Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 15, 2007

BALI - Episod Finale (20 November 2006)

Ini merupakan episod terakhir kisah Chetam di Bali. Lepas ni Chetam citer pasal raya di Medan yer.

Pagi-pagi lepas solat subuh, Chetam dan gang jalan kaki ke Pantai Kuta. Dalam kepala dok ingat jalan yang jauh untuk ke sana. Rupa-rupanya ada short cut yang melewati Pasar Seni Kuta. Dekat sesangat. Masa Chetam ke sana, Pasar Seni Kuta masih belum dibuka. Ramai juga orang yang telah berada di pantai untuk bersenam. Chetam tak bawa kamera sebab bateri habis. So gambar bawah ni dari kamera kawan ofis.




Pantai Kuta tak la menarik sangat tapi ramai yang main surfboard di sana. Kalau nak pantai yang cantik kenalah ke tempat lain seperti di Ubud. Sana lagi ramai pelancong. Ombak di Kuta ni boleh tahan juga garangnya. Sebesar-besar Chetam pun boleh ditolaknya sampai jatuh.....hehehehe.....memang lepas gian betul. Chetam dan dua lagi kawan ambil giliran untuk mandi manda. 2 orang mandi dan sorang jaga barang. Bila tiba giliran Chetam jaga barang, datang sorang anak muda dok sebelah. Sebelum tu memang dah nampak dia dok berlari ulang-alik depan Chetam.....bersenam wei....Dia tanya Chetam ni Cikgu dari Jakarta ker sebab gaya pakai tudung kut.....hehehehe....Chetam cakap dari Malaysia. Tanya dia pure Bali ker....rupernya tidak....berhijrah dari Pulau Jawa bersama-sama dengan keluarga. Kalau tak silap, dia ni keje buat tudung.....kalau Chetam tak silap dengar la. Tapi sepanjang 3 hari Chetam di Bali, langsung tak nampak orang jual tudung pun. Then tanya dia pasal makanan. Anak muda ni kasi tips.....kalau nampak kedai yang tulis 100% HALAL tapi perkataan HALAL tu dalam bahasa rumi......jangan makan. Cuma yang boleh percaya kalau HALAL tu ditulis dalam tulisan Jawi.

Lepas mandi sekejap di Pantai Kuta, Chetam pun berjalan balik ke Hotel. Mandi sekejap, tukar baju dan terus turun untuk breakfast. Sebelah pagi acara bebas sehingga pukul 12.30pm. So Chetam dan sorang kawan pegi cari Wartel. Jumpa betul-betul di seberang jalan Hotel yang Chetam tinggal. Wartel ni terletak di sebuah



Gambar-gambar dari Bali Discovery Tours



Gambar-gambar di atas Chetam ambil dari Bali For Families

Hotel baru yang bernama Nagasari. Hotel ni memang kecil tapi cantik dan selesa berbanding Hotel yang Chetam tinggal. Biliknya lebih besar dan selesa dan bilik air pun cantik. Kolam renang di tengah-tengah bangunan hotel, siap ada bar di pool side. Chetam tanya front desk, boleh mandi ngan baju tak. Dia kata tak ada masalah. Boleh saja. So kalau anda nak ke Bali, Chetam rekomen Hotel Nagasari di Kuta. Sewa bilik lebih murah iaitu RP300,000 net satu malam. Kecuali bulan Disember dan Ogos, sewa dinaikkan kepada RP350,000 disebabkan bulan2 ini merupakan bulan perayaan di Bali.

Lepas talipon Buya, Chetam dan kawan pun merayap di kedai-kedai sekitar Kuta. Kami singgah di kedai Kuta Kidz. Kedai yang menjual baju anak-anak dengan jenama tersendiri iaitu Kuta Kidz. Cantik baju-bajunya.



Ini baju yang Chetam belikan untuk Chenul. Bahagian dalam bertali halus dengan harga RP65,000 dan baju luar berharga RP60,000. Dibuat dari kain kapas sepenuhnya. Lepas tu pegi lagi satu kedai untuk beli baju Buya. Kedai ni jual baju lelaki dengan kain kapas sepenuhnya. Semua baju berwarna putih. Maaf tak ader gambar.....hehehe

Kawan Chetam beli 2 kain batik Sutera yang memang cantik. Since beliau merupakan pelanggan pertama, so dapat diskaun. Oh Ya.....tradisi di Bali, mereka amat menghargai pelanggan pertama untuk setiap hari. So anda boleh minta diskaun dan InsyaAllah, kalau memang barang tersebut sudah ada potongan...boleh dapat extra diskaun. Chetam merupakan pelanggan pertama semasa membeli baju Buya. Salesboy tu siap ketuk duit yang diterima pada buku bill.

