Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 29, 2007

Atas Permintaan - Kuih Pau


KUIH PAU
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:
500 g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil 'dough softener'
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning (crisco)
250 g air suam

Cara membuat:
Gaul rata semua bahan kecuali air.
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
Uli sehingga licin tak lekat di tangan
Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda
Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
Bulatkan dan masukkan inti
Lapikkan adunan diatas keratan kertas.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
Panaskan kukusan.
Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.


KUIH PAU.
Sumber: Kak Zie RDotNet

Bahan untuk kulitnya.
500 gm. tepung pau
50 gm. shortening
1 paket yis
75 gm. gula kaster
1 camb. double action /baking powder
240 ml air suam
1/2 camt. garam halus.

Caranya.
Campurkan gula, yis dan air hingga gula larut.
Ayak tepung dengan baking powder atau double action, kemudian masukkan garam.gaul rata.
Masukkan tepung kedalam air dan uli sebentar dan masukkan pula shortening lalu diuli hingga berkilat.
Perap selama lebih kurang 20-30 minit ataupun sehingga adunan naik 2 kali ganda. Uli sebentar untuk keluarkan anginnya.
Timbang 50 gm. buat bulat dan masukkan intinya dan alaslah denga daun pisang yang telah dipotong bulat ataupun kertas minyak pun boleh juga.
Perap sebentar ataupun semasa kita memasukkan intinya kita panaskan kukusan dahulu dan setelah semua siap kita kukus yang mula-mula kita buat tadi, begitulah seterusnya hingga habis.

INTI AYAM PEDAS [KARI]
300 gm. isi ayam [cincang halus]
2 camb. serbuk kari daging
2 camb.bawang mesin [4 biji bawang kecil, 2 ulas bawang putih,1cm. halia ]
1 camb. sos tomato
1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1 kiub pati ayam.
2 camb. minyak masak untuk menumis [tak perlu banyak]
1 tangkai daun sup diracik halus

Caranya:
Tumis bawang hingga naik bau nya.Masukkan rempah kari dan sedikit air masak hingga rempahnya garing sedikit.
Setelah rempahnya garing masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos tiram, dan gula pasir gaul hingga sebati.
Masukkan daging ayam dan digaul rata dan masak hingga kering sedikit. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Rasalah megikut selera apa yang kurang bolehlah ditambah sesuai selera.

KUIH PAU
Sumbangan: Diana
Sumber: Salamah Jalani

Bahan A
500 gram tepung Hong Kong
1 sudu makan double acting
2 sudu makan Crisco
1 sudu makan yis basah
85 gram gula kaster
240 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan B (Inti)
500 gram kacang merah (direndam sehingga kembang)
300 gram gula
2 helai daun pandan
air untuk merebus kacang

Cara-caranya
Gaul semua Bahan A (kecuali tepung) sehingga gulanya hancur. Baru masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Perap selama 20 - 30 minit. Adunannya melekit sedikit. Semasa hendak membentuknya, celupkan tangan dalam tepung, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Isikan dengan inti ditengahnya dan cantumkan semula. Kemudian letakkan diatas daun pisang atau kertas kek yang digunting bulat lebarkan 7cm. Kukus selama 7-8 minit atau sehingga masak. (Kukusan hendaklah dipanaskan lebih awal)

Cara membuat Intinya
Rebus kacang dengan daun pandan. Bila kacang sudah empuk, tuangkan dikuali dan masukkan gulanya. Masuk sehingga kering, angkat dan sejukkan. Intinya harus benar-benar sejuk, baru boleh digunakan.

Atas Permintaan - Homa Made Roti Canai

Home Made Roti Canai
Sumber : Arlina RDotNet

Bahan2
4 cwn tepung gandum
260 ml air
2 sm majerin/minyak sapi
1 bj telur
2 sm gula
1 st garam

Cara:
1. Gaul tepung bersama bahan2 lain hingga menjadi doh yang licin & sebati.
2. Bulatkan adunan seperti dlm Pic 2 (satu adunan mejadi 10 kpg roti canai). Lumurkan dengan minyak/minyak sapi (biasanya leen guna majerin+minyak)
3. Adunan hendaklah dibiarkan supaya sebati sebelum dicanai.
4. Adengan menebar bermula (Pic 3)... klu tak pandai menebar just canai guna tangan & tarik di sekeliling dulang (Pic 4).
5. Perang satu bhg tepi adunan & bulatkan spt Pic 5 (tang nie tak dapat nak snap coz dua2 belah tangan dah berminyak... heheee)
6. Panaskan kuali, leperkan adunan tadi & goreng mcm biasa.

