 biji telur
1 sudu besar esen vanila
Cip Coklat
Pewarna kuning
Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi sehingga kembang.
2. Tuangkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan rata. Masukkan sedikit esen vanila. Gaul lagi. Tuangkan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan adunan di dalam belas dan taburkan cip coklat di atasnya. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 40 minit.

Serba Sedikit Tentang Kenduri Anak Sedara Sulung Chetam...

Assalamualaikum
Just nak update sikit hasil kerastangan Chetam bulan lepas. Kek Kawin untuk anak sedara sulung dan kek besday untuk anak-anak sedara kat Tepen. Chetam buat kek ni hari Jumaat, 18 Mei 2007 sebelah malam sampai pukul 3 pagi. Chetam buat 4 biji. 2 untuk kek kawin dan 2 untuk kek besday. Hari Sabtu tumpang kereta Abang sebab suami tak ikut balik. 2 kek cuma sempat salut.
Sampai rumah abang yang sulung di Tepen, baru selesai majlis Tahlil dalam pukul 9.30 malam. Lepas makan, terus balik rumah arwah Bapak dan Emak sebab nak mendeco kek. Mula keje selepas pukul 12 tengah malam. Sebelum tu sempat promote gelang kristal kat kakak. Sambil dengar keputusan AF5 kat radio ERA, sambil hias kek. Mula-mula ramai yang teman termasuk Chenul yang sebuk menghisap nozzle2 yang telah Chetam guna. Tak boleh jadi....Chenul pun dok busy mendeco so tangkap dia bawa pi tidur. Dah lena sambung deco sampai semua tukang teman masuk tidur. Habis deco pukul 4.30 pagi. Sempat ambik gambar blur jer.
Besok pagi dah pegi rumah abang sulung. Kek besday yang 2 biji tinggal di rumah sebab ikut rencana lepas kenduri nak kumpul dan potong kek. Sedihnya.....acara potong kek diadakan sebelah malam. Lepas makan, abang nombor dua dah ajak balik. Dia tak nak balik sebelah malam sebab hujan. Kesimpulan........tak sempat nak ambil gambar kek 2 tingkat, tak sempat nak makan kek kawin dan tak sempat nak makan kek besday.....SEDIHNYA!!!!!! Kesian kat Chenul........
Ini kek tingkat bawah. Chetam buat puding biskut marie perasa coklat sebanyak 2 bancuhan. Memang besar kek ni. Disalut dengan Choc Fudge Sifu Suria dan hingan ngan bunga ros biru. Chetam letak 3 biji gelas sebagai pemegang kek tingkat ke 2. Kek ni memang berat walaupun tanpa gelas. Resepi dah ada dalam koleksi Teratak Chetam. Boleh semak di sebelah kanan.
Ini kek tingkat atas. Chetam buat kek coklat badariah sebanyak 2 adunan. Bahagian tengah sapu ngan Choc Fudge. Disalut dengan Whipping Cream jenama Baker's Mix. Chetam hentam buat bunga kekwa. Bab buat bunga memang gagal....hehehehe. Resepi dah banyak kali masuk Teratak Chetam. Semak di sebelah kanan.

Ini kek besday guna resepi cup cake Magnolia yang Jeni(ResepiNet) kasi. Chetam letak filing Blueberry di tengah-tengah. Memang terkilan tak dapat rasa kek ni tapi masa potong melintang, tersilap potong ao kek ni retak. Lepas letak bluberry tangkup, ada la serpihan yang tercampak.....so apa lagi.....masuk mulut la...memang sedap. Resepi di bawah ni:
Magnolia Bakery Vanilla Cupcakes Menghasilkan 2 dozen cupcakes

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawancup butter, dilembutkan
2 cawan gula
4 biji telur yang saiz A
1 cawan susu (boleh guna fresh milk dalam kotak atau botol)
1 sudu kecil esen vanila
Cara
Panaskan oven dengan suhu 350°. Dalam mangkuk kecil, gabungkan kedua-dua jenis tepung. Ketepikan dahulu. Pukul butter hingga kembang menggunakan mixer letrik. Masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga sebati dan gebu selama 3 minit. Tambahkan telur sebiji-sebiji. Campurkan tepung diselang selikan dengan susu dan esen vanila. Pukul hingga rata dengan perlahan-lahan.
Kalau nak buat cupcakes, bubuh adunan dalam cawan kertas dan bakar antara 20 hingga 25 minit. Bila dah masak, perlu disejukkan sebelum dihias.

Ni pulak kek besday guna sponge mix coklat beli dari LMC Sg Buluh. Disalut dengan Choc Fudge dan ditabur dengan jelly. Resepi bergantung kepada jenis sponge mix yang digunakan. Selalunya resepi akan diberi oleh tauke kedai ataupun ditampal di luar bungkusan.
Alhamdullilah.......kakak-kakak Chetam puji kek besday memang sedap. Anak sedara yang kawin sms bagitau semua tetamu puji kek kawin SEDAP!!!...Especially kek tingkat bawah.......LEGA JIWA!!!

Ini gambar persandingan anak sedara Chetam yang pompuan tu.

Ini pula gambar pengantin dan ibu bapa belah pompuan. Itu la abang sulung Chetam dan isteri. Wajah abang sulung Chetam seiras macam Arwah Bapak.

Ini pulak gambar beramai-ramai dari sebelah bapa pengantin pompuan ....tak semua ada kat sini. Chenul pun tak der sebab tengah enak bermimpi dalam bilik belakang.

Ini pula gambar mak-mak sedara pengantin pompuan sebelah bapak......hehehehe....maksudnya gambar Chetam, kakak-kakak dan kakak-kakak ipar. Baju sedondon disponsor oleh abang sulung (bapa pengantin). Boleh tahan kan saiz mak sedara ni semua....hehehehe....

Kek Coklat Roha


Kek ni dah penah masuk Teratak Chetam tapi gambarnya Chetam songlap dari email. Kali ni gambar kek yang Chetam buat sendiri. Chetam buat 2 versi, bakar dan kukus. Yang bakar untuk famili makan dan yang kukus diberi pada anak kawan Chetam yang dapat masuk Sekolah Berasrama di Johor. Anak kawan Chetam ni juga merupakan anak murid Buya.

KEK COKLAT KUKUS ROHA
Penyumbang : Roha

Bahan2.
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.

p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


Topping dari Kek Coklat Kukus Badariah
1/2 buku butter
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Masak dengan cara double boil.

Chetam pusing belakang jer, Chenul ambil peluang jilat sudip kayu yang penuh ngan topping coklat. Memang ikut perangai Chetam masa kecik dulu. Suka sangat jilat saki baki kek yang belum masak. Best!