Lepas merayau, balik bilik untuk check out. Tinggal barang di lobi, lepas tu Chetam ke Matahari Supermarket. Nak cari kopi dan kacang.



Inilah pintu depan Matahari.

Dah hari terakhir baru perasan pintu masuk ini. Bila masuk jer, nampak banyak barangan kraf Bali yang boleh dijadikan ole-ole. Harga barangan memang sedikit mahal dari tempat perlancongan seperti Tampak Siring atau Tanah Lot tapi harus diingat yang ongkos untuk ke kedua-dua tempat juga agak mahal. Kalau tidak berminat ke tempat yang jauh-jauh, memadai dengan membeli ole-ole anda di Matahari. Kawan Chetam beli cembul kayu di Tanah Lot dengan harga RP30,000 sedangkan di Matahari harganya ialah RP36,000. Tapi belanja ke Tanah Lot dengan pakej yang disediakan adalah melebihi RP150,000.

Anda juga boleh membeli ole-ole anda di Pasar Seni Kuta. T-Shirt yang Chetam beli di Pasar Seni Kuta lagi bermutu tinggi berbanding di Tanah Lot. Designnya pun lebih cantik dan warna lebih terang.


Ada banyak deretan gerai di Pasar Seni Kuta. Chetam beli banyak T-Shirt di gerai ni.


Chenul berposing dengan T-Shirt dan pin rambut yang Chetam beli.


Chenul dok tengok Buya siapkan kapal api. Kapal api ni Chetam beli di kedai sebelah Hotel. Boleh belayar atas air dengan menggunakan minyak masak.



Chetam balik semula ke Hotel sebab nak bersiap untuk ke Airport. Sebelum sempat ambil gambar-gambar ni.

Sampai di Airport, penerbangan AirAsia delayed. So keluar dari area Check In untuk cari tempat alas perut. Jumpa this cafe. Alhamdullilah......cafe ni HALAL dan dipunyai oleh orang Jakarta.




Fish and Chips yang Chetam order. Murah tapi banyak.

Selesai makan, kami masuk semula ke Check In Area. Diberitahu yang kapalterbang AirAsia berada di gate 8. Selepas melepasi pemeriksaan Immigresen, kami terpaksa berjalan jauh kerana Lapangan Terbang Ngurah Rai ni besar dan panjang. Sebelum memasuki tempat pembayaran Boarding Pass sebanyak RP100,000, Chetam sempat ambil gambar ni.



Tahu bunga apa ni? Inilah Bunga Harum Sundal Malam......alah.....citer Pontianak Harum Sundal Malam tu......memang wangi bunga ni.

Lepas bayar boarding pass......ada dua arah di depan. Sebelah kiri ke gate 3 hingga 8 sementara sebelah kanan gate 1 dan 2. So kami berjalan dengan laju ke sebelah kiri. Jauh betul. Kiri kanan dipenuhi dengan bermacam-macam jenis kedai dan restoren. Selepas pemeriksaan badan, kami lepak kat area menunggu. Yang peliknya, cuma Chetam bertiga sahaja kat situ. Gang yang lain tak ada. Tiba-tiba orang Air Asia datang bagi tahu kapalterbang dah parking kat gate 2. Ya Allah......penatnya....kena patah balik. Penat betul kaki dibuatnya. Kena beratur semula, kena buat pemeriksaan semula. Masuk kapal, dah penat sesangat. Perjalanan 3 jam lebih sikit pulak tu.

Sampai di LCCT, tumpang kawan balik. Dia hantar sampai rumah. Buya dan Chenul dah menunggu.......hujan pulak tu. Apa-apapun.....Alhamdullilah selamat sampai rumah sendiri.

Lagi contoh kek patung Barbie




Kek Barbie Doll oleh Sifu Nina. Sifu Nina memang terer mendeko kek tapi ini merupakan kali pertama beliau mendeko kek Barbie. Tapi hasilnya memang tidak mengecewakan. Cantik sesangat.