ROTI CANAI
Sumbangan: MamaZieza RDotNet
Sumber: MamaFaMi Fotopage

Bahan
500 gm tepung
300 ml air
1 butir telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar shortening

Cara :
1. Sediakan bahan-bahan dan masukkan ke dalam mixer
2. Larutkan garam dalam air
3. Masukkan sedikit air garam dalam mixer, masuk sikit-sikit.
4. Buat sehingga menjadi doh
5. Bulatkan kepada 11 biji bebola
6. Lumurkan dengan majerin dan perap dalam 2 jam. Lebih lama lebih baik. Kalau semalaman lagi baik.
7. Masukkan sedikit campuran minyak dan majerin dalam mangkuk
8. Gunakan meja atau dulang besar. Minyakkan dan tepekkan sebijik doh tadi.. dan tarik-tarik.
9. Tebar seperti dalam gambar.
10.Tarik-tarik tepi doh tu sehingga menjadi nipis dan renjis dengan minyak dan majerin tadi
11. Rujuk gambar.
12. Rujuk gambar.
13. Rujuk gambar.
14. Ketepikan dalam setengah jam
15. Tekan-tekan skit
16. Boleh terus disimpan dalam bekas, lapikkan dengan plastik pada setiap keping. Kalau nak makan boleh digoreng terus..

Nota Kaki MamaFami: Roti ni tak payah goreng separuh masak dulu pun takpe... bila nak makan .. kuarkan dan goreng.

Roti Canai (Untuk 10 Keping)
Sumbangan: Adik Sha

Bahan-bahan
200 g (2 cawan) tepung gandum
100 g tepung penuh mil
60 g (1 biji) telur
50 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak
20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
50 g (2 1/2 sudu makan) marjerin
air untuk menguli

Cara membuat roti
1.Tepung diadun dengan telur, susu, garam dan air secukupnya.
2.Uli sehingga lembut dan perapkan dengan sedikit marjerin. Bulat-bulatkan kepada
sepuluh ketul yang sama besar. Biarkan selama dua puluh minit.
3.Canaikan mengikut bentuk yang anda suka. Goreng garing dengan sedikit minyak.
4.Bila masak, tepuk-tepukkan supaya gembur dan cepat sejuk.

Cara menghidang

Sesuai dimakan dengan kuah dal, kari, ikan, dalca atau acar.

March 28, 2007

Tawaran Terhangat Di Pasaran.....

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Minta laluan yer....

Chetam nak jual barangan kristal berikut. Harga belum ditolak diskaun 10%.

Gelang Kristal Swarovski Bulat 8mm dengan Rodelles Rhinestone
RM70.00 (19 biji kristal dan 18 biji rodelles)

Gelang Kristal Swarovski (warna AB) Bulat 8mm dengan Rodelles Rhinestone
RM77.00 (19 biji kristal dan 18 biji rodelles)

Rantai tangan Kristal Swarovski Bulat 8mm diikat dengan 925 Silver.
Panjang 17.5cm
RM60.00

Rantai tangan Kristal Swarovski Bulat 8mm diikat dengan Emas 14K.
Panjang 17.5cm
RM60.00

Jika berminat untuk membeli atau buat tempahan, sila email chetam1@gmail.com

Nota Kaki Chetam : InsyaAllah, pada pertengahan bulan April nanti, Chetam akan mengadakan kelas asas membuat perhiasan seperti gelang, anting-anting dan buah rantai. Juga satu lagi kelas untuk membuat perhiasan kristal menggunakan Wire Emas 14K berserta pilihan untuk membuat anting-anting menggunakan 925 Silver. Nantikan keterangan lanjut tidak lama lagi.

