Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 20, 2006

Fotopages Kak Liza


Lagi satu fotopage yang Chetam nak rekomen. Fotopages kepunyaan Kak Liza ataupun Hanieliza....Alah....yang buat buku Aneka Kuih Kukus tu......

Kak Liza pun memang rajin memasak. So harap anda dapat ilmu yang berguna untuk dimanafaatkan sempena Raya yang menjelang tiba ini.

Chetam

Nota kaki Chetam : Klik pada tajuk di atas untuk ke Fotopages Kak Liza.

MamiFami Fotopages



Assalamualaikum

Chetam nak rekomen this wonderful fotopages. Ownernya MamiFami dan beliau amat rajin mencuba resepi. Chetam rasa, semua resepi yang dipamirkan di fotopages ini telah dicuba oleh MamiFami.

Jangan lupa klik link di atas.

October 19, 2006

SALAM AIDIL FITRI DARI TERATAK CHETAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Kemaafan Chetam pohonkan dari ANDA semua. Terima Kasih kerana memberikan sokongan kepada Teratak Chetam selama ini.

Jutaan kemaafan kerana tidak sempat memenuhi permintaan resepi yang dikirim melalui emails dan juga ruangan sembang. Kebetulan pulak musim sibuk Chetam bertembung dengan musim perayaan. Walaupun training dah selesai, Chetam masih jarang dapat balik ke Ofis.

InsyaAllah Chetam akan bercuti selama 2 minggu. Jangan biarkan Teratak Chetam lengang dan kosong. Teruskan bersembang.

Salam Aidil Fitri dan Salam Kemaafan
Chetam

October 13, 2006

Cheese Cake untuk Dealova



Cheese Cake
Sumber: Puan Norehan Restoren Pak Amir
Gambar: Puan Hasnee MTM

Bahan A:

250 gm cream cheese
30 gm butter
1 tbsp. lemon juice

Bahan B (pukul bersama):

3 egg yolk
50gm granulated sugar

Bahan C:

80 cc milk
30gm flour

Bahan D ( pukul bersama):

3 egg whites
3 tbsp. granulated sugar

Cara Menyediakannya:

Pukul cheese dengan butter dan lemon juice. Masukkan egg yolk yang dipukul bersama sugar. Masukkan susu. Masukkan flour. Masukkan egg white yang dipukul bersama sugar (pastikan kembang).

Bakar 160ÂșC selama 60 min. dalam hot water.

Lagi satu resepi Cheese Cake tapi versi Bakar.



CHEESECAKE
Sumbangan: Diana
Sumber: Haruki_Naoki

Bahan-bahannya

kek span
250g cream cheese philadelphia
60g gula
200 ml fresh cream/whipping cream
1 biji telor
1 sudu besar lemon juice

#semua saya blender sekali..pakai blender ja..kalau cam tersekat2...kacau sket pastu blender lagi..tapi make sure lah cream cheese tu dah lembut ..maknanya tak ler keras kejung keluar dari peti ais..

pastu letakkan kek span kat dalam springfoam...tuang adunan cream cheese tadi..unutk jadikan cam rupa kek dalam gambar tu...amik sikit cream cheese tu..campurkan dengan sedikit serbuk koko yg dilarut kan dgn air panas ataupon pakai jer kalau ada coklat cair hershey(sp??)..pastu buat bulatan besaq..kemuadian bulatan kecik sket..seterusnya sampai tengah..pastu amik lidi...tarik dari tengah..garisan ....jadilah cam spider web tu...

then bakar for 30 min..sejukkan for 3 hour...itu sahaja..

kalau dari kek saya tu..saya pakai springfoam saiz 20cm.

selamat mencuba..resepi yang mudah ni...

P/s:mana2 cream cheese philly ni mmg ada recipe ni kot kat belakang dia..cuma pakai biskut kot..saya tak sure tapi yang kat sini mmg ada lah..resepi ni..

October 10, 2006

Es Pokat Versi Chetam

Chetam nak kongsi resepi mudah ni tapi sedap. Pertama kali cuba minum di Medan, memang tak tertelan sebab air ni pekat. Tapi sekarang, pantang dapat peluang balik ke Medan. Sampai rumah Mertua jer, terus minta Es Pokat. Alhamdullilah, adik2 ipar memang sporting. Mereka akan beli dan bungkus bawa balik.

Bulan lepas, Chetam jumpa buah Pokat ni di Pasar Malam Hentian Kajang. Mahal giler. 2 biji RM3.00 dan dibawa dari Dumai. Disebabkan teringin buat Es Pokat, Chetam sms adik ipar di Medan. Adik ipar kata, kalau di Medan dengan RM3.00 boleh beli buah Pokat sampai nak termuntah meminumnya. Maksudnya, kat sini mahal giler.