Kek Barbie Doll oleh Mami Montel. Mami Montel menggunakan Fresh Cream atau Whipping Cream sepenuhnya. Pukul fresh Cream sampai kental tanpa masukkan bahan lain. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya, keluarkan dan campur sedikit pewarna sekiranya inginkan warna lain selain putih. Kacau perlahan-lahan sehingga warna menjadi rata. Kalau kita tengok patung Mami Montel, walaupun menggunakan satu warna sahaja tetapi ianya tetap menarik. Chetam suka sangat sebab terasa kelembutannya.

January 04, 2007

Macam Mana Nak Deko Kek Barbie Doll???

Pada bulan Jun lepas, Chetam ada paparkan macam mana nak deko kek bulat. Sekarang Chetam nak tunjuk macam mana Mr Hau dari Bake With Yen mendeko kek barbie doll. Gambar-gambar Chetam ambil dari email Shida Aziz yang dihantar kepada YG Rnet. Chetam pun join kelas tu. Menurut Mr Hau, kek ini boleh dijual dengan harga RM70.



Step 1 : Mr Hau tengah mengadun buttercream.
Step 2 : Mr Hau guna 3 buah kek sponge yang berbeza saiz. Di tampal butter cream untuk melekat lapisan kek sponge ni.
Step 3 : Guna pedang panjang, kemaskan lapisan kek supaya membentuk seperti skirt. Maknanya kena potong kek ni menyorong. Jangan buang kek yang dipotong sebab akan digunakan di lapisan paling atas nanti.
Step 4 : Sapu lapisan nipis buttercream. Sekadar menyaluti kek sponge tadi. Kalau tengok kek tu sekarang nak meruncing. Ini disebabkan kepingan kek yang dipotong tadi telah ditampal sehingga membentuk pinggang yang ramping. Kalau lapisan atas tak tajam, pinggang doll akan jadi besar.
Step 5 : Nozzle yang digunakan ialah nozzle untuk bunga ros......bahagian yang meruncing diletakkan ke atas.
Step 6 : Masukkan buttercream dalam piping bag. Putih di sebelah dan pink di sebelah yang lain. Guna spatula.
Step 7 : Letakkan nozzle di atas kek.....pastikan tidak terlalu rendah. Nozzle ni boleh pusing2. Kalau nak pink bawah, make sure bahagian meruncing menghala ke atas.
Step 8 : Picit piping bag dan tindan buttercream yang keluar membentuk huruf U
Step 9 : Ulangi proses di atas sehingga selesai keliling kek
Step 10 : Ulangi proses yang sama sehingga beberapa lapis. Nozzle diletakkan di pertengahan skirting yang pertama tadi. Ini akan menghasilkan corak beropol-opol
Step 11 : Nozzle yang sama....buat huruf U kecil2. Jadi macam sisik ikan.
Step 12 : Buat sampai habis.
Step 13 : Boleh guna nozzle lain untuk menghias kek
Step 14 : Guna nozzle star untuk menutupi badan Doll tadi. Ikut Kreativiti masing2.

Berikut adalah di antara sampel-sampel Kek Barbie yang telah siap dan dihantar ke YG Rnet dan RDotNet.


Kek oleh Linda


Kek oleh Jai


Kek oleh Mas(tokeh cupcakes ni)


Kek oleh Leen



Kek dari Ayu. Siap pakai tudung lagi....


Terkini....baru fresh diterima. Kek dari Norlida.


Ini pulak kek comot dari Chetam....hehehe

Nota Kaki Chetam 1: Untuk patung barbie tu, terpulang sama ada kita nak gunakan patung Barbie yang original siap dengan kaki ataupun beli patung Barbie separuh yang ada dijual di kedai-kedai membekal bahan kek. Kalau guna yang original, kita kena tekan kaki patung tu ke dalam kek sehingga ke paras pinggang. Ada juga saranan supaya bahagian bawah patung yang original ini dibalut dengan plastik supaya tak terkena buttercream. Paling penting jika guna cara ini, kena pastikan kek anda tidak terlalu kurus, takut kek pecah bila patung ditekan masuk. Patung Barbie yang separuh ni memangla amat murah, lebih-lebih lagi kalau beli kat BWY. Kalau tak silap, Chetam beli RM2.50 untuk sekor. Di Bagus Kajang, sekor dijual dengan harga RM5.00. Patung Barbie yang original memang lah mahal, puluhan ringgit untuk satu patung tapi kebaikannya, lepas potong kek birthday girl dapat Barbie Doll as a Birthday Gift.