March 22, 2007

Atas Permintaan, Resepi Fondant Icing

Ada yang hantar email minta resepi untuk fondant icing. Terus terang Chetam bagi tahu.....Chetam tak penah buat fondant ni.....Tapi demi tak menghampakan permintaan tersebut, Chetam tempekkan resepi dari Kak Misliha. Kak Misliha ni la tuan punya resepi topping coklat yang pakai cooking chocolate dan whipping cream. Chetam dah penah kasi resepi tu dulu. Kak Misliha juga ada ambil tempahan untuk kek. Nak keterangan lanjut, boleh lawat http://naza214.fotopages.com/

FONDANT ICING
Sumbangan: Kak Misliha RDotNet

Bahan

1 tbsp gelatin
60 ml water
3¼ tbsp liquid glucose
2½ tsp glycerine
1kg icing sugar
1tbsp tepung jagung

Cara
1. Masukkan Gelatin kedalam air biarkan ianya kembang masak di atas api yang slow heat atau double boil tetapi berhati2 jangan air termasuk kedalamnya kacau sehingga larut.
2. Masukkan Glucose dan Glycerine ketepikan sejukan (suam-suam kuku)
3. Masukkan ising sugar kedalam bowl pukul sehingga rata kemudian keluarkan uli slowly sehingga menjadi dough yang lembut
4. Sekiranya dough agak melekit gaulkan tepung jagung sedikit-sedikit sahaja.

Note Kaki Kak Misliha: Menguli memerlukan kesabaran ya. Jangan nak siap cepat ya nanti fondant mudah merekah tak cantik.

Ni contoh Deko Kek Fondant yang Kak Misliha buat.


Ini pulak deko kek menggunakan buttercream. Chetam suka sangat kek ni.
Chetam suka kombinasi warna buttercream ni sebab biru ialah warna kegemaran Chetam

March 20, 2007

Daging Masak Hitam Manis Mak Lang - Turut mendapat Award dari Forum Cari.com

Lagi satu resepi yang mendapat Award dari Forum Cari.com

Chetam dah pernah cuba resepi dulu dan memang sedap. Kalau tak silap, pernah masukkan dalam Teratak Chetam tapi tak per....Chetam masukkan sekali lagi. Resepi merupakan menu semasa Mak Lang kawin dulu.

Daging Masak Hitam Manis
Sumber: Mak Lang

Bhn2
1/2 kg daging btg pinang } direbus bersama kicap,campur air sikit jer.
1/2 cwn kicap cap kipas udang } rasa sedap dari yg lain, bukan nak promote.
3sb Jintan manis}
3sb Jintan putih}digoreng sekejap lepas tu blend kasi halus
3 bijiBwg merah }
3 biji Bwg putih }dikisar
1 inci Halia }
2 sb Cili kisar } ikut kepedasan sendiri
Rempah ratus } bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga

Cara
Daging yg direbus bersama kicap tadi dihiris nipis, air rebusan daging jangan dibuang. Masukkan sebhg jintan yg diblend tadi dan juga sebhg. Bwg yg dikisar
bersama halia. Gaul daging bersama bahan2 tadi dan goreng sekejap aje. Sekarang, lebihan minyak tadi gunakan utk menumis baki jintan dan bawang2. Masukkan cili kisar,kacau. Kemudian masukkan daging dan air rebusan.Kacau sebati sehingga kuah agak pekat.Siap. Sedap dimakan bersama nasi minyak,nasi putih...yummyyyyy..

Peringatan : Jangan guna garam dalam masakan ini sebab dengan adanya kicap
sudah memadai.

Chocolate Treasures - Biskut yang mendapat Award CARI.com

Chetam dah minta kebenaran Mamazieza untuk songlap resepi ni....hehehehe...thanks Mama.

Resepi ni baru sahaja mendapat Anugerah Award dari Forum Cari.com bagi kategori Biskut. Kalau anda rajin dan berminat untuk membuat biskut untuk jualan, Chetam cadangkan anda buat biskut ini. Gerenti laris. Kalau tak nak buat sendiri, boleh buat tempahan dari Mamazieza.

