Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 28, 2007

Projek Rahsia Chetam Kini Terbongkar....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum ini Chetam dah war-warkan yang Chetam sibuk dengan satu projek baru. Hampir sebulan Chetam bergerak secara senyap-senyap dan hari ini Chetam umumkan pada anda semua tentang projek rahsia ini.....hehehehe.....

Sebenarnya Chetam dah mula berniaga barangan kristal secara kecil-kecilan. Barangan kristal berupa gelang, rantai tangan, anting-anting dan lain-lain ini merupakan hasil kerastangan Chetam sendiri. Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan kristal ini, bolehlah membuat tempahan. Sila lawat Toko Chetam - Beli Secara Online untuk melihat sampel. Belum banyak sampel yang terdapat di sana tapi anda masih boleh membuat tempahan berdasarkan keinginan dan kemahuan anda.

BERITA BAIK! Diskaun sebanyak 10% diberikan kepada pengunjung-pengunjung Teratak Chetam. Tempahan boleh dibuat melalui email chetam1@gmail.com atau YM di che_tam.

Chetam





February 27, 2007

Kek Coklat Kukus Badariah sempena Majlis Tahlil Arwah Ayahanda dan Bonda di Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam cuma nak tayang kek yang Chetam bawa khas dari Kajang ke rumah kakak di Taiping. Chetam buat dua biji kek coklat kukus Badariah, disalut dengan coklat topping dan dihias dengan jelly. Simple tapi sedap. Kakak Chetam bagitahu semua yang makan kek tu puji sedap sampai jiran sebelah rumah beliau sibuk dok tanya sapa yang buat.

Kakak Chetam ni sebenarnya yang dulu tinggal di Bangi. Selepas Arwah Bapak meninggal dunia, beliau sewakan rumah di Bangi dan balik ke Taiping untuk tinggal di rumah yang suami beliau beli zaman bujang dulu. Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum kenduri Tahlil ni, kakak Chetam jatuh dari motor. Motor menjunam masuk ke dalam longkang dengan tayar depan ke bawah dan tayar belakang tertonggeng ke atas. Alhamdullilah anak sedara Chetam tak duduk di dalam bakul depan. Kalau tidak, memang cedera parah. Anak sedara duduk di bahagian belakang dan cuma lebam di pipi kanan. Tapi kesian kakak Chetam. Tangan kiri beliau patah, tangan kanan lebam teruk. Kaki pun lebam juga.

Sebelum kejadian, kakak tengah siap nak hantar bekal nasi kepada anak lelaki yang ada kelas tambahan. Yang kelakarnya, lepas masuk longkang, beliau terus bangun dan masuk rumah untuk ceduk nasi untuk bekal baru. Dah siap dengan kunci kereta nak hantar nasi, mungkin dah terasa sakit, kakak terus talipon suami kakak Chetam yang lagi sorang. Bila sampai hospital, sah tangan kiri dah terkulai dan kena tahan di wad selama 2 hari. Baru beberapa hari tangan bersimen, kakak Chetam ni dah sibuk menyangkul. Bila balik Taiping hari tu dan tengok tangan kakak bersimen, teringat pada Arwah Emak yang pernah bersimen tangan kanan selepas jatuh semasa nak turun anak tangga di luar dapur. Arwah Emak nak cuba pam air elektrik yang baru Arwah Bapak pasang di telaga masa tu.

Amboi....sedapnya. Nak resepi, cari kat kotak sebelah.

Kakak Chetam dok tersenyum dengan tangan bersimen.

February 05, 2007

Krim Puff - Umi Imah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sori lama tak jengah ke Teratak Chetam. Chetam sibuk ngan satu projek baru. InsyaAllah, kalau projek menjadi, akan Chetam war-warkan di Teratak Chetam ni.

Chetam satu famili baru balik bercuti ke Genting Highlands. Tidur di sana 2 malam. Chenul seronok main kat sana sampai terlalu penat hingga tertidur di meja makan.

Semalam Chetam sempat buat cream puff dari resepi Umi Imah. Kalau tak silap Umi Imah dari Cari.com. Resepi ni Chetam dapat dari Pengasas ResepiDotNet, Puan Jeni. Chetam minta maaf sebab tak sempat ambil gambar so Chetam paparkan gambar dari Puan Jeni. Cream Puff ni memang sedap. Masa Chetam buat, Buya tak ader di rumah kerana mengajar mengaji di rumah orang. Bila Buya balik, komen Buya.....Umi ni tak reti masak lain...masak kek aje......Dalam hati, Chetam dah cakap, gerenti Buya tak akan sentuh cream puff ni. Tapi sangkaan Chetam meleset. Sambil tengok Aznil ambil Award Pengacara TV Popular, tangan Buya pun rancak memasukkan cream puff ni ke dalam mulut.


Krim Paff
Sumber: Umi Imah
Sumbangan : Puan Jeni RDOtNet
Gambar : Puan Jeni RDOtNet

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Nota Kaki Chetam :
1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ni.
2. Boleh juga masukkan cream nya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit cream ke dalam lubang tu.
3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff
4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu.

Kek Batik - Brunei Darussalam sumbangan Mysweety Sweet

Chetam terima email dari seorang pengunjung Teratak Chetam. Beliau telah sudi untuk berkongsi resepi Kek Batik - Brunei Darussalam. Terima kasih Chetam ucapkan.

Kek Batik - Brunei Darussalam

Bahan-bahannya
16 oz mentega
10 biji telur
1 tin susu manis
1 tin mentega tepung gandum
1/2 tin mentega nestum
1/2 tin mentega milo
1/2 tin mentega horlick
500 gm roti marie atau roti tunjuk
sedikit bijan untuk di tabur atas kek batik
sedikit nestum juga untuk di tabur atas kek batik
sedikit browning
Cara membuatnya :-
Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu-satu pukul hingga rata, masukkan susu manis dan milo. Gaul rata-rata kemudian masukkan tepung dan nestum serta gaul rata-rata.
Akhir sekali masukkan browning. Tuangkan ke dalam kuali, jarangkan di atas api sehingga tidak melekat. (Kacau perlahan-perlahan dengan menjaga api, agar tidak hangus adunan). Angkat dan masukkan roti tunjuk atau marie dengan di susun mengikut sesuka hati. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah di lapis dgn kertas, tekankan hingga rata. Taburkan bijan dan nestum, bila dah sejuk masukkan dlm peti ais, bila keras baru lah di potong.
Nota Kaki MySweety Sweet :
Resepi ini saya dpt sejak tahun 1996. Dan saya ubah sikit, spt campur horlick dan raya tahun lepas saya cuba beli dua jenis biskut marie warna putih dan brown. Dan saya taburkan dgn serbuk bijan dan nestum Saya susun dgn cara adunan kek selapis, lepas tu biskut marie di susun di atasnya, dan dilapiskan lagi dgn adunan kek serta di tekan2 biar rata, kemudian di susun biskut marie sampai akhirnya.
Maaf gambar nye belum ada dlm simpanan, tapi rupa kek batik sama cam resepi puding marie ..
Masa nak angkat adunan .. jgn diambil minyak nya ..