Nota Kaki Chetam 2: InsyaAllah akan Chetam tambah sampel dari masa ke semasa. Sama-sama kita belajar cara mendeco supaya tokeh-tokeh bakeri akan bangkrap......hehehehehe......

Nescafe Chocolate Moist Cake - Kak Rodziah (RDotNet)


Kek Hantaran dan Makan Damai.

Nescafe Chocolate Moist Cake
Sumber: Kak Rodziah - RDotNet
Deco: Suami Kak Rodziah

A
200 gm Butter (klu unsalted lg bagus)
1 cwn gula kastor

B
2 cwn tepung gandum (tepung kek lagi bagus)
1/4 s/teh soda bikarbonat
1 1/2 s/teh baking powder (klu double action lg bagus)
-Ayak

C
1/2 cwn serbuk koko (coklat lg best)
1 cwn air biasa
1 s/teh coffee oil
1 s/teh nescafe
1 s/teh chocolate emulco
2 s/teh esen vanilla (vanilla paste lg best)
-Satukan semua bahan

D
3 biji telur (grade B pun boleh)

Cara:-
-Pukul A, masukkan D.
-Masukkan tepung dan air berselang seli, akhir sekali mesti tepung.
-Bakar 160 celcius, lebih kurang 50 minit.

Nota Kaki Kak Rodziah: Yang warna merah tu kalau untuk makan sendiri boleh lah, kalau nak jual kena pandai2 kira lah.

Chocolate Topping

1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn serbuk koko/coklat
3/4 cwn air
1 cwn susu cair/fresh milk
1/2 s/teh nescafe
1 s/teh esen vanilla
garam secubit
100 gm butter

-campurkan semua, double boil hingga agak2 pekat, tuang kat atas kek, cara ratakan topping, sendeng2 kan je plate kek tu, agar toppingnya turun dgn sendiri, kemaskan tepinya.

Butter Cream

250 Butter
350 Krimwell

Syrup
100 ml air
200 gm gula pasir
-masak hingga pekat dgn api perlahan, saya letak daun pandan, biar wangi, perahkan jus limau kasturi sikit spy tidak bersakar.

Cara: Pukul butter, masukkan krim well, pukul lagi, masukkan syrup, masa ni pukul speed sikit. Dah siap untuk lepa.

Nota Kaki Chetam: Chetam suka sangat tengok deco kek ni. Warna hitamnya menawan kalbu. Pandai suami Kak Rodziah mendeconya
. Oh Ya.....makan damai tu apa yer?

Kek Butter Susan

Resepi ni Chetam dah cuba untuk Hari Raya Aidil Adha. Chetam buat cupcakes tapi gambarnya belum sempat download sebab bateri habis. SO......Chetam songlap gambar cupcakes MamaZieza dari RDotNet.....hehehe....Mama jangan marah yer. Kenapa Chetam songlap gambar cupcakes Mama sebab Mama buat menggunakan resepi yang sama. Kalau tak silap Chetam, asal resepi ni adalah dari Diana yang mengabadikan nama kawan beliau sebagai nama kek butter ni, SUSAN. Kalau tak silap Chetam lagi, Diana dapat resepi kek ni dari Susan.

Nanti Chetam akan masukkan gambar cupcakes Chetam pulak.



KEK BUTTER SUSAN
Sumbangan: MamaZieza RDOtNet
Sumber: Diana

Bahan-bahannya
3 cawan tepung kek
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 cawan mentega, dilembutkan
1 ½ cawan gula
½ cawan gula perang (brown sugar)
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan sour cream (boleh digantikan dengan Blueberry Yougurt)

Caranya
Panaskan ketuhar pada 165 darjah C. Sapukan mentega dan tepung pada loyang 10 inci. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Dalam acuan pukul 1 cawan butter, 1 ½ cawan gula dan ½ cawan gula perang sambai kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
Masukkan juga vanilla. Masukkan tepung dan juga sour cream gaul hingga sebati. Tuangkan adunan dalam loyang dan baker selama 75 minit atau sehingga masak.

Ini pula resepi asal buttercream yang digunakan oleh MamaZieza.