CHOCOLATE TREASURE
Sumber: Mama Zieza

Untuk base
250gm butter
25 g susu powder
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko

Untuk topping
2 cwn c/flakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs.....
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis

cooking chocolate untuk drizzle

Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan segala jenis bahan kering tadi dan gaul hingga sebati dan dibulat-bulatkan dan ditekan dalam papercup.

Bakar.

Untuk topping, cairkan white chocolate (buat skit2 lerrrr) dgn menggunakan kaedah double boiler... dah cair masukkan cornflakes, almond nibs, dan golden raisins tadi.
gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan tadi... make sure jgn terlalu banyak cornflakes nanti tak lekat plak.

Biskut yang dah sejuk tadi disusun dalam talam dan masukkan topping ke atas biskut tu.
Pastu cairkan cooking cokelat dan masukkan dalam piping bag dan pipe secara drizzle ke atas topping tadi... Biarkan topping nya kering dan simpan.

Nota Kaki Chetam : Kalau nak lawat fotopage Mamazieza, ini dia : Mamazieza Welcomes You to Her Fotopage .

Cuci Mata Dengan Hasil Tangan Sarah Jasmine





Dah puas cuci mata?

Sarah Jasmine merupakan seorang lagi ahli ResepiDotNet. Beliau membuat kek-kek di atas bersama dengan sparring partner beliau, kalau Chetam tak silap Nasya kut namanya. Kemahiran beliau bukan setakat cupcakes sahaja tetapi meliputi Cheese Cakes, lain-lain kek serta biskut dan brownies.

Jika anda ingin melihat hasil tangan beliau dan partner, sila lawati World of Baby Cakes. Mereka mengambil tempahan yer.

March 16, 2007

SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU



SPAGHETTI BOLOGNAISE VERSI MELAYU
Sumbangan : Roziyati Rnet

I pkt Sphagetti
1/8 cawan minyak makan

Bahan tumis
1/2 cawan minyak makan
2 sudu besar cilli boh
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

1 tin kecil tomato puri
1/2 botol tomato sauce
1/4 botol cilli sauce
1/2 kilo daging kisar
2-3 keping asam gelugor

Bahan Dihiris Nipis
1 tin mushroom butang
8 batang anak jagung
1 pkt kacang parang (kacang peas yang nipis bentuk cam parang)
1 biji capsicum hijau
100 gm cauliflower

Bahan Dipotong Dadu
2 labu bawang besar
2 biji buah tomato

Bahan Perasa
Gula dan Garam secukup rasa
Dedaun berikut 1/2 camca teh dah cukup
Daun Oregano
Daun Basil
Daun Terragon
Daun Chives
Parsley
Thyme.
Jgn juga lupa cheese untuk taburan (Tips: Suka gunakan Cheese buku Cheddar Kraft punya dan disagat sebab lebih lemak berbanding Parmesan Cheese)

Tabasco - ikut rasa sendiri suka pedas ke tak

Cara-cara

1. Jerang air + minyak makan hingga mendidih dalam periok dan masukkan sphagetti. (Tips: Pastikan sphagetti tidak melekat antara satu sama lain. Jadik kena kacaulah...). Rebus hingga tanak dan tapis (jgn lama nanti terlalu kering sphagetti tak mengancam gitu).

2. Kalau suka boleh gaulkan ngan butter atau marjein skit dalam 1 sudu besar (masa tengah panas2).

3. Tumis bahan2 tumis hingga garing dan masukkan tomato puri, tomato sauce dan cilli sauce. Gaul hingga rata.

4. Bersihkan daging kisar dan masukkan dalam bahan sos tadi (Tips: ramaskan daging dalam 2 cawan air supaya daging tidak berketul2 dan sauce nie cantik)

5. Kecilkan api, renehkan dalam 5 min. Masukkan asam gelugor dan mushroom. Biarkan sekejab dan masukkan anak jagung dan dituruti ngan cauliflower. Bila dah sebati masukkan kacang parang, capsicum, bawang besar dan tomato. Reneh lagi hinggá betul2 sebati. Masukkan bahan perasa. Biarkan lagi (Tips: Lagi sedap bila kita renehkan dengan lebih lama..atau biarkan semalaman …cam asam pedaslah, lagi lama kita panaskan lagi sedap). Kalau terlalu pekat bleh tambah air. Ikut suka kecairan masing2.