Es Pokat
Sumbangan: Chetam
Sumber: Adik Ipar di Medan

Satu biji buah Pokat (ambil isi aje)
Air Gula (bancuh beberapa sudu gula dengan air suam)
Susu pekat
Serbuk Milo
Ais Batu (dipecah kecik2 atau guna ais kiub)

Cara
Kesemua bahan kecuali serbuk Milo diblender. Dah siap, tuang dalam gelas dan taburkan dengan serbuk Milo.

Nota Kaki Chetam: Di Medan, susu pekat digantikan dengan susu kaleng coklat. Maksudnya, susu pekat dengan perasa coklat. Pelik betul, kat Malaysia tak ada susu macam ni. Oh Ya....pada yang dok tertanya-tanya apa tu buah pokat.....hehehehe....APRIKOT la tu.....kat sana buah ni hidup subur sedangkan di Malaysia, ianya terpaksa diimpot.SILAP Besar!! Thanks kepada yang betulkan.....Bukan Aprikot tapi AVOCADO....

Kek Sponge Marble Lemon BerBlueberri

Ini gambar kek sponge yang Chetam penah janjikan dulu. Senang banget buat kek ni tapi sedap giler.


Selepas disalut dengan fresh cream dan diatasnya diletakkan blueberri.


Selepas dipotong. Lapisan bawah, kek sponge marble dan lapisan atas ialah kek sponge dengan perahan buah lemon. Wangi sungguh.

Kek Sponge Marble Lemon BerBlueberri
Sumber: Chetam

500gm campuran kek Sponge (beli siap dari kedai)
10 biji telur ayam
130 ml air
130 ml minyak jagung atau sayuran
Sebiji lemon
Beberapa sudu serbuk koko

Cara
Pukul semua bahan kecuali minyak, lemon dan koko dengan mixer. Pukul sampai gebu dan kembang. Masukkan minyak. Pukul lagi. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diperahkan dengan buah lemon. Masukkan dalam loyang dan dibakar. Satu lagi bahagian dibahagi 2. Masukkan serbuk koko yang diayak dalam satu bahagian dan satu bahagian lagi plain jer. Buat stail marble dan bakar.

Dah sejuk, boleh dicantum dan dihias dengan fresh cream dan blueberri.

Topping
1 cawan Fresh Cream
Blueberri

Pukul sampai naik dan kembang.

Biskut Raya Yang Chetam dah Buat

Assalamualaikum

Tak sempat buat banyak, cuma 4 jenis saja tapi Chetam buat 2 adunan. Sebab nak kasi Bapak, Ibu Mertua, Mak Mertua dan rumah Chetam sendiri. Kenapa ada Ibu dan Mak Mertua???? Sebab Ayah Mertua penah kawin lebih dari sorang.....hehehehe.....

Cuma ada 3 gambar di sini dan kesemua resepi dah pernah diposkan. Tapi tak per....Chetam pos sekali lagi.


JEJARI OATS - Sifu Suria
250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+ susu tepung.


TART TERAP aka Tart Bunga
Sumbangan: Sifu Suria
Sumber: Rukiah ABK

Bahan:
450 gm tepong gandum
260 gm butter
75 gm tepong susu
1s/m icing sugar
3 biji kuning telor
1 biji puteh telor
1 s/m Minyak sapi QBB
2 titik pewarna lemon yellow
1/2s/t garam

1) Butter, gula, telor ,QBB, pewarna,garam di gaul rata.
2) Masokkan tepong susu, tepong gandum lalu di gaul hingga sebati.
3) Adunan di perap 1/2 jam kemudian dia canai dan di terap dgn acuan
tart.
4) Aturkan diloyang pembakar,isikan inti nenas lalu di bakar.

Nota Kaki Chetam: Chetam lupa letak susu tepung. Tapi masih berlemak.


Snowy Hearts
Sumber: Roz Rnet

Bahan-bahannya:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
800gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu ada honey pun sedap kot.

Cara-caranya:
- Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat
- Pukul ghee dan gula halus hingga sebati
- Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati.
- Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
- Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana dan bakar dalam 10 min,
- Bila dah masak sira dengan susu Nespray.

Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

Nota Kaki Chetam: Chetam sira dengan susu Nespray perasa Strawberry so warna sedikit pinkish.

October 09, 2006

Kacang Phool Mami Asmah Laili



KACANG PHOOL

Sumbangan : Diana
Sumber : Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.