Buttercream – Lady Ariess(Cari.com)

1 cawan shortening
1 cawan krimwell - kat sini takde krimwell, so aries gunakan cream mixture
3 sudu susu cair
8 cawan gula icing - diayak (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu teh perasa badam
1 sudu teh perasa vanila

Shortening ngan krimwell pukul sampai gebu....masukkan gula icing sikit sikit.....kemudian masukkan susu cair sedikit demi sedikit (tengok consistency mcm mana)....icing ni kalau nak buat deco, lebih cantik, very smooth.....(sebab x guna butter, so icing ni nanti akan jadi putih....elok je nampak)....kalau rasa banyak, simpan dlm fridge then bila nak guna balik, pukul balik.....nak bubuh color, pakai color paste...kalau guna pewarna biasa takut adunan jadi cair sikit....

Nota Kaki Chetam 1: Kek Butter ni memang sedap. Makin lama makin sedap....hehehehe.
Nota Kaki Chetam 2: Ucapan Takziah kepada MamaZieza yang baru kehilangan Ayah Mertua. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya.

Selamat Pengantin Baru - Ima (ahli RDotNet)

Kelakar sangat bila terima email dari Ima pagi tadi. Sebelum tu, Sifu Anis dari Utara ada emailkan gambar Kek Perkahwinan yang telah beliau siapkan untuk ahli YG RDotNet tanpa memberitahu siapakan gerangan orangnya. Chetam memang dah berhajat nak kongsi deco kek tersebut di Teratak Chetam sebab very the sweet. Bila email Ima sampai personally, Chetam pelik. Apsal Ima email bagitau ini gambar kek beliau tapi tak der pun gambar kek yang disertakan.

Rupa-rupanya, gambar kek yang Sifu Anis email tu Kek Perkahwinan Ima sebenarnya. Dan Ima turut emailkan gambar beliau dan suami sedang potong kek berkenaan. So memang sah...........kek tersebut adalah kek beliau.....hehehehe....Chetam ambil kesempatan meminta kebenaran dari Ima untuk paparkan gambar kek yang Sifu Anis hantar dengan gambar kek sedang dipotong untuk tatapan anda semua.

Selamat Pengantin Baru untuk Ima dan Suami. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.





Nota Kaki Chetam: Chetam sempat promote Ima pegi honeymoon ke Genting Highland sebab ada tawaran menarik. Nak tahu lebih lanjut, lawat laman web Genting Highland

Puding Biskut Marie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak kongsi satu resepi yang amat mudah. Chetam panggil Puding Biskut Marie tapi ada beberapa versi yang berbeza dipanggil Kek Batik. Resepi ni Chetam dapat dari kawan kakak Chetam yang dulu penah keje di Kilang Hitachi Consumer di Bandar Baru Bangi. Chetam minta maaf sebab tak tahu tuan punya asal resepi ni. Dah lebih 12 tahun resepi ni Chetam dapat. Dan kalau anda klik Koleksi Resepi Pilihan Chetam di sebelah kanan, resepi ni telahpun ada di dalam senarai kerana ia merupakan di antara resepi terawal yang pernah Chetam paparkan dalam Teratak Chetam tetapi tiada gambar.

So kali ni Chetam ulang semula resepi disertai dengan gambar.


Baru dibubuh topping.


Baru dipotong.


Close Up sikit....

Berikut adalah ulangan resepinya.

Puding Biskut Marie

5 biji telur (pukul sekejap)
400gm biskut marie - di patah 2 (Chetam guna perasa Kopi)
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 tin susu cair
3 hingga 4 sudu butter

Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Nyalakan api. Kacau sehingga serbuk koko bergaul rata dengan susu dan gula. Apabila dah mendidih, masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Perlahankan api. Kacau sehingga sebati. Masukkan biskut marie. Tutup api. Gaul sehingga keseluruhan biskut marie dilitupi coklat.

Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas minyak. Kaup adunan ke dalam loyang. Tekan dengan senduk plastik sehingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk sehingga keesokan hari.

Topping
1/2 buku butter
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko

Masak secara double boiler. Boleh dituang ke atas puding.

Nota Kaki Chetam: Topping di atas ni boleh dikurangkan sebab Chetam pun guna lebihan dari menghias kek yang lain

Mawi Jadi Chef!!

Acah Aja.

Chetam dapat email yang menunjukkan Mawi berserta beberapa resepi. Chetam agak resepi-resepi berkenaan telah dikompile oleh Aling sebab nama beliau ada di gambar Mawi. Chetam paparkan resepi-resepi berkenaan di Teratak Chetam tapi maaf sebab kena pisahkan Mawi dari setiap resepi disebabkan ruang tak mencukupi.


Jom Kita Masak!