6. Hidangkan dengan taburan cheese cheddar yg disagat.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumbangan : Ana Restoren Pak Amir

1 Bungkus spaghetti
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup- kalau ada & suka
400g minced meat
mixed herb......oregano/1 helai daun bay
2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1 batang carrot-potong dadu
1 biji terung bulat-potong dadu (optional)
125 g keju parmesan-jika suka (boleh diganti dgn cheddar)
3 camca minyak - ikut suka
sedikit garam
sedikit sebuk lada hitam-jika suka

Cara Membuatnya:-

1. Rebus spaghetti dlm air yang mendidih dan di campur sedikit garam & minyak supaya tidak melekat sampai spaghetti tu lembut.
2. Tumis separuh daripada bawang besar dan bawang putih tu sampai naik bau dan agak kekuningan.
3. Masukkan daging (minced meat) dan selepas tu masukkan kesemua bawang tadi.
4. Masukkan pula tomato puree tunggu sampai mengelegak........
5. Masukkan pula tomato sup, mixed herb/daun bay/oregano, garam dan lada hitam.
6. Lastly masukkan kesemua veges. and serve hot with grated parmesan cheese.

SPAGHETTI BOLOGNAISE
Sumbangan : Diana

(Untuk 6 hidangan)

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1 pound daging cincang
3/4 cawan bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
1/4 cawan minyak zaiton
2 (28 oz) tin tomato yang telah dibuang kulit (boleh dapat di supermarket)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai bay leaf
1 (6 oz) tin pes tomato
3/4 sudu teh basil kering (dried basil)
1 sudu besar dried parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-caranya
Rebus spaghetti mengikut cara yang ditunjukkan dipaket. Panaskan periuk dengan api sederhana, tuang minyak zaiton dan tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan tomato, garam, gula dan bay leaf. Tutup periuk dan biarkan api kecil. Biakan ia untuk 90 minit. Masukkan pes tomato, dried basil, dried parsley dan lada hitam dan juga daging cincang dan masak untuk 30 minit. Kemudian boleh dihidangkan bersama spaghetti dan taburkan dengan parmesan cheese.

SPAGHETTI SEAFOOD
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan

1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara-cara
Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
Masukkan udang dan sotong.
Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
Hiaskan dengan daun parsley.


SPAGHETTI

Sumber: Asmah Laili
Sumbangan : Diana

Bahan-bahan untuk Mee Spaghetti
1 kotak (500 gm) spaghetti
4 sudu makan minyak zaitun
secukup air rebusan
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah
400 gm bawang besar, didadu
200 gm kentang, didadu
200 gm cendawan shitake, dihiris
300 gm bunga kobis, dihiris
12 batang jagung muda, dihiris
2 batang lobak merah, diparut

Dikisar dengan sedikit air
20 batang lada kering
200 gm bawang besar
20 gm bawang putih
10 gm halia

Bahan-bahan lain
1 kg daging kisar
170 gm tomato paste
500 gm sos tomato
300 gm cili sos
3 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 tin tomato biji (whole peeled tomatoes)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh Italian spice
2 helai Bay leaf
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara menyediakan Spaghetti
Didihkan air dalam periuk. Masukkan spaghetti kering kedalam air rebusan hingga tenggelam. Masukkan garam dan dua sudu makan minyak zaitun. Biarkan ia mendidih dan kacau selalu, supaya semuanya rata.
Bila spaghetti sudah betul-betul lembut, angkat dan toskan. Dan segera lumurkan dengan dua suduh makan minyak zaitun.
Untuk mengetahui kelembutan spaghetti yang direbus, ambik sedikit dan gigit, jika ia tidak lagi liat dan mudah digigit, bererti ia sudah boleh ditoskan.

Peraturan untuk kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah kisar hingga garing. Masukkan pelaga, bunga cengkih dah kayu manis. Gaul rata hingga naik bau. Masukkan tomato biji, tomato paste, bawang dadu dan daging cincang. Biarkan ia mendidih sambil pecah-pecahkan tomato bijinya. Masukkan Bay leaf, oregano dan Italian spice dan kacau rata.

Setelah itu, masukkan semua sayur-mayur kecuali bunga kobis. Jika ia terlalu pekat, masukkan 1 cawan air. Kacau lagi. Kuah spaghetti ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangit. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

Ahkir sekali masukkan hirisan bunga kobis dan kacau rata. Kuah spaghetti ini haruslah pekat, tetapi tidak kering bergintil-gintil. Rasanya haruslah pedas, manis, masam dan lemak.

Cara menghidang
Semasa menghidang, letakkan mee spaghetti dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya. Untuk sedap lagi rasanya taburkan hirisan cili padi.

SPAGETI ALA MELAYU
Sumbangan : Lanee Abdul OnTheMenus

Bahan-Bahan :
3 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - mayang
* 2 batang daun saleri - cincang
* 1 biji lada hijau - cincang
* 2 batang lobak merah - hiris halus
* 125 gm cendawan butang
# 4 biji tomato - hiris agak halus
# 2 biji cili hijau - tumbuk
# 3 sudu besar tomato puri
# 250 gm daging cincang
2 sudu besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 bungkus spageti
Sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan bahan bertanda *. Kacau sebentar.
Masukkan pula bahan bertanda # dan air secukupnya.
Masukkan gula, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
Biar kuah agak pekat dan angkat.

Cara Menyedia Spageti :
Didihkan air bersama garam dan masukkan spageti.
Masukkan 1 sudu besar minyak bila hampir lembut. Toskan.

Spageti Berkuah
Sumbangan : Anjung 99 OnTheMenus

Bahan-bahannya:
850 ml air
200 ml santan
4 sudu besar minyak masak
2 kuib pati tom yam
2 camca besar kerisik
1 camca teh gula
garam

Bahan dikisar:)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
4 biji cili merah
4 sudu besar bawang goreng

Cara membuatnya:
•panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan air, santan, pati tom yam, kerisik, gula, garam. Kacau dan biar mendidih. Reneh selama 10 minit. siap.

300 gm Spaghetti
rebus ikut arahan bungkusan.

•Hidang di hias dengan lobak merah parut, telur puyuh rebus atau telur ayam, tomato & limau kasturi.

SPEGHETTI MARINARA
Sumbangan : Diana

Bahan-Bahan
1 paket spaghetti mentah
bawang putih
100g udang
100g sotong di potong halus
300g kupang yang sudah dibersihkan
garam
chili paste
minyak zaiton

Cara Cara
Rebus spaghetti hingga lembut. Panaskan minyak zaiton dan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong kupang dan gaul ramuan tersebut bersama garam secukup rasa dan chili paste. Masukkan speghetti yang telah lembut itu dan gaul hingga rata.

Nota Kaki Chetam : Chetam suka makan spaghetti tapi Chetam masak cara mudah guna yang readymade jenama Preego, Maggi atau Kimball. Dan paling Chetam suka bila tambah daging cincang. Perghhh.......

March 14, 2007

Barangan Kristal Terbaru dari Toko Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Barangan terbaru dan ada juga design Chetam sendiri. Semua ini untuk anda miliki. Kalau berminat , sila email chetam1@gmail.com. INGAT!! Pengunjung Teratak Chetam akan menerima diskaun sebanyak 10%.

Chetam

Kristal Pendant 8mm, gabungan Topaz dan Citrine.
Diikat dengan Emas 14K.
Panjang 17.5 cm.
Harga : RM70.00

Kristal Pendant 6mm, gabungan warna Light Rose dan Crystal AB.
Diikat dengan 925 Perak.
Panjang 17.5 cm.
Harga : RM90.00

Kristal Pendant 6mm, gabungan pelbagai warna-warna menarik.
Diikat dengan 925 Perak.
Panjang 17.5 cm.
Harga : RM90.00


Kristal 8mm, gabungan Sapphire biasa dan Sapphire AB.
Diikat dengan 925 Perak.
Panjang 17.5 cm.
Harga : RM70.00

March 09, 2007

Beraya di Kota Medan, Sumatera Barat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama Chetam janji nak citer pasal raya di Kota Medan. So hari ni, Chetam tunaikan tapi ceritanya serba ringkas saja yer. Ni 1st time Chetam raya di Medan dan juga 1st time Chenul sampai ke rumah Atuk.

Kami bertolak pagi 23 Oktober 2006 dengan pesawat AirAsia. Chenul punya seronok sebab dapat naik OPLANE. Selama ni Chenul cuma tengok OPLANE dari bawah jer. Sampai Medan selepas 55 minit. Memang tak puas naik OPLANE sebab sekejap dah sampai. Adik dan Ipar Buya dah tunggu bersama anak-anak. Seronok Bonda tengok Chenul.

Dalam 10 minit naik Kijang, dah sampai rumah Atuk. Dekat sangat rumah Atuk dengan Lapangan Terbang Polonia. Yang paling kelakar, ada adegan air mata menyambut kepulangan Buya dan Chenul.....Chetam bawa kek dan biskut sebagai ole-ole dari Malaysia. Rupa-rupanya, di rumah mertua lagi banyak biskut raya cuma kek yang tak ada. Chenul punya seronok sebab sepupu-sepupu semuanya sebaya. Apa lagi......tak duduk dia sampai semua orang tengok menggeleng kepala sebab tak tahu penat langsung.

Malam Raya tu, Buya, Chetam dan Chenul di bawa ke tengah Kota untuk menyaksikan sambutan Hari Raya di Kota Medan. Memang meriah sakan. Orang ramai berpusu-pusu. Siap berarak naik lori kecil dan besar sambil bertakbir. Ada hotel yang menganjurkan acara keagamaan serta upacara memalu gendang atau tabuh. Jalan besar ditutup dan gerai-gerai dibuka di tengah jalan. Ada konsert diadakan di tengah tasik. Paling seronok bila tengok sepanjang jalan dipenuhi dengan orang menjual trompet dan mainan anak-anak.

Ini gambar Chenul ngan orang yang jual trumpet. Trumpet di bahagian bawah. Yang tengah tu boneka yang boleh bergerak dan di atas belon bentuk ayam. Siap boleh picit.....hehehehe....tak senang duduk Chenul dok kejar orang ni.

Chenul berposing dengan Atuk dan sepupu. Yang di atas tu Mimi, anak Mak Long dan yang di bawah tu, Tika anak Bonda.

Chetam tak pernah tengok orang bayar fitrah dengan beras, selalunya dengan wang. Kaunter pembayaran fitrah ini dibuka di pintu masuk Masjid Raya. Masjid Raya ni cantik dan besar tapi gambar sebelah malamnya tak terang.

Ini adik-adik dan ipar Buya, masa tengah lepak di gerai. Yang dukung anak di tengah tu Bonda, yang gendong anak dalam kain tu Mak Long, yang baju biru petak tu suami Bonda dan suami Mak Long terlindung.

Ini pula pentas konsert yang di adakan di atas pentas terapung kalau Chetam tak silap. Meriah betul. Lagu keagamaan ada, dangdut ada, lagu Siti Norhaliza pun ada.

Gambar ni tak berapa jelas tapi Chetam tempek juga sebab nak tunjuk suasana Malam Raya di Kota Medan. Di bahagian belakang tu adalah orang-orang yang menaiki lori sambil bergendang dan bertakbir.

Esoknya 24 Oktober 2006 dah Hari Raya. Malangnya Chetam tak ambil sebarang gambar pada hari raya pertama. Raya di rumah mertua Chetam memang meriah. Bayangkan tiga set kerusi sofa di sediakan di ruang tamu dan setiap set ada biskut raya yang terhidang. Tetamu memang ramai sampai bekas biskut asyik kosong jer. Yang berkerja keras mengisi bekas-bekas kosong ini ialah adik Buya yang bongsu dan sedang sarat mengandung anak pertama.

Hidangan di pagi raya ialah tapai pulut hitam, kulang kaling atau di Malaysia dipanggil buah nipah. Ada sedara mara yang bawakan lontong. Memang sedap. Mertua Chetam buat kuah kacang....sedap sangat.....kuahnya tak pekat tapi manis tapi sodap...hehehe....

Raya kedua kami pegi rumah Biras Mertua Chetam. Biras ni masuk kategori orang kaya so rumah memang besar banget. Ni gambar Chenul di tangga bersama sepupu-sepupu.


Aksi-aksi kelakar Buya dan adik beradik beliau di luar rumah Biras Mertua. Sebenarnya sedang happy sebab anak-anak dapat duit raya Rp20,000 dari Biras.

Yang lelaki di tengah tu adik Buya, Chenul panggul dia OM NIAM. Sebelum raya, Om Niam datang training ke Malaysia dan bawa air Rasberi jenama Kurnia. Setiap kali Chenul nak air Rasberi ni, Chenul akan kata nak air OM Niam sehingga sekarang melekat nama air Om Niam. Yang baju hijau tu Ibu Mertua Chetam dan yang baju pink tu Biras Mertua.


Ini pula halwa buah kulang kaling yang dibuat sendiri oleh mertua. Memang sedap tapi manisnya....mak ai. Lagi sedap kalau makan yang udah disejukkan dalam peti ais. Buah ni juga dihidangkan di kebanyakan rumah tetapi versi warnanya berlainan. Ada yang warna oren, hijau dan merah. Tetapi mertua Chetam memilih warna yang asal je.

Ini dia tapai Pulut Hitam. Sedap tapi manis giler. Kebanyakan rumah yang Chetam beraya memang hidangkan Tapai Pulut Hitam ni.

Ok......stop sini kejap. Nanti Chetam akan citerkan pasal Majlis Aqiqah untuk baby perempuan Om Amri.

Babai
Chetam

Chetam geram betul ngan Sifu Nina ni.......

Weh......bukan geram yang negatif tapi yang membina. Bayangkan Sifu Nina punya terror mendeco kek. Sekarang beliau suka melukis dengan piping jelly. Cantik belaka kek yang dihasilkan. Bawah ni beberapa contoh.

Oh Ya.....kepada pengunjung baru ke Teratak Chetam ni, tentu tak kenal siapa Sifu Nina ni.....sebenarnya Chetam pernah menunjukkan hasil kerjatangan Sifu Nina mendeco kek sebelum ini. Kalau nak tahu, kebanyakan gambar kek dengan hiasan roses di sebelah kanan ni adalah merupakan hasil deco beliau.




Kalau anda berkenan dan nak tahu lebih lanjut, boleh lawat fotopage beliau di http://zahurinina.fotopages.com/ . Beliau ambil tempahan tau..........

March 07, 2007

Tayangan Perdana Cuppies Semasa Majlis Tahlil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf lambat tayangkan gambar cuppies yang Chetam buat semasa Majlis Tahlil Arwah Bapak dan Emak di Padang Rengas penghujung tahun lepas. Chetam buat cuppies di Kajang dan kemudian angkut ngan keretapi balik ke Tepen. Semasa mendeco, Chetam dibantu oleh anak sedara yang umur 9 tahun kut. Chetam serahkan pada dia design apa yang yang dia nak buat dengan menggunakan bahan-bahan yang Chetam bawa dari Kajang. Chetam cuma paipkan aising dan dia tabur hiasan. Alhamdullilah, tak mengecewakan.

Chetam bawa 93 cuppies ke Padang Rengas, habis semuanya licin. Seronok tengok pakcik2, makcik2 dan kanak-kanak di sekitar rumah kakak di Padang Rengas tu duduk menikmati cuppies. Ada 3 jenis resepi yang Chetam guna, Kek Butter Sempoi dari Mak Lang(Rnet), Kek Sponge guna readymix dan juga kek coklak moist juga readymix.








Yang di bawah ni pulak, trifle dan cupcakes yang dibuat semasa Hari Raya Haji yang lepas. Resepi trifle ada dalam kotak sebelah yer. Dan cupcakes menggunakan resepi Kek Butter